BAB 21

17 5 0
                                    

Imbas kembali...

JARINYA dimain-main lama kerana gementar sekali gus takut hendak bersemuka dengan bakal mertuanya. Adakah mereka akan menerimanya sebagai menantu?

"Himayah," seru Muadz buat kali ketiga di dalam kereta hitam miliknya.

"Ha? Ya, saya." Terlalu larut memikirkan pandangan bakal mertuanya sehingga panggilan pun tidak didengar.

"Awak okey ke tak ni? Kalau awak tak okey, kita boleh aje cancel. Nanti saya bagitahu ummi dengan abi." Muadz sedar akan nafas Himayah yang sedikit tidak teratur.

"Eh saya okey aje. Jangan risau. Tak payah cancel." Kalau boleh memang nak aje cancel, tapi macam kurang sopan pula cancel.

"Awak nervous? Ke takut?" Stereng dipusing ke kanan. Wajah Himayah dipandang sekilas.

"Aaa... d... dua-dua?" Dia tidak menoleh langsung. Hanya ekor mata yang bergerak dengan jari-jari yang masih dimain.

Muadz mengeluarkan tawa halus mendengar itu. Gelagat wanita itu sungguh comel di matanya.

"Tak perlu takutlah. Ummi dengan abi okey aje, tak makan orang pun." Lembut sahaja caranya menenangkan Himayah.

"Hmm... okey." Itu saja yang mampu dia katakan waktu ini. Tanpa Muadz tahu, hatinya Himayah kini semakin berdebar-debar.

"WAALAIKUMSALAM. Alhamdulillah dah sampai dah anak dan menantu ummi." Salam dijawab lalu tubuh Himayah terus dipeluk erat.

Himayah hanya terkaku kemudian lambat-lambat membalas pelukan itu. Menantu? Padahal belum sah lagi tapi umminya sudah menganggapnya sebagai menantu.

"Ummi."

"Kenapa, Muadz?" tanya Puan Mariam dengan nada yang sedikit jengkel. Tubuh Himayah masih lagi dalam pelukannya.

"Orang nak salamlah. Lenguh tangan orang ni tunggu ummi sambut tangan orang." Merajuk sudah Muadz kalau menggunakan 'orang' daripada namanya sendiri sebagai panggilan.

"Eh, ummi tak nampak. Muadz ni pun... bagilah peluang kat ummi dengan menantu ummi ni kejap." Matanya turun melihat tangan Muadz yang setia menunggu untuk salamnya disambut, barulah pelukan tadi perlahan dirungkai.

"Yalah, Muadz salah. Muadz kan lelaki," ujarnya pasrah. Senyum tak ikhlas ditayang sambil matanya menekur lantai.

Tergelak kecil Himayah mendengarnya. Hadeh, ayat itu memang sudah menjadi peribahasa zaman kini.

'Manja jugak rupanya dia kat ummi dia.' Desis hati Himayah.

"Nama menantu ummi ni apa?" Wajahnya jelas menunjukkan keterujaan. Telapak tangannya menggenggam lengan Himayah lembut.

Himayah yang sedang termenung terus tersedar dan menjawab dengan senyuman manis yang dimiliki. "Himayah Haseena. Tapi boleh panggil Himayah aje."

"Cantiknya nama... tak kalah dengan muka." Lengan Himayah digenggam kemas dan diusap perlahan.

"Hadza min fadhli rabbi hehe." Jujur dia tersentuh dengan kata-kata dan sentuhan Puan Mariam. Sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang seorang ibu.

"Ma Syaa Allah. Sopan pulak tu." Kehadiran Muadz memang seperti hantu di situ.

Muadz hanya berdiri tegak mendengar perbualan mereka.

"Abi mana, ummi?" soal Muadz apabila puan Mariam berhenti berbicara sebentar.

"Abi ada kat atas. Eh, ralit duk bersembang ni sampai lupa nak jemput Himayah duduk. Jom, Himayah... kita duduk kat meja makan," ajak Puan Mariam. Tangan Himayah ditarik lembut ke meja makan. Himayah pula menurut tanpa sebarang bantahan.

Sepanjang persantapan mereka sempat kedua ibu bapa Muadz berkenalan ringkas dengan Himayah.

SOFA yang empuk itu menjadi tempat di mana punggung mereka berempat berlabuh setelah menunaikan solat isyak berjemaah.

"Himayah... Himayah dah berapa lama kenal dengan Muadz?" Haa sudah... soalan yang ditakutkan akhirnya terpacul dari bibir Tuan Muiz.

"Ermm... tak lama mana pun, Tuan..." Mana Encik Muadz ni? Aku takutlah, tak tahu nak jawab apa ni... hati kecilnya merengek.

Tiba-tiba Muadz yang membawa dulang berisi teh panas dan kek pisang dari dapur bersuara. "Baru seminggu, abi."

Tuan Muiz yang mendengar tersenyum riang. "Seminggu? Dan nak terus kahwin? Tak nak tunang dulu ke? Ta'aruf dulu?"

Penyataan Muadz sangat mengejutkannya. Bagaimana mereka sudah memutuskan ingin berkahwin sedangkan baru sahaja berkenalan dalam masa seminggu? Tapi jika mereka sudah bersetuju, dia tiada alasan untuk menghalang. Lebih baik jika tidak dilambat-lambatkan hal yang baik.

"Muadz rasa tak perlu bertunang kut, abi...ummi. Terus nikah aje, Muadz tak nak lama-lama. Lagipun Himayah ni tinggal seorang aje, kalau nikah awal tak adalah dia sunyi nanti." Dia terus melabuhkan duduk di sofa sebelah Himayah selepas meletakkan dulang tadi di atas meja di ruang tamu. Sofa yang berasingan.

Himayah tunduk menyimpan senyum. Baik sungguh hati Muadz. Pemikirannya pun jauh. Kalau begini rupanya, dia langsung tidak teragak-agak untuk berkahwin dengan Muadz.

"Ummi setuju! Alaa... abang, okey apa kalau mereka kahwin awal? Tak adalah Muadz sunyi nanti. Lagipun umur Muadz dah sesuai nak kahwin." Wajah suaminya dipandang dengan penuh yakin dan harapan. Kepalanya diangguk-angguk berkali-kali.

"Cakap ajelah awak nak menantu cepat-cepat sebab boleh teman awak." Tuan Muiz menjongket keningnya sambil memandang isterinya.

Puan Mariam hanya tersengih kambing.

"Okey, abi pun setuju. Ummi dan abi ikut kamu berdua aje. Bagitahu aje nak abi dengan ummi tolong apa, ummi dan abi cuba sebaik mungkin." Tuan Muiz mengangguk sekali meyakinkan mereka.

"Tak apalah ummi, abi. Kami tak nak menyusahkan ummi dan abi. Biarlah kami saja yang uruskan." Muadz menolak halus. Tidak mahu menyusahkan. Sudahlah keputusannya ingin berkahwin itu diberitahu saat akhir.

"Alaa... Muadz ni... janganlah macam tu, Muadz seorang aje tahu anak ummi dan abi? Himayah pulak seorang aje menantu ummi dan abi. Tak mungkin kami biarkan aje kamu uruskan sendiri. Tak apa, kali ni ummi dan abi tolonglah. Boleh ya, Muadz? Kamu berdua duduk diam-diam aje," pinta Puan Mariam dengan bersungguh-sungguh. Yalah, momen ini ialah momen yang ditunggu-tunggunya sejak dulu lagi. Dapat menantu!

Muadz menoleh sejenak ke arah Himayah. Ingin meminta persetujuan bakal isterinya juga. Himayah yang mengunyah kek yang dihulur Puan Mariam pula mengangguk setuju dengan senyuman. Muadz kembali memandang umminya.

"Okey, ummi. Kami setuju, kami ikut ummi dan abi aje. Tapi, tarikh kahwin biar Muadz dan Himayah yang tentukan ya?" Permintaan yang satu itu ialah satu-satunya keputusan yang akan dia dan Himayah buat sendiri. Yang lain, jika ummi dan abi yang ingin mengambil alih, dia dan Himayah setuju sahaja.

"Okey, boleh!" jawab Puan Mariam dengan bersemangat.

"Baik, tak apalah ummi... abi. Muadz nak hantar Himayah balik rumah dulu, dah lewat ni. Himayah tak biasa balik lewat." Muadz mula berdiri dari duduknya.

Pelik? Tidak sama sekali. Kerana selepas saja kejadian yang menimpa mereka, Muadz banyak mengambil tahu tentang kehidupan Himayah.

"Okey, ummi ikut. Tak elok balik berdua aje tanpa ada mahram." Teguran itu diberi dengan lembut.

"Abi pun ikut." Tuan Muiz pula mencelah.

"Okey, jom!" Kali ini Muadz pula bersuara dengan semangat.

Himayah semakin gembira apabila mendapat tahu yang keluarga ini yang bakal menjadi keluarganya nanti. Dari apa yang dia lihat, keluarga Muadz ini sungguh kuat tali perikatannya. Dan tak akan mungkin untuk tali itu terputus.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now