BAB 9

16 4 0
                                        

DIA baru sahaja selesai membuka satu sampul surat berwarna coklat dan dibaca isi yang ada di dalamnya.

Muadz masih berada di dalam mall, ada barang yang terlupa dibeli katanya. Himayah pula berkeras ingin masuk ke kereta kerana banyak barangan yang harus disimpan.

Tidak disangka lain pula yang jadi. Himayah menoleh ke kiri dan kanan memeriksa kalau ada orang yang sedang memerhatinya.

Bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang. "Sayang..."

Terhinjut bahu Himayah. Dia menarik nafas lega. "Abang..."

"Kenapa? Ada apa-apa masalah ke, malaikat abang macam cemas semacam aje," tegurnya melihat perubahan dari riak wajah isterinya.

Sampul surat tadi direnyuk perlahan agar tiada sebarang bunyi kedengaran.

"Tak ada apa, abang. Ima cuma takut sebab macam ada orang ikut Ima," kata Himayah sambil tangannya memasukkan sampul tadi ke dalam plastik beli belah. Mengalihkan perhatian Muadz.

Dahi Muadz berlapis mendengar itu. "Biar betul, malaikat abang?"

"Betul, abang. Tapi itu tadi, sekarang abang dah ada dah tak rasa takut. Hilang dah." Tangan Muadz laju mengambil semua plastik apabila melihat Himayah berusaha mengangkat semuanya. Plastik di tangan Himayah pun sudah bertukar tangan.

Setelah semuanya siap dimasukkan, Muadz kembali bertanya. Tangannya menggenggam bahu Himayah.

"Sayang, betul ke sayang rasa ada orang ikut?" Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang risau.

"Betullah, abang. Tapi mungkin tu perasaan Ima aje kut. Biarlah." Malas dia hendak memperpanjang masalah yang tidak penting.

"Malaikat abang... benda macam ni tak boleh bawa main, tahu? Jangan ambil remeh aje." tegurnya dengan nada serius di dalamnya.

"Tak ada apalah, jangan risau, abang. Sekarang ni macam mana, kita nak berdiri kat sini aje ke? Tak masuk dalam kereta?" tanya Himayah sekali lagi mengalihkan perhatian Muadz dari topik tadi.

"Hmmm... okeylah, jom masuk kereta." Tanpa Himayah mengutarakan niatnya pun Muadz sudah tahu bahawa Himayah ingin menghentikan topik tadi.

DI DALAM kereta, mereka hanya diam tidak berkutik. Hanya bunyi pendingin hawa menghiasi suasana Himayah faham akan Muadz yang ingin memberi ruang padanya.

"Abang," panggil Himayah.

"Ya." Jawapan ringkas itu menunjukkan bahawa dia sudah bertukar mood.

"Abang marah ke? Ima okey aje laa... tak ada apa pun." Caranya memujuk sangat berbeza seperti biasanya. Kali ini dia tidak memujuk bersungguh-sungguh, hanya memujuk dengan kata-kata.

Seperti sedar akan perubahan dirinya sendiri, Muadz memusingkan kepala sebentar memandang Himayah.

"Tak adalah, sayang, abang tak marah pun. Tapi lain kali kalau sayang rasa macam tu, tolonggg... tolong beritahu abang. Abang risau apa-apa jadi." Dia jelas mengutarakan kerisauannya. Kemudian senyum segaris dilempar.

"Baik abang, tapi betul tadi tu tak ada apa," beritahu Himayah dengan yakin.

"Okey, abang percaya pada sayang," balas Muadz. Himayah pula tersenyum gembira.

Jujur, dadanya dari tadi berdebar tak tentu arah memikirkan surat yang diterima dan Muadz yang tadi kelihatan sedikit resah juga tidak banyak bercakap.

Malaikat tak terdugaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang