"OF COURSE, Ima percaya pada abang. Abang... sebenarnya... dia tu suka kat abang." Penyataan itu sungguh menyakitkan untuk diungkap dengan lancar. Perlahan saja nadanya.
"Hm? Tak mungkinlah, sayang." Keningnya bertaut.
Dari gaya isterinya, kelihatan seperti sangat yakin dengan tuturnya itu. Tapi tetap hatinya rasa perkara itu tidak mungkin.
"Betul, Ima yakin... sebab... dia pernah hantar surat kat Ima." Genggaman pada tangan Muadz semakin dierat. Suaranya semakin perlahan.
"Surat apa, sayang?" Anak matanya serius menatap Himayah apabila mendengar perkataan 'surat'. Otaknya terus melencong memikirkan surat ugutan yang pernah dijumpainya.
Berfikir dua kali si isteri sebelum menghela nafas perlahan.
"Surat ancaman. Banyak surat yang dia hantar, dan meyakinkan Ima untuk pergi dari abang. Tapi, surat tu dah hilang. Ima tak ingat Ima letak kat mana. Tapi betul, Ima ada terima surat tu. Ima sendiri baca, dia siap bagi gambar kat restoran Fajr tu sekali. Ima selongkar perpustakaan, nak cari gambar tu balik sebab bila tengok muka dia kat pejabat, Ima macam pernah tengok dan dia ialah perempuan yang sama yang makan dengan abang kat restoran Fajr." Himayah menjelaskan dengan satu nafas seolah dikejar anjing.
Lelaki berbaju T berwarna putih itu dengan lekas menenangkan wanita mulia di depannya.
"Sayang... sayang, tenang." Bahu dan lengan Himayah diusap lembut beberapa saat.
"Tarik nafas, hembus. Tak apa, abang percaya pada sayang. Jangan risau. Tenang, sayang." Didakap kemas tubuh isterinya yang berlapis baju T yang setona dengannya. Dahi Himayah jadi tempat bibir Muadz berlabuh.
Setelah Himayah sedikit tenang, Muadz menjatuhkan kepalanya sekali tanda menanyakan adakah isterinya itu sudah sedikit tenang. Anggukannya dibalas dengan anggukan.
"Sebenarnya abang ada jumpa surat tu, sayang. Kat perpustakaan kecil tu. Masa sayang kat Sarawak, abang selalu masuk perpustakaan kecil kita... sebab abang rindu nak teman sayang baca buku. Lepas tu, ada satu hari tu, abang ambil buku favorite sayang. Abang nak baca, nak lepaskan rindu kat sayang. Tapi, abang jumpa beberapa keping surat dalam tu. Abang ambil dan simpan dua surat yang berisi ugutan. Yang lain, abang biar aje dalam buku tu." Penjelasan itu cukup membuat Himayah mengerti. Patutlah surat tu tak ada dalam buku. Ingatkan dia salah letak.
Sejujurnya, dia rasa bersalah. Kerana dirinya, isterinya menjadi taruhan. Dahinya ditemukan dengan dahi wanita di depannya beberapa saat.
"Maafkan abang, sayang. Semua ni salah abang. Abang lalai dalam menjaga isteri abang sampai sayang diugut macam tu sekali." Belakang tubuh Himayah dibelai.
Nafas cuba diatur sebelum bercakap.
"Bukan salah abang. Jangan cakap macam tu, please? Ima tak suka." Masam mencuka wajahnya.
Seharusnya dia yang meminta maaf kerana ini semua terjadi berpunca darinya sendiri. Dari awal lagi semua ini salahnya. Jika dia tidak memerangkap Muadz, keadaan tak akan jadi begini.
Tawa halus terletus dari bibir nipis Muadz.
"Kenapa sayang tak pernah bagitahu abang pasal surat-surat tu? Sayang tahu kan benda macam ni bahaya?" Topik tadi dibincangkan kembali. Dia kembali serius.
"Maafkan Ima, bukan Ima tak nak bagitahu. Cuma... Ima tak nak ganggu abang, masa tu company abang busy sangat."
Jawapan itu sedikit menyentak diri Muadz. Terlalu sibukkah dia sehingga isterinya sendiri tidak sudi mengadu padanya?
"Maafkan abang sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai isteri abang terabai."
"Ima tak pernah pun rasa terabai, abang."
"Terima kasih, sayang. Terima kasih sangat-sangat. For now, kita buat tak tahu aje, dalam masa yang sama, kita cuba cari bukti, okey?" Genggaman yang terlerai tadi kembali dieratkan.
"Tapi, macam mana? Macam susahlah, abang. Abang nak pura-pura layan dia ke?" Resah. Itu yang dapat ditafsirkan dari riak wajah Himayah.
"No, astaghfirullahalazim... no, sayang. abang takkan rendahkan maruah abang sebagai suami untuk orang macam tu. Abang takkan bermesra dengan perempuan lain selain sayang. Sayang faham, kan?" Laju mulutnya menafikan semua fikiran Himayah.
Senyuman manis kian terlakar manis di bibir merah milik Himayah. Dia tersipu-sipu mengangguk.
"Jadi, Ima boleh ikut abang setiap hari ke pejabat, kan?" Sempat dia memujuk secara halus. Pantang nampak peluang sikit mesti ambil kesempatan.
Kening dijongket sekali dengan yakin. "Boleh, sayang. But! Nanti dah nak dekat due date, no more going to office."
"Alaaa... Ima nak ikut abang. Ima takutlah kalau ada orang nak kacau abang. Tak nak! Tak nak!" Gelengannya laju ke kiri dan kanan beberapa kali seperti kanak-kanak.
"Don't worry, sayang. Abang pun tak pergi kerja, abang ambil cuti. Okey?" Lembut dia memujuk. Sebelah tangannya mengusap pipi isterinya.
Himayah mengangguk setuju. Terasa hidungnya dicuit perlahan.
JARI TELUNJUKNYA diketuk-ketuk di atas permukaan meja kerja berwarna coklat gelap itu. Fikirannya entah ke mana sekarang ini. Sehinggalah dia menghembus nafas berniat ingin mengeluarkan suara.
"Fat, kau ingat tak surat ugutan yang aku pernah cerita kat kau hari tu?" Sepasang mata yang tadinya termenung memerhati jarinya sendiri kini beralih memandang lelaki di depannya.
"Hmm... surat ugutan... surat yang kau jumpa tu kan?" Fathur yang dari tadi diam menunggu sahabatnya itu bersuara kelihatan berfikir sejenak.
Nasib baik dia ingat. Kalau tidak, jenuh Muadz hendak ceritakan dari awal.
"Ya, yang tu. Kau tahu tak siapa hantar?" Laju mulutnya bertanya.
Pelik melihat rakannya seperti bersemangat. Wajah Fathur sudah berubah jengkel.
"Manalah aku tahu, kalau aku tahu aku bagitahu kau hari tu dah." Bahunya diangkat dengan riak menjengkelkannya.
Rasa hendak menjentik dahi Fathur pun ada sekarang ini.
"Eyhh, kau ni. Airin. Airin yang hantar surat tu." Sebaris nama itu disebut jelas.
"Kau biar betul? Macam mana kau tahu? Kau ada bukti ke?" Semakin pelik Fathur dibuatnya.
"Himayah bagitahu dan aku percaya. Tak mungkin dia menipu, aku percaya dia. Cuma itulah masalahnya, bukti. Kami belum ada bukti lagi."
"Aku tak nak kau menuduh melulu aje, tapi kalau kau dah kata begitu... aku tak dapat nak kata apalah. I'm always on your side." Fathur menepuk bahu sahabatnya.
"Terima kasih, Fat."
"No hallah. Kau dah ada plan ke nak cari bukti macam mana?"
Muadz membuang nafas perlahan. Dirinya tahu, tidak elok bagi seseorang hamba itu mengeluh.
"Itu pun salah satu masalah jugak. Aku tak ada plan, aku tak tahu macam mana nak cari bukti."
"Kau cuba tanya kat Himayah, timing orang yang hantar surat tu pukul berapa dan hari apa? Kalau semuanya sama serentak, lagi senang kita nak cam."
"Eh, betul jugak. Tak apa, sekejap lagi aku tanya." Dia mengangguk laju.
Kenapalah dia tidak terfikir tentang itu? Untung betul dapat kawan yang berkebolehan tinggi dalam bidang pemikiran.
"Jap, macam mana Himayah tahu dan yakin dalang ni semua ialah Airin?" Dia berfikir sebentar sebelum bertanya.
"Dia perasan muka Airin sebiji macam perempuan dalam gambar kat restoran Fajr hari tu." Lancar penjelasan itu keluar dari mulutnya.
Fathur mengangguk faham.
"Hmmm... faham. Tak apa, nanti aku fikirkan caranya. Apa-apa aku inform kau." Bahu Muadz ditepuk lagi sekali.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...