BAB 14

16 4 0
                                    

"SURAT ni lagi... dia nak apa sebenarnya ni?" Sampul surat yang sama diterima lagi buat kali keempat.

"Kali ni apa pula ya-" bicaranya terputus apabila melihat beberapa keping gambar suaminya makan berdua dengan wanita sama yang pernah diceritakan Muadz.

Matanya beralih melihat sekeping gambar yang diambil dari belakang, Muadz bersama seorang wanita berambut panjang sedang memandang langit dari. Bukan itu yang menarik perhatian Himayah tapi, jarak mereka yang sangat rapat.

Tangannya bergerak mengambil nota kecil yang tertulis...

"Takkan tak percaya lagi? I rasa inilah balasan atas perbuatan you dulu. Datanglah pejabat kekasih I kalau nak tengok betul ke tak."

Hati isteri mana yang tidak sakit mendengar perempuan lain memanggil suami mereka sebagai kekasih.

Kerana rasa marah yang menguasai diri dia bergegas menuju ke pejabat Muadz menggunakan teksi kerana tidak sanggup memandu dengan keadaan emosi yang tidak stabil.

Wajahnya masih manis melayan semua pekerja-pekerja suaminya yang menyapa.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu pejabat peribadi Muadz, hatinya tiba-tiba berdetak kencang.

"Sabar Himayah... In Syaa Allah semuanya okey aje, percaya pada Allah. Percaya pada Muadz." Dada diusap perlahan bagi menenangkan hati dan fikirannya. Pintu itu dikuak perlahan-lahan.

"Astaghfirullah..." Nadanya perlahan seperti mengeluh. Mereka berdua duduk makan membelakangi Himayah di kerusi tetamu yang berada di depan meja kerja Muadz.

Pemandangan itu cukup untuk membuat hati perempuannya rapuh. Airmata ditahan daripada jatuh mengalir ke pipi.

Dengan berat hati dia melangkah meninggalkan tempat itu.

"SAYANG, sayang kat mana?" panggil Muadz. Sejak tadi lagi dia ke hulu hilir mencari isterinya di dalam rumah.

Puas sudah satu rumah diperiksa namun bayang isterinya pun tidak kelihatan. Hatinya mula gelisah.

Telefon di kocek diambil dan didail nombor Himayah. Ketiga-tiga panggilannya tidak berjawab. Hanya pesanan suara yang masuk.

"Malaikat abang... malaikat abang pergi mana, sayang? Abang risaulah sayang tak ada kat rumah," risaunya.

Habis ibunya ditelefon untuk bertanya jika Himayah ada bersama mereka.

Kemungkinan hanya ada pada ibunya kerana Himayah sebatang kara. Kawan juga tiada apalagi sahabat.

Lekas kunci dicapai dan melangkah keluar dari rumah hendak ke rumah ibu bapanya.

"MACAM MANA boleh hilang? Muadz ada buat apa-apa dekat dia ke?" Asak Puan Mariam seusai mereka bersalaman.

Muadz menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ada ke? Mana ada ummi. Setahu Muadz, Muadz tak buat apa-apa pun yang salah." Terangnya. Seingatnya terakhir kali dia bersama Himayah mereka baik-baik sahaja.

"Cuba ingat betul-betul Muadz. Ummi tak nak ya kehilangan satu-satunya menantu kesayangan ummi. Takkan dia lari?" Puan Mariam terfikirkan kemungkinan lain.

Muadz yang memasang telinga tergamam. Himayah lari? Tak mungkin! Kalau betul pun atas sebab apa? Dia yakin Himayah tidak akan bertindak melulu begitu.

"Muadz sudah periksa barang-barang dia? Kalau dia hilang barang-barang tu semua pasti ada lagi di rumah." Tidak mahu bersangka buruk tetapi nalurinya kuat mengatakan bahawa Himayah bukannya hilang.

"Tak adalah pula Muadz periksa sebab Muadz tak rasa yang dia lari. Macam tak mungkin aje ummi, dia nak lari." Dahinya berkerut mengatakan itu. Dia masih teguh dengan pendiriannya.

"Ummi pun rasa macam tak mungkin tapi manalah tahu dia ada terasa dengan Muadz ke... Kita kalau buat salah mana nak sedar."

"Tak apalah kalau macam tu. Muadz balik dulu nak periksa barang-barang dia semua. Ada apa-apa nanti Muadz bagitahu." Ibunya yang mendengar mengangguk setuju.

"Anything just update or call ummi right away," suruh Puan Mariam.

TUBUHNYA dipusing-pusing ke kiri dan kanan. Susah untuk lena. Terus dia duduk tegak. Wajah diraup kasar. Sudah masuk jam dua belas tengah malam.

"Malaikat abang... dah dua minggu dah sayang tinggalkan abang. Sayang pergi mana? Abang minta maaf sebab terlampau sibuk bekerja sampai malaikat abang terabai."

"Abang tak boleh tidur kalau tak ada sayang di sebelah abang. Siapa nak peluk abang? Siapa nak teman abang tidur? Abang rindu..." Airmata lelakinya akhirnya jatuh juga.

"Abang harap sangat semua ni hanyalah mimpi dan bila abang buka mata, sayang dah ada depan mata abang. Tapi abang tahu tu semua hanya harapan, harapan palsu." Bingkai gambar swafoto dirinya dan Himayah berlatar belakangkan pantai di peluk erat ke dada dengan butiran jernih yang masih mengalir deras.

DI SISI LAIN, seorang wanita yang sedang berbaring menangis teresak-esak memeluk telefonnya yang memaparkan gambarnya bersama Muadz di pantai.

"Abang, Ima rindu abang." Ibu jarinya mengusap permukaan skrin di bahagian wajah Muadz. Tangannya selepas itu berpindah ke perutnya.

"Anak kita pun rindukan abang. Dia nak peluk papa dia. Dia nak tidur dengan papa dia." Perut itu diusap perlahan. Anak yang baru dia tahu keberadaannya tadi selepas mencuba alat ujian kehamilan.

"Tapi mama dia jahat tak nak bawa dia jumpa papa. Mama dia ego walaupun mama dia tahu dia sendiri pun rindukan papa."

"Ima tak boleh tidur kalau tak ada abang kat sebelah. Ima susah nak tidur seorang-seorang." Jelas kedengaran getaran dalam suaranya.

Penat mengeluarkan airmata, dia tanpa sedar terlelap dengan keadaan masih memeluk telefonnya.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now