BAB 16

17 4 0
                                        

MEREKA sekarang berada di dalam bilik hotel yang ditempah oleh Muadz. Dia tidak sangka baru seminggu di sini, Allah sudah memberi kejutan untuknya. Perancangan Allah sememangnya indah.

"Malaikat abang, boleh tolong abang ambilkan baju abang dalam almari?" Niatnya terbantut apabila melihat Himayah yang kelihatan sedikit susah untuk berdiri.

Langkah Muadz laju mendahului Himayah. Bahu Himayah digenggam perlahan.

"Eh, tak apalah sayang. Abang ambil sendiri aje. Nanti sayang sakit nak bergerak."

Kening Himayah terjongket sedikit lalu dia mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Abang tahu malaikat abang seorang yang taat." Muadz bergumam sendiri tanpa Himayah mendengarnya.

Muadz hanya tersenyum nipis. Walaupun Himayah tidak bersuara tapi perbuatannya masih menunjukkan bahawa dia masih taat kepadanya.

Selesai menukar baju, Muadz duduk di samping Himayah yang nampak seperti janggal di birai katil itu. Terhinjut bahu Himayah merasakan tangan Muadz di bahunya.

Terus Himayah menoleh memandang Muadz dengan riak wajah menunjukkan tanda tanya. Muadz hanya mengukir senyum.

"Anak kita dah berapa bulan tinggal kat rumah pertama dia, malaikat abang?" tanya Muadz dengan teruja. Tangannya bergerak mengusap lembut perut Himayah.

Himayah pula hanya membiarkan. Sedikit mengambil masa untuk Himayah menjawab.

"Lima bulan lebih."

"Anak kita buat perangai tak, malaikat abang?" Mendengar jawapan isterinya tadi membuatkan dia semakin teruja ingin tahu tentang anaknya.

"Tak."

"Huhh... awak dari tadi lagi sebut anak kita. Macam mana awak tahu ni anak kita?" sambung Himayah selepas menjawab soalan Muadz sepatah-sepatah.

Terus berubah raut Muadz yang teruja. Terkebil-kebil dia memandang Himayah.

Dalam diam Himayah menyimpan senyum melihat reaksi Muadz.

"Anak kita tak banyak songeh pun." beritahu Himayah lagi setelah melihat riak Muadz.

Mata Muadz kembali bersinar. "Tak banyak? Jadi dia adalah jugak buat perangai?"

Himayah mengangguk sekali.

"Alelele... Cian mama dia. Hei, kenapa anak mama dengan papa buat perangai ni? Tak elok, tahu? Kesian mama nanti sakit." Suaranya berubah menjadi manja. Terasa sedikit pergerakan di perut Himayah.

Tersentuh Himayah yang melihat interaksi kedua anak beranak itu walaupun anaknya itu masih di dalam perut.

PAGI ini Muadz berjanji untuk membawa Himayah bersiar-siar. Tapi sebelum itu dibawa dahulu Himayah ke kedai buku.

"Sayang, sayang nak beli buku apa? Sayang pilihlah," tanya Muadz ingin melihat Himayah membaca lagi seperti dulu.

"Tak perlu. Saya tak nak." tolak Himayah.

Terkesima Muadz mendengarnya. Tak pernah-pernah Himayah menolak jika dibelanja buku. Muadz juga sedar akan perubahan panggilan Himayah terhadap dirinya.

"Betul ni? Alaa... tak apalah sayang. Sayang ambil aje, abang bayarkan." Melihat gelengan Himayah dia pasrah lalu diambil buku yang belum dimiliki oleh Himayah dan segera dibayar.

Lengan Himayah ditarik. "Jom, kita pergi pantai!"

Himayah hanya menurut, tidak tahu harus berbuat apa.

BUKU di dalam beg plastik itu dikeluarkan dan dihulur kepada Himayah yang sedang duduk di sebelahnya di atas tikar khas untuk berkelah. Plastik yang membungkus buku itu sudah sedia dikoyak olehnya.

Himayah memandang buku itu sebentar dan ditolak perlahan ke arah Muadz kembali. Dia menggeleng.

"Ambillah, sayang. Abang tahu sayang dah lama teringin nak baca buku di pantai. Jangan lepaskan peluang ni, sayang," ucapnya sengaja ingin meyakinkan si isteri.

Walaupun fikirannya ingin kembali menolak namun hatinya ingin menerima huluran tersebut.

'Abang ingat lagi wishlist Ima yang satu ni. Ima tak sangka...' Hatinya berbicara sendiri.

Huluran tersebut diterima dan Himayah berterima kasih. Hatinya dilanda perasaan sebak.

Baru sahaja selesai membaca bab dua, tiba-tiba Himayah merasakan kepala seseorang dibahunya. Perutnya disentuh. Tak lain tak bukan Muadz orangnya.

"Sayang... tolong jangan tinggalkan abang lagi ya? Abang tak sanggup." Pipi isterinya dikucup.

Himayah memandang suaminya sekilas. "Tak janji."

"Janganlaa macam tu, sayang. Sayang..." Meleret panggilan itu.

"Ya?"

"Mind telling me about you and our baby's condition when I'm not there with you and the reason, please?"

"Perlu ke?"

"Bagi abang, ya, perlu."

"Awak nak tahu apa?"

"Semua, sayang."

"Awak tanya, saya jawab." Sengaja dia berkata begitu kerana dia tidak tahu harus bercerita dari mana.

Malaikat tak terdugaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang