HIMAYAH berjalan laju masuk ke dalam bilik air dengan butiran jernih menghiasi kedua pipi. Teresak-esak Himayah di sana, membiarkan airmata membanjiri pipi. Tangan kanan menekup wajah manakala tangan kirinya digunakan untuk memegang singki, mengimbangi tubuhnya yang bila-bila masa saja akan tumbang.
Seperti memahami pergerakan Himayah, Muadz terus berlari ke bilik air di mana isterinya berada. Pintu diketuk, tanda memberitahu sekali gus meminta izin untuk masuk. Namun tiada balasan yang diterima. Esakan Himayah kedengaran menembusi pintu bilik air tersebut.
Tanpa izin dia terus menerobos masuk. Lantaklah, dia dah ketuk tadi tanda minta izin. Kira dah minta izinlah tu kan?
Sebaik sahaja masuk, matanya dihiasi dengan pemandangan yang menyakiti hatinya. Isterinya sedang menangis teresak-esak. Dengan pantas dia memeluk isterinya.
"Shhh... abang ada ni. Kenapa, sayang? Abang ada salah cakap ke? Tolong beritahu abang. Abang akan beri masa untuk sayang bertenang. Tapi janji dengan abang, malaikat abang akan beritahu abang nanti, apa jadi. Hati abang sakit, sayang, tengok malaikat abang macam ni." Sebelah tangannya sudah mengelus kepala Himayah, sebelahnya lagi ingin mengusap airmata Himayah namun dakapan Himayah terhadapnya terlalu ketat sehingga dia tidak dapat mengusap pipi isterinya itu.
Dia pun tidak pasti bila tangan Himayah sudah erat memeluknya. Yang pasti tangannya tetap mengusap belakang tubuh Himayah walaupun tidak dapat membuang airmatanya.
"Abang." Dengan esakan dia memanggil. Mata Muadz yang berkaca ketika itu laju dikelip-kelip supaya tidak tumpah mutiara jernihnya.
Dia tidak boleh menangis ketika ini. Himayah memerlukannya.
"Shhh... ya, malaikat abang." Tangan masih setia mengusap belakang tubuh Himayah dan rambutnya.
Merasakan Himayah sedikit melonggarkan dakapan, dia lantas menurunkan tangan di kepala Himayah lalu diusap pipi Himayah. Menyeka airmata Himayah yang masih menunduk.
"T-tadi Ima n-nampak abang makan dengan perempuan. Berdua." Teresak-esak dia memberitahu.
"Hiks... hiks... Ima tak nak kongsi abang. Tolonglah."
Membuntang mata Muadz. Bukan terkejut kerana apa yang dikatakan Himayah betul tapi kerana suara Himayah yang kedengaran sakit seakan-akan merayu.
"Sayang, hei... malaikat abang. Sayang yang tengok abang makan berdua dengan perempuan ke, sayang? Hmm?" soalnya kerana ingin tahu sumber dari butiran kata isterinya.
Himayah terdiam buat seketika lalu mengangguk perlahan. Perit baginya untuk mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Dia tidak mampu mengeluarkan suara.
"Astaghfirullahalazim. Malaikat abang... malaikat abang percaya abang, kan? Tolong bagi abang ceritakan kat sayang ya?" Nampak Himayah yang kembali mengangguk perlahan, Muadz memeluk kemas bahu Himayah menuju ke katil.
Himayah yang masih teresak-esak dipeluk erat. Menenangkan si isteri.
"Kalau malaikat abang sudah sedia mendengar penjelasan abang, sayang beritahu ya? Abang tak nak cerita dalam keadaan sayang masih belum sedia." Beri masa. Itulah yang selalu dibuat oleh Muadz agar Himayah sentiasa selesa dengannya tanpa ada paksaan.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...