Fail-fail dalam bilik kerjanya dibelek-belek dengan teliti. Asyik mengamati hingga pintu yang diketuk tidak diberi sebarang respon.
"Assalamualaikum. Hai... Zim. Khusyuk sangat tu membelek sampai aku ketuk pintu dan bagi salam pun kau tak perasan," terjah seorang lelaki yang tubuhnya kurang lebih sasanya seperti Muadz.
Segak sungguh jika dilihat walaupun hanya dengan sebelah mata. Dari penampilannya, dia nampak peramah. Namun, siapa sangka dia adalah seorang yang tegas apabila berurusan dengan perkara yang bersangkut-paut dengan kerja. Dia adalah Fathur Adri, sahabat karib kepada Muadz Hazim.
"Waalaikumsalam. Eh, Fat. Maaflah, makin menimbun dah fail-fail ni akhir-akhir ni. Alhamdulillah, rezeki. Kalau tak siapkan sekarang takut tak ada masa pula nanti," seloroh Muadz dengan ramah. Walaupun mereka bersahabat karib sudah lama, cara berkomunikasi mereka masih beradab dan sopan.
"Rajin betul kau sekarang ni. Aku tabik kat kau. Kau macam mana sekarang ni? Lama dah tak jumpa." Tapak tangan kanannya ditegakkan dan diletakkan di sisi dahi kanannya seperti seorang pegawai bomba yang sedang menghadap ketua.
"Alhamdulillah, okey. Tak ada apa-apa masalah. Lama ke? Baru dua minggu aku rasa."
"Dua minggu eh? Dah dua bulan kau cuti, kau tahu? Dua minggu tu pun dah kira lamalah, inikan pula dua bulan. Kita hampir setiap hari kot jumpa, makan tengah hari sekali... sembang-sembang, bincang pasal kerja." Benar, boleh dikatakan mereka sering bertemu sama ada untuk keperluan kerja atau suka-suka.
"Hehe bukan selalu cuti lama-lama. Eh, Fat! Astaghfirullahalazim... Maaf-maaf, lupa nak jemput kau duduk. Kau pun tak duduk juga, tunggu aku pelawa lagi. Nasib baik aku ingat."
Ralit bersembang hingga terlupa yang Fathur Adri masih lagi berdiri di sisi kerusi yang berhadapan dengan meja kerja Muadz.
"Hahaha... saja nak bermanja, bukan selalu. Lepas ni mungkin dah jarang jumpa." Nadanya sedikit sedih di akhir ayat.
"Kenapa jarang pulak?" Berkerut dahi Muadz bertanya soalan itu.
"Kau dah kahwin. Sah-sahlah kau lepas ni sibuk dengan bini kau. Nak lepak susah sikit." Dari gaya bercakap nampak macam berpengalaman walhal, dia sendiri pun belum berpunya.
"Alah, kau tak payahlah nak sedih. Isteri aku okey je, In Syaa Allah... Jangan risau, kau bercakap macam nak berpisah jauh aje. Padahal kahwin aje pun." Ingin sahaja dia gelak tetapi ditahan. Jika dilepaskan takut ada yang terasa hati.
"Bini kau tak ada kawan baik ke? Kenenkanlah untuk aku, mana tahu dapat. Nanti senang nak jumpa, boleh double date." Idea yang cukup menarik bila didengar tetapi tidak jika keluar dari mulut Fathur.
"Yakin ke? Kau juga yang cakap tak nak kahwin dulu, susah nak tanggung orang lain." Muadz bertanya kerana masih ragu-ragu dengan permintaan Fathur.
"Memang aku cakap macam tu. Tapi, bila aku tengok kau... macam okeylah pulak. Tak ada masalah, bahagia aje." Rasa ingin mempunyai pasangan tiba-tiba hadir dan lagi meyakinkannya selepas melihat sahabatnya ini.
"Alhamdulillah, sekarang masih okey lagi. Ujian yang Allah akan bagi nanti siapa tahu? Ini baru permulaan hidup dalam perkahwinan. Awal-awal memang indah, tapi kita tak tahu kedepannya apa akan jadi. Allah kalau nak bagi ujian, bila-bila je boleh. Yang membezakan hanya cara kita menempuh dugaan atau ujian yang diberikan itu. Kalau kepercayaan itu sudah sebati dalam diri dan pasangan dan percaya pada ketentuan Allah, In Shaa Allah nak harungi apapun kita boleh/tak menguji sangat." Tak pasal-pasal Fathur mendapat kelas ceramah ringkas bersama Ustaz Muadz. Tapi sayang, ustaznya tidak memakai kopiah.
"Setuju! Tapi aku harap hubungan rumahtangga kau orang akan kekal hingga ke syurga. Aku tengok kau orang pun... alhamdulillah manis, serasi aje." Fathur pun tidak menyangka jodoh sahabatnya sudah sampai. Apapun, dia tetap gembira melihat Muadz seperti tiada masalah dan bahagia selepas mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita yang dia sendiri pun tidak tahu asal-usulnya.
"Alhamdulillah, terima kasih Fat..." Dia bersyukur mempunyai sahabat bernama Fathur Adri.
"ALHAMDULILLAH, boleh isi perut." Seorang lelaki mengucapkan tanda syukur selepas membaca do'a makan bersama sahabatnya.
"Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi." Muadz pun turut memuji penciptanya. Walaubagaimanapun, rezekinya datang dari Allah.
Mereka berdua sekarang berada di kaunter pembayaran. Muadz mengeluarkan dua keping duit kertas untuk dihulurkan kepada juruwang.
"Eh tak apalah, aku saja bayar. Anggap ni ucapan tahniah aku atas perkahwinan kau." Tangan Muadz ditolak daripada menghulur wang. Bukannya segan, tetapi dia yang mengajak makan bersama setelah dua minggu, niatnya memang ingin membelanja Muadz.
"Laa, tak apalah. Biar aku saja bayar. Ucapan tahniah untuk apa lagi? Hari tu hadiah kahwin aku, kau dah bagi dah. Tak apa biar aku saja." Muadz tetap ingin membayarkan makan tengah hari mereka.
"Encik, saya yang bayar ya." Tangan Muadz tadi digenggamnya dan tangan sebelahnya menghulur kad. Dia tetap berkeras ingin membayar.
Muadz tidak dapat berbuat apa-apa. Tangannya digenggam.
Selesai sahaja adegan membayar tadi, mereka berjalan menuju keluar tempat tadi.
"Kau nak masuk pejabat terus ke macam mana ni?" Fathur bertanya kepada Muadz.
"Ya, aku nak habiskan dulu kerja lepas tu terus vroom. Takut bini aku sorang-sorang kat rumah tu tak ada teman." Beritahu Muadz panjang lebar.
"Oh, okey. Tak apalah kalau macam tu. Aku nak kena gerak dah ni, mama nak pergi butik." Balas Fathur. Dia sudah berjanji pada mamanya untuk membawa mamanya selepas sahaja jam makan tengah hari selesai.
"Baik. Tolong kirimkan salam aku untuk mama. Ada masa nanti aku datang melawat, bawak bini aku sekali." Sempat lagi dia berkirim salam.
Hubungan keluarga mereka berdua memang rapat seperti keluarga sebenar. Panggilan kepada kedua ibu bapa mereka juga tidak dipanggil dengan gelaran pakcik dan makcik.
"Okey, tak ada hal. Aku gerak dulu eh. Assalamu'alaikum." Dia melangkah keluar dari bangunan. Dia memang nampak berkarisma.
"Wa'alaikumsalam." Jawab Muadz dan mengangguk sebelum Fathur melangkah keluar. Setelah itu, dia turut melangkah keluar.
"ASSALAMU'ALAIKUM, malaikat abang, abang dah balik." Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Kepalanya menoleh ke semua arah mencari kelibat isterinya. Perasaan gembira hadir apabila kerjanya sudah selesai dan kini masanya untuk bermanja dengan isteri.
"Wa'alaikumsalam, abang. Abang dah balik? Macam mana hari pertama kerja lepas kahwin? Penat ke?" Tangan Muadz disalam dan dikucup kedua pipi Muadz. Hairan namun gembira kerana Muadz pulang awal dari biasanya.
"Dokumen banyak sangat, tapi alhamdulillah, maknanya rezeki bertambah. Dan alhamdulillah jugak, abang dah siapkan semua kerja." Jelasnya bagi menjawab soalan Himayah.
"Alhamdulillah. Abang nak mandi dulu atau rehat?"
"Abang nak mandi dulu, lepas tu solat asar, kejap lagi nak masuk waktu. Kita solat sekali, okey?" Tangan Himayah digenggam dan kepala Himayah dikucup.
"Okeyy, abang... Ima ambil air wudhu dulu." Dia mengangguk setuju. Tangan mereka berdua digenggam sambil berjalan ke bilik tidur.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...