Imbas kembali...
DALAM seminggu ini, Muadz benar-benar memenuhi fikirannya, walaupun interaksi antara keduanya tidak sebegitu banyak. Tapi, pesona dan personaliti yang dimiliki Muadz sangat kuat sehingga Himayah yang baru bekerja dengannya pun tertarik seperti magnet.
"Sayangnya Ima kalau tak dapat jadikan dia sebagai suami. Tengoklah dari penampilan dia, kemas dan teratur. Baik pulak tu. Rugi kalau tak dapat dia," bicara Himayah sambil berjalan ke hulu ke hilir depan katil dalam bilik tidurnya. Berjam-jam dia berperang dengan perasaannya.
"Macam mana nak dapat dia eh? Nak pikat dia macam susah aje. Hmm, think Himayah think!" Jari telunjuk diketuk ke dagunya berkali-kali.
"Haa..." Jari dipetik apabila mendapat idea.
"Eh, tapi tak boleh... tak boleh-tak boleh. Berdosa... tapi... dah tak ada cara lain. Dia terlalu greenflag untuk dilepaskan." Keluhan kasar dilepas. Akhirnya dia pasrah. Idea yang terkutuk itu diambil.
BUNYI pintu diketuk beberapa kali dibiarkan sebentar. Kepala sudah tersarung tudung masuk dari tadi. Dia sudah awal bersedia dengan situasi ini.
"Assalamualaikum, Himayah." Pintu rumah itu diketuk sekali lagi.
"Waalaikumsalam, sekejap!" Pemegang pintu dipulas dan dikuak pintu itu luas.
"Boleh serahkan dokumen tu?" Tanpa membuang masa, Muadz menyoal.
"Oh, kejap! Dokumen tu ada dalam bilik saya. Encik Muadz masuklah dulu. Lagipun tengah hujan ni nanti basah." Suara dilantangkan sedikit mendengar hujan yang semakin lebat.
"Eh, tak apa. Tak manislah orang tengok nanti." Segan pula Muadz sekarang ini.
"Masuk kejap aje, kat luar ni hujan lebat takut Encik Muadz demam pulak esok." Melihat Muadz yang akhirnya mengangguk pasrah, dia tersenyum nipis.
"Encik Muadz duduklah dulu. Saya ambil dokumen tu dulu." Sofa di depan tv ditunjuk dengan telapak tangan.
"Baik." Ringkas dan padat. Dia mengangguk setuju dan terus duduk.
Himayah naik ke bilik. Langkah sengaja diperlahankan agar Jabatan Agama Islam masih sempat sampai tepat pada waktunya. Nasibnya baik kerana jirannya semua bercuti memandangkan semua jirannya itu mempunyai hubungan yang sangat rapat sesama sendiri. Tidak dengan dirinya, dia hanya kenal begitu-begitu sahaja.
Dokumen itu digenggam kemas dan rapat ke dada. Dokumen itu sepatutnya disimpan oleh Muadz untuk meeting pagi esok bersama klien di hotel selepas sahaja disemak oleh Himayah.
Tetapi pelan Himayah memerlukannya untuk berpura-pura terbawa pulang agar Muadz akan datang ke rumahnya dan dia akan menyerahkan dokumen itu kembali kepada Muadz.
Tok! Tok! Tok!
Muadz yang pada waktu itu masih setia menunggu Himayah di dalam bilik terganggu apabila telinganya menangkap bunyi ketukan di pintu rumah tersebut.
Muadz tanpa ragu-ragu melangkah ingin menguak pintu itu.
"Encik Muadz!" panggil Himayah separuh menjerit yang sedang menuruni tangga.
Muadz menoleh ke belakang sebentar. "Ya, dah ada ke?"
"Ya, Encik Muadz. Ini dia." Fail ditangannya dihulur dan Muadz terus menyambutnya.
Ketukan di pintu itu menyentakkan mereka berdua. Muadz meminta diri dan segera menguak pintu itu.
"Assalamualaikum encik. Kami dari pihak Jabatan Agama Islam telah mendapat aduan bahawa ada dua orang berlainan jantina bersekedudukan dalam rumah ni." Serentak itu Muadz dan Himayah menoleh memandang sesama sendiri.
Wajah mereka sangat pucat. Terutamanya lelaki yang bernama Muadz Hazim.
"Tak! Tak! Tak!" Serentak mereka berdua menidakkan perkataan dari pihak tadi. Mereka kembali memandang sesama sendiri selepas mendengar keserentakkan mereka tadi.
"Tak, tuan. Tuan mungkin salah faham. Kami tak pernah bersekedudukan pun. Kami tak buat apa-apa, saya datang nak ambil dokumen penting yang pekerja saya terbawa balik saja. Tuan percayalah." Bersungguh-sungguh Muadz menjelaskan itu.
"B-betul, tuan. Kami tak buat apa-apa pun. Bos saya datang nak ambil dokumen itu sahaja." Fail ditangan Muadz ditunjuk sebagai bukti.
Kelihatan seorang dari mereka menoleh meminta pendapat dari yang lain.
"Baik, tak apa... kita akan cuba selesaikan masalah ini secepat mungkin. Semakin banyak kerjasama yang pihak encik dan cik berikan, semakin cepat masalah ini selesai," ujar salah seorang dari empat orang itu dengan sopan.
Muadz dan Himayah kembali menoleh memandang sesama sendiri. Mata Muadz jelas menunjukkan tanda tanya.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...