LAUK yang dimasak ummi malam ini sememangnya sedap kerana itu lauk kesukaannya. Ayam masak kunyit. Kecur liurnya memandang lauk itu dari tadi.
"Muadz, baca doa," kata Encik Musa lebih kepada meminta.
Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga mereka, Muadz yang mengetuai hampir semua doa. Muadz mengangguk sekali.
Mereka semua menadah kedua tangan ke atas.
"بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ. اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا ، وَقِنَا عَذَابَ النَّار."
"بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ."
"بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ."
Doa ini memang sentiasa dibaca untuk menghindari semua kemungkinan buruk dalam makanan dan minuman seperti racun.
"Aamiin." Mereka semua mengaminkan doa tersebut.
Nasi dicedok untuk suami terlebih dahulu kemudian untuk ummi dan abi. Dia sendiri yang meminta untuk berbuat sedemikian kerana dia sudah tiada ibu bapa lagi untuk berbakti. Mereka pun tidak membantah sebaliknya membiarkan menantu mereka mengumpul pahala.
"Abang nak ayam ni tak?" Kepalanya dihalakan pada Muadz.
"Nak, sayang. Tapi, biar abang aje yang cedok, sayang duduk. Nanti sayang penat." Tangan Himayah yang mencedok ayam ditahan.
"Tak penat pun, abang. Setakat cedok ayam ni." Dia menolak perlahan. Ayam aje pun, tapi Muadz ni risau melebih.
Semakin besar perutnya semakin degil pula Himayah ini.
"Betul tu, Himayah. Biar Muadz aje yang buat. Himayah tak boleh banyak gerak, nanti letih. Tak lama lagi nak beranak dah." Ayat ummi sebiji macam Muadz. Ibu borek anak rintik.
"Tapi, ummi... cedok ayam aje, tak susah pun. Mana tahu ini kali terakhir Ima tolong cedokkan ayam untuk abang, ummi dan abi?" Ayat sengaja diputar belit jadi sayu sedikit supaya mereka semua membiarkannya menolong.
Benar, mereka semua terbungkam. Tanpa membalas apa pun, Himayah sambung perbuatannya tadi.
Mereka pun meneruskan santapan dengan terselit perbualan sedikit apabila makanan di mulut sudah ditelan.
DAHINYA penuh dengan peluh yang merenik entah sudah berapa lama. Nafasnya berterabur. Kedua tangannya ditahan untuk imbangi badannya di atas katil.
"هُوَ اللهُ ، اَللهُ رَبِّيْ لَا شَرِيْكَ لَهُ. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَمِنْ شَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ."
"اللَّهمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَمَل الشَّيْطَانِ وَسَيِّئَاتِ الْأَحْلَامِ."
"أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيم."
Taawwuz itu dibaca tiga kali dan dia meludah tiga kali ke kiri tanpa mengeluarkan air liur.
Tubuh sasa Muadz di sisi ditenung lama. Betulkah keputusannya untuk terus bersama Muadz? Soalan itu beberapa hari ini kerap bermain di mindanya kerana satu mimpi yang berulang kali muncul sejak kebelakangan ini.
"Ima, kau yakin ke dengan perbuatan kau ni? Layak ke kau? Dia terlalu baik untuk diri kau yang jahil ni." Dia bermonolog sendirian. Pandangannya berubah kosong.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
Storie d'amoreMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...