BAB 7

15 4 0
                                    

SANG isteri melihat suaminya tertidur pulas di atas katil keletihan. Setelah berkerja, dia menemani pula isterinya mengemas rumah.

Puas sudah Himayah bertegas supaya Muadz tidak menemaninya tetapi Muadz tetap berkeras ingin membantu. Saling bantu-membantu dalam rumahtangga adalah satu sunnah agar hubungan bahagia katanya. Himayah pun tidak dapat membantah.

"Maafkan Ima, abang. Kalau Ima kemas rumah awal tadi mesti abang tak penat nak tolong jugak. Ima beruntung dapat abang sebagai suami." Dikucup dahi dan pipi Muadz sebelum kedua tangannya mendarat di bahu Muadz, mengurut suaminya tanda berterima kasih telah menolongnya.

"Ermm..." Muadz menggeliat merasa ada sesuatu menyentuhnya.

"Shh... Shh..." Tangan yang tadinya mengurut kini menepuk-nepuk bahu Muadz perlahan. Dahi Muadz dikucup sekali lagi.

SEDANG dia asyik termenung di dalam perpustakaan kecil yang berada di hujung penjuru rumah itu, kedengaran bunyi loceng ditekan sebanyak dua kali.

Lamunannya terhenti. Dengan langkah yang laju dia membuka pintu dengan tudung yang sedia disarung.

"Ye? Cari sia-" mulutnya terhenti dari menyambung ayatnya. Puas dia menoleh ke kiri kanan mencari si
pendatang namun, hampa. Yang dilihat hanyalah sepucuk sampul surat berwarna coklat bersaiz A5.

Sampul itu diambil dan dibawa masuk bersamanya kembali ke dalam perpustakaan kecil.

"Untuk siapa ni? Aku ke? Macam mustahil je." Sampul itu dibelek-belek mencari nama pengirim atau penerima.

"Tak adalah pula nama. Nama Muadz pun tak ada, mungkin untuk aku kut." Rasa sangsi masih ada tetapi cuba ditepisnya.

"Tak apalah cuba buka dulu. Kalau ni hal kerja, terus simpan je nanti bagi Muadz."

Dibuka sampul itu dengan hati-hati. Terkaku Himayah melihat isi di dalamnya. Mulutnya terkunci. Dadanya berdegup kencang.

Lekas-lekas dia menyimpan isi di dalam sampul itu kembali. Nafasnya tidak teratur. Dia berdiri dan menyimpan sampul itu di tempat yang mungkin tiada siapa akan menemuinya.

"Malaikat abang buat apa, sayang?" Suara garau itu membuatkan Himayah yang membaca buku terus mendongak memandang suaminya.

"Baca buku je, abang." Buku itu terus ditutup dan dia memeluk suaminya dengan ketat dari depan.

"Abang dah nak makan ke? Kalau tak Ima nak masak sekarang," kata Himayah masih dengan memeluk Muadz.

"Boleh jugak. Kita masak sama-samalah. Jom sayang," ajaknya. Muadz menarik tangan Himayah menuju ke dapur.

"Okey korang, hari ni saya dengan suami tercinta saya akan masak... masak apa abang?"

Dia bercakap seperti sedang berada di program dalam TV.

"Ayam masak cili api, sayang." Muadz yang dari tadi merenungnya pun hanya melayan karenah isterinya.

"Okey, ayam masak merah! Jadi bahan-bahan yang kita perlukan adala- hahaha." Belum sempat dia menyempurnakan ayatnya, gelaknya sudah terhambur kerana pinggangnya digeletek oleh Muadz.

"Dia tanya orang tapi dia buat pilihan sendiri." Muadz menjegilkan matanya manja sambil berkata begitu.

"Orang gurau jelahh..." Pipi kanan Muadz dicubit dek kerana geram.

Mereka pun menyelesaikan sesi bermanja dengan fokus memasak... bersama renungan Muadz yang sentiasa mengiring Himayah.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now