Suasana sepi yang telah menjadi sedikit bising kerana lagu yang dipasang oleh Himayah di dalam kereta Audi R8 berwarna putih tidak Muadz pedulikan. Dia faham isterinya mahu mendengar musik sambil membaca novel yang sudah dua bulan dia beli tetapi sekarang baru dibaca.
"Malaikat abang."
Himayah terus menanda mukasurat terakhir yang dibacanya dengan penanda buku khas untuk novel itu. Himayah menoleh menatap wajah Muadz tanpa bersuara.
Muadz yang sedang memandu menoleh sekilas dengan senyuman manis dibibirnya menatap wajah isterinya yang masih setia menunggu Muadz mengatakan apa yang hendak dikatakan.
"Kita dengar selawat, nak? Malaikat abang perlahan-lahan cuba membiasakan membaca novel dengan pasang selawat, okey? Abang tak paksa malaikat abang. Abang tahu ia mungkin menyebabkan sayang rasa pelik, janggal, macam tak ada feel bila baca sambil dengar selawat, tapi kalau malaikat abang boleh buat, biasakan ya sayang? Tenang hati sayang dengar selawat, pahala pun dapat. Sambil-sambil tu malaikat abang selawat sekali. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena banyakkan berselawat supaya kelak di Padang Mahsyar kita boleh dekat dengan Rasulullah S.A.W."
Lembut sahaja teguran yang diberikan oleh Muadz.Himayah yang mendengar tersenyum manis mendengar nasihat ikhlas yang diberikan oleh suaminya tercinta.
"Boleh, Ima akan biasakan dengar selawat sambil baca novel." Himayah mengatakan itu dengan senyuman manis diukir dibibir.
"Terima kasih, abang."
Muadz mengerutkan dahinya dan menoleh ke arah isterinya.
"Terima kasih? Kenapa, malaikat abang?"
"Terima kasih sebab tegur Ima dengan lemah lembut, jaga hati Ima."
"Kenapa perlu tegur dengan kasar kalau boleh tegur secara lembut? Malaikat abang tak buat salah pun... abang tak nak berkasar dengan sayang dan takkan pernah berkasar dengan sayang dalam keadaan abang yang masih waras. Abang dah janji dengan diri abang sejak melafazkan akad yang abang akan jaga malaikat abang, abang akan jaga semua. Jaga makan minum sayang,jaga kesihatan sayang, apatah lagi hati sayang. Mestilah abang kena jaga betul-betul, taknak bagi orang lain ambil."
Senyuman Himayah semakin melebar dengan hati yang berbunga dia memeluk lengan suaminya.
Indahnya hidup berumahtangga, lagi-lagi dengan suami sweet macam Muadz. Boleh potong kepala dah manisnya ni.
HIMAYAH yang tadinya leka bermain telefon bimbit sekarang menatap lurus ke depan memandang kereta-kereta yang di atas jalan raya.
Tiba-tiba sahaja Himayah meletakkan sikunya di atas kotak di dalam kereta yang berada di tengah-tengah tempat duduk pemandu dan penumpang. Tapak tangan kanannya menongkat dagu, tubuh badan menghadap suaminya yang kacak dengan kemeja lengan panjang berwarna biru tua. Kedua matanya merenung wajah suaminya lama.
Muadz yang fokus memandu sedar akan dirinya ditenung. Tak keruan dibuatnya.
Muadz segera memberhentikan keretanya di tepi jalan raya lalu beralih membalas renungan isterinya.
Dah kena tenung balik, nak buat apa sekarang ni? Takkan nak beritahu yang... aduh nanti dia terasa pula. Kata Himayah dalam hati. Dadanya berdebar-debar sekarang ini.
Kedua mata Muadz yang fokus membalas renungan isterinya tiba-tiba sahaja ingin mengerling melihat sesuatu yang berada pada peletak telefon bimbit kerana samar-samar terdengar musik.
'Cause with your hand in my hand
and a pocket full of soul
I can tell you there's no place we couldn't go,
just put your hand on the past
I'm here trying to pull you through
You just gotta be strong
Alamak! Dia dah tahu ke? Matilah akuuu... Agak-agak dia terasa tak? Bicara hati Himayah.
Tawa halus kemudian kedengaran ditelinga Himayah. Eh? Ehh? Dia okey saja? Biar betul? Eh, patutnya aku bersyukurlah dia tak marah atau terasa, kan?
Muka Himayah yang sedikit terkejut memerah apabila mendengar soalan yang diajukan terhadap dirinya daripada Muadz.
"Malaikat abang buat apa? Record abang sebab nak tengok reaksi abang ke?"
Rentung dah pipinya kantoi tengah rakam momen mereka berdua tadi.
"Hehehe..." Sengihan ditayang menunjukkan deretan gigi putih yang tersusun rata.
Muadz melepaskan tawa halusnya lagi kali ini, tangannya mengusap lembut kepala Himayah yang berlapik dengan tudung bawal berwarna hitam.
Tangan Himayah dengan cepat menyentuh tudungnya yang sedikit kemek akibat perbuatan suaminya tadi. Dahinya berkerut, bibirnya sudah muncung seperti itik. Tidak lama setelah membetulkan tudung yang kemek di bahagian muka bibirnya kembali tersengih.
"Ha'ah, sayang nak ikut trend yang sekarang tengah viral tu." Masih dengan sengihan yang tidak lekang dari bibir.
"Viral di mana? Kalau abang tak tahu maksudnya tak virallah trend tu." Selamba Muadz berkata begitu.
"Viral di TikToklah."
"Kaki TikTok ya malaikat abang ni?" Usik Muadz.
"Kaki TikTok pun...Ima layan benda-benda berfaedah, bukan benda bukan-bukan. Ima dengar ceramah dan kebanyakkannya tentang rumahtangga,cara menjaga suami dengan betul. Jadi, bolehlah Ima belajar memperbaiki diri untuk abang dan rumahtangga kita." Bidas Himayah dengan mulut itik miliknya. Namun, nadanya tetap rendah.
Itulah orang kata, jangan lawan perempuan bila bercakap! Lelaki tidak akan menang punya kalau nak beradu mulut dengan insan yang digelar perempuan atau wanita. Lagi-lagi dengan jenis yang tak reti nak mengalah.Perempuan selalu betul.
"Haa...yelah. Dengar ceramah itu dah bagus dah, tapi memperbaiki diri tu jangan semata-mata untuk abang ya, malaikat abang? Memperbaiki diri untuk Allah itu yang paling penting,bila kita memperbaiki diri untuk Allah automatik semuanya akan baik dengan izin Allah," Tangan kanan ditarik perlahan lalu dikucupnya telapak tangan isterinya dengan lembut.
Erkkk... Jangan lawan perempuan? Perempuan selalu betul? Ini dah jadi macam ni pun perempuan masih betul? Maluuu...
"Okey, abang," Himayah hanya mengangguk perlahan tanpa mengeluarkan sebarang kata lagi.
"Tapi sayang tak post on social media, kan?" Berhati-hati Muadz bertanya.
"Of course tak. Ima masih tahu batas, abang." Himayah menjawab pula.
Himayah kemudian merasakan dagunya dicuit oleh Muadz dengan jari telunjuk sebelah kirinya. Kepala Himayah automatik menoleh hendak menatap wajah suaminya. Namun, hanya senyuman yang diberikan oleh abang pemandu kacak disebelahnya.
Mereka pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...