HAWA dingin yang menyejukkan seluruh isi di dalam supermarket membuatkan Himayah yang hanya menggunakan blaus hitam menggigil kesejukan. Hendak dikatakan pakaian yang dikenakannya itu nipis, tidak juga.
Muadz yang sedar akan isterinya yang kesejukan segera melepaskan jaket kulit berwarna hitam yang berada di tubuhnya dan dipakaikan di tubuh halus isterinya.
Himayah yang merasa tubuhnya bagai dibaluti sesuatu agak tebal yang mampu menghangatkan tubuhnya yang kedinginan, automatik kepalanya menoleh melihat suaminya yang sudah tersenyum ke arahnya dan membuatkan hati Himayah semakin menghangat.
Tanpa sedar tubuh kecilnya dipeluk oleh Muadz. Seperti terkena renjatan elektrik, Himayah tersentak apabila ada seorang wanita yang melanggar mereka entah dengan sengaja atau tidak.
Hah? Dari tadi lagikah dalam posisi begini? Ya Allah, malunya... Nanti apa pula yang orang kata? Tak pasal-pasal dituduh gatal tak kena tempat.
"MALAIKAT abang, nak beli buah apa? Nak yang mana? Abang tolong ambilkan," tawar Muadz kepada Himayah.
"Hmm, tak apalah... abang pergilah tengok-tengok dulu apa yang abang nak. Ima masih tak tahu lagi nak pilih buah apa, nanti dah pilih Ima ambil sendiri."
"Betul ni? Tak nak abang tolong?" Wajahnya menunjukkan riak tidak puas hati.
"Ya, betul abang. Tak apa abang tengok-tengoklah dulu barang yang abang nak tengok."
"Hishhh...tak ada-tak ada. Kalau sayang dah pilih buah tu nanti, panggil abang. Abang tolong ambilkan untuk sayang." Muadz tidak puas hati melihat isterinya ingin melakukan sesuatu perkara dengan dirinya sendiri, dia mahu isterinya bergantung pada dirinya.
"Baiklah, abang sayang. Sekejap lagi Ima panggil abang bila Ima dah buat keputusan nak beli buah apa, ya?" Ucap Himayah dengan suara yang lembut. Dia pasrah.
Kesibukan Himayah yang sedang memilih buah-buahan tidak diganggu oleh Muadz sementara dia di bahagian kopi dan teh.
Perempuan bila memilih sesuatu memang teliti. Kalau boleh buah itu pun dipotong untuk memilih yang mana yang mempunyai sedikit biji.
Tersentak Himayah yang sedang memilih buah-buahan apabila bahu kanannya dilanggar dengan kuat oleh seseorang sehingga badannya tertolak ke hadapan.
Laju wajah Himayah menoleh ingin melihat seseorang yang telah melanggarnya hingga ingin terjatuh namun badannya sempat diimbangi.
Seseorang itu hanya melihat Himayah dengan senyuman sinis yang diberi.
Terkebil-kebil mata Himayah melihat orang itu.
Dia kenal aku ke? Apasal dia tengok aku macam tu? Muka macam berdendam pada aku saja. Sudahlah, dia salah orang kut. Lagi bagus aku sambung pilih buah ni! Gumam Himayah sendiri.
"ABANG." Suara Himayah menyedarkan Muadz yang sedang ralit memilih kopi.
"Ya, malaikat abang." Muadz segera menoleh menghadap sang isteri.
"Ima dah pilih dah buah. Abang tolong ambilkan eh?"
"Oh dah pilih, dah? Sayang pilih buah apa? Jap ye abang nak ambil kopi jap."
"Ima ambil buah tembikai susu dan tembikai. Buah kegemaran kita," jawab Himayah dengan senyuman.
"DAH? Sayang ambil biskut saja? Yang lain tak nak? Keropok atau minuman?"
Gelengan kecil diberikan oleh Himayah. Muadz yang melihat hanya tersenyum dan memeluk bahu Himayah dari sisi.
"Betul ni?" soal Muadz.
Himayah mengangkat wajahnya dan menganggukan kepalanya. Untungnya dapat suami macam ni, apa yang aku nak semua dia bagi. Tak berkira pulak tu, sayang Muadz!
HAWA yang dingin mengisi seluruh kereta. Tapak tangan kanan Himayah sudah menggosok sebelah lagi tapak tangannya kerana kesejukan.
Sejuk lah pula! Di dalam supermarket sejuk, dalam kereta pun nak sejuk juga ke? Dahlah tak bawa jaket lain, kesian pula tengok Muadz. Takut dia pun kesejukan dalam diam.
Tiba-tiba Himayah terasa ada tangan yang menggenggam tangannya. Himayah mengangkat wajahnya menatap wajah kacak suaminya yang sedang tersenyum mengerling sekilas ke arahnya.
Cair dah aku dengan sifat dia ni! Peka betul! Patutlah perasaan sayang aku pada dia semakin bertambah setiap saat. Tak sia-sia dulu aku buat benda tu pada dia. Hehehe....
"Ima laparlah tapi, tak nak makan benda berat-berat. Nak yang ringan-ringan aje," rungut Himayah. Menyesal pula tolak tawaran Muadz untuk membeli keropok tadi.
Muadz tersenyum nipis mendengar itu. Dengan gigih dia mencapai keropok di dalam plastik beg yang berada di tempat duduk belakang. Untung saja ketika itu lampu merah.
"Bila abang beli? Kenapa Ima tak nampak pun?" tanya Himayah sambil menerima huluran dari Muadz dengan matanya berbinar-binar.
"Hehe abang saja beli lebih..." Muadz memang seorang suami yang memahami. Sengaja dia membeli makanan ringan kerana dia tahu mesti akan sampai waktunya Himayah ingin memakan makanan begitu.
"Okey." Tangannya laju membuka plastik tersebut.
"Abang nak? Kita kongsi." Tawaran Himayah itu kedengaran comel di telinga Muadz.
"Tak apalah, malaikat abang aje makan." Bukan tak nak tapi dia dahulukan isterinya dahulu. Dia nanti-nanti pun boleh.
"Alaaa... kita kongsilah, Ima suap okey? Kalau abang tak nak, Ima pun tak nak." Ayatnya sememangnya memerangkap Muadz. Muadz hendak tolak juga tidak boleh, plastik itu telah pun dikoyak oleh Himayah.
Mahu tidak mahu, memang dia akan kongsi dengan Himayah. Pandai betul Himayah menjebaknya. Macam tahu-tahu saja yang dia juga ingin makan keropok itu.
Sepanjang perjalanan mereka berdua, Himayah setia menyuap Muadz sehingga keropok yang dikongsi itu habis.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...