BAB 15

17 4 0
                                    

HARI ini genap sudah lima bulan kehilangan Himayah entah ke mana. Muadz buntu, tidak tahu di mana harus mencari isterinya.

Namun, tidak pernah dia berputus asa mencari. Satu Kuala Lumpur dijelajahi hingga sanggup dia mengupah orang untuk turut mencari keberadaan Himayah.

Dalam tempoh itu juga dia benar-benar berusaha untuk menguatkan mentalnya sejak kehilangan satu-satunya isterinya. Ini bukan drama yang hero akan rosak penampilan setelah hilang orang tersayang.

Penampilan Muadz masih terjaga tapi fikirannya kusut. Dari raut wajahnya, hanya orang yang terdekat sahaja akan sedar yang dia tidak seceria dulu.

Dia tahu dia harus kuat. Dia harus tetap menjaga penampilan untuk Himayah. Dia mahu berjumpa Himayah dengan keadaan yang masih baik-baik sahaja.

"Sabarlah, Zim. Aku yakin semuanya ada hikmah cuma kau aje belum nampak lagi." Fathur menepuk perlahan bahu Muadz. Menyalurkan kekuatan di dalam bilik kerja Muadz.

Sejak kehilangan Himayah, Fathurlah yang sentiasa ada di samping Muadz.

"Salah aku Fat. Aku tak pedulikan dia kebelakangan tu. Aku ambil remeh aje masa dia bagitahu yang dia rasa macam ada orang ikut dia. Aku suami yang jahat Fat." Wajahnya diraup kasar. Rambutnya sudah serabai.

"Tak, kau tak salah dan kau adalah suami yang baik, Zim. Aku tahu tu. Kau sanggup balik awal setiap hari semata-mata nak temankan dia kat rumah sebab kau tahu dia tak ada teman." Fathur memujuk Muadz dengan kata-katanya.

"Kau tak boleh macam ni, Zim. Kau tak kesian ke dekat dia kalau dia tahu kau asyik salahkan diri kau aje?" Fathur mula menggunakan teknik psikologi.

"Tapi kalau dia kesiankan aku, dia takkan tinggalkan aku, Fat. Dia tahu, dia kelemahan aku. Ini semua salah aku, aku sibuk nak bekerja sedangkan dia di rumah tak ada teman." Tak habis-habis Muadz menyalahkan dirinya. Jiwanya terasa kosong.

"Zim, kau janganlah salahkan diri kau. Dia mesti buat semua ni bersebab. Mungkin kau tak tahu." Masih lagi berusaha memujuk.

"Entahlah, Fat. Aku tak tahu nak buat apa lagi lepas ni. Kalau ada dia aku boleh ajak dia jalan-jalan. Sekurang-kurangnya ada benda aku nak buat bila dia ada. Bila dia dengan aku, aku tak kosong. Ada aje benda yang boleh dibuat. Tapi sekarang tak ada dia aku kosong. Dah tak ada apa dah." Luahannya sedikit menyentuh perasaan Fathur yang mendengar. Sungguh sayang dan setianya Muadz pada Himayah.

KEBETULAN kerja di pejabat sudah berkurang. Muadz mengambil keputusan untuk bercuti dan menenangkan fikiran.

Tempat percutian yang di pilih ialah Sarawak. Negeri yang Himayah pernah sebut sebagai negeri yang ingin dikunjungi.

Usai membayar barangan yang dibeli di supermarket itu keningnya berkerut memandang juruwang yang tepat berdiri di sebelah juruwang yang mengira wang di depannya.

"Malaikat abang," bisik hati Muadz perlahan.

Hatinya dilanda perasaan sebak sambil plastik digenggam kuat dan berlalu dari situ.

Stereng kereta itu dihentak sekali untuk melampiaskan kemarahan terhadap dirinya. Airmata jantannya perlahan-lahan terjatuh juga.

"Allah... adakah selama ni isteri hamba bekerja sebagai juruwang untuk menyara dirinya? Sungguh hamba gagal menjadi suami yang baik untuknya ya Allah. Hamba membiarkannya bekerja dan menyara hidup sendiri beberapa bulan ini. Hamba berdosa ya Allah, tolong maafkan hamba ya Rabb." Tidak putus dia menyalahkan dirinya sendiri dengan tangisannya.

DENGAN hoodie dan seluar slack hitam yang tersarung di tubuh, dia sentiasa memerhati isterinya dari jarak jauh selama seminggu ini. Tempat tinggal yang ditinggali isterinya pun dia sudah kenal pasti.

Apa yang dia boleh katakan, rumah itu sangat tidak sesuai untuk isterinya. Hari ini lenanya terlajak sehingga kelibat Himayah tidak dapat dikesan ke mana perginya.

Pelik sungguh apabila hari ini isterinya itu tidak ada di supermarket tersebut.

"Nak beli novel apa pula ya? Selalunya abang yang tolong pilihkan." Bibirnya muncung saat berkata begitu. Rindu terbit di hati. Setiap hari setiap saat dia teringat dan rindu dengan suaminya.

Rasa bersalah setiap hari menghantui dirinya namun berkali-kali dia cuba menepis.

"Susah-susah macam ni tak payah belilah. Kita pergi beli barang dapur aje." Akhirnya dia mengambil keputusan tidak membeli satu pun buku.

Tangannya penuh dengan beg plastik yang dipenuhi barangan dapur. Tapi langkahnya terhenti mendengar seperti ada yang memanggil.

Kepalanya ditoleh. Tiada sesiapa pun yang dikenalinya dilihat. Ingin kembali berjalan tetapi langkahnya sekali lagi terhenti kerana seseorang di depannya. Wajahnya terlanggar dada bidang lelaki itu.

Tangan seseorang itu menekup kedua pipi Himayah. Membulat mata Himayah.

"Malaikat abang?" Mata lelaki itu berair melihat insan di depannya sekarang ini.

Pantas kaki Himayah berundur beberapa tapak ke belakang. Matanya terkebil-kebil melihat Muadz yang berada di depannya.

"Malaikat abang, sayang pergi mana? Puas abang cari sayang. Sayang, jom balik dengan abang? Abang rindu malaikat abang ni sangat-sangat," luah Muadz sambil memujuk. Himayah pula menggeleng perlahan walaupun matanya jelas memancarkan kerinduan.

Pantas beg plastik yang dibimbit Himayah bertukar tangan walaupun Himayah berkeras tidak mahu melepasnya. Mata Muadz turun melihat perut Himayah yang kelihatan sedikit membesar. Dahinya berkerut. Senyuman terukir di bibir namun hanya sebentar.

"A-anak kita kan, sayang?" Tergagap-gagap bicaranya. Matanya menumpahkan butiran jernih.

Selama seminggu dalam pemerhatiannya, dia langsung tidak perasan dengan hadirnya anaknya di perut Himayah.

Himayah memalingkan wajahnya. Airmatanya juga tidak dapat ditahan dari turun membasahi pipinya.

Tanpa dia sedar tubuhnya sudah pun di dalam rangkulan Muadz dengan usapan yang lembut di belakangnya. Tiba-tiba sahaja tangannya memeluk erat tubuh Muadz.

"Shhh... tak apa, malaikat abang. Abang ada dekat sini. Jom kita balik, ya? Semua orang rindu sayang terutamanya abang." Terasa gelengan perlahan Himayah di dadanya. Hatinya sakit merasakan gerakan itu. Kenapa isterinya tidak mahu?

"Sayang, kenapa ni? Bagitahu abang ya? Cerita pada abang. Abang takkan paksa sayang cerita sekarang tapi bila sayang dah sedia, tolong jujur dengan abang ya? Sekarang kita balik ya? Please, my angel?" Muadz kembali menekup pipi Himayah sambil memujuk. Perlahan-lahan Himayah mengangguk walaupun sedikit teragak-agak.

"Alhamdulillah... jom." Beg plastik di lantai dicapai dan dibawa bersama.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now