LIMA bulan sudah Muadz menjalani kehidupan sebagai seorang suami kepada Himayah.
Kebelakangan ini juga Muadz semakin sibuk dengan kerjayanya yang semakin naik mencanak sahamnya.
Hari ini Himayah menerima surat misteri buat kali ketiga dan Himayah boleh mengagak penghantarnya ialah orang yang sama dari tulisan dan sampul suratnya. Surat kali ini mengandungi beberapa gambar seorang perempuan dan Muadz sedang duduk berdua makan bersama satu nota yang bertulis...
"Maaf, kita orang makan berdua tanpa ajak you. Dia milik I dulu buat masa ni."
Himayah hanya tenang membaca itu. Senyuman terukir di bibir.
"Maaf, fitnah you tak termakan oleh I. Muadz dah jelaskan apa yang jadi." Dia bermonolog sendirian seolah membalas orang itu di depannya.
Bila difikirkan, penghantar itu sungguh bijak mengatur waktu penghantaran surat. Surat itu tidak pernah sekalipun diterima mahupun dilihat oleh Muadz. Tapi pelik, surat pertama yang dia dapat adalah pada waktu Muadz sedang tidur.
Bagaimana penghantar itu boleh tahu bahawa Himayah yang akan menerimanya dan bukan Muadz?
"Sudahlah Himayah Haseena... jangan fikirkan benda tak penting macam tu." Tepi kepalanya ditepuk perlahan.
Langkah diatur ke perpustakaan kecil dan disimpan surat itu bersama surat lain yang pernah diterima sebelum ini.
Ting!
Satu pesanan dari Muadz diterima oleh Himayah.
+ Malaikat abang, hari ni abang balik lambat sikit, sayang. Sayang rehatlah dulu tak perlu tunggu abang ya.
- Alaa... okeylah kalau macam tu. Hati-hati abang!
Haih... Himayah membuang nafas perlahan.
"Abang balik akhir lagilah pula. Baru nak masak istimewa sikit nak sambut kenaikkan syarikat dia." Dia mengeluh. Pelik juga kerana hari ini Muadz pulang lebih lewat dari sebelumnya. Tapi dia tidak berfikiran negatif tentang suaminya.
"Tak apalah, nak buat macam mana. Ini pun salah satu rezeki dari Allah jugak untuk memajukan perniagaan abang." Himayah mengusap dadanya. Melegakan hati sendiri.
NOMBOR Muadz didail dengan teragak-agak. Dia sunyi.
Rindu... selalunya pada waktu begini, Muadz akan berada di sampingnya menyelesaikan kerja pejabat atau menemaninya membaca novel.
Deringan pertama.
Deringan kedua.
Deringan ketiga...
Himayah: Assalamualaikum helo, abang?
Muadz: Waalaikumsalam, malaikat abang. Ya, ada apa, sayang?
Himayah: Tak adalah, saja call. Abang lama lagi ke nak balik? Abang dah makan? Makan apa aje?
Ketawa halus dari bibir Muadz kedengaran di telinga Himayah.
Muadz: Sekejap, abang jawab satu-satu ya? Abang dah makan dah tadi, makan nasi kerabu. Abang makan seorang aje, tak ada sayang abang ni nak teman abang. Abang balik kejap lagi ya? Ada sikit lagi dokumen nak kena semak.
Himayah: Alelele... cian comi Ima ni. Ima faham kerja abang sebagai seorang CEO... tak apa, esok kita makan sama-sama, okey?
Muadz: Hmm... okey, sayang!
Himayah: Abang...
Muadz: Ya, sayang?
Himayah: Rinduuu...
Muadz: Alelele... abang pun rindu. Tak apalah, abang balik sekaranglah! Nak peluk, sayang!
Talian terus diputuskan begitu sahaja oleh Muadz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...