"MACAM mana sayang tahu yang sayang mengandung?" tanya Muadz dengan berhati-hati.
"Saya saja cek sebab saya nak tahu tapi tak sangka pulak positif," jawab Himayah jujur walaupun nadanya sedikit datar.
"Sayang tak rindu abang ke sepanjang abang tak ada dengan sayang?"
Reaksi Himayah langsung tidak menunjukkan bahawa dia akan menjawabnya. Jadi, Muadz menukar soalan.
"Kenapa sayang pergi tinggalkan abang?"
Himayah terbungkam mendengarnya. Dia diam sebentar sebelum menjawab. Soalan kali ini, Muadz langsung tidak berniat untuk menukarnya, dia sangat keliru dan ingin tahu sebabnya.
"Sebab saya nak."
"Tak, itu bukan alasannya yang sebenar kan? Abang tahu." Dia menggeleng laju. Tidak mahu Himayah terus berahsia dengannya.
"Benda tu betul." Terketar-ketar tangannya ketika menjawab. Bagaimana Muadz tahu yang itu bukan jawapan sebenar?
"Tak, sayang. Abang yakin bukan itu jawapannya. Sayang jujur, please?" Kelembutanmu dalam suara Muadz menyentuh perasaan Himayah.
"S-sebab saya tak layak untuk awak. Saya jahat. Saya munafik." Bergetar suaranya ketika mengatakan itu.
"Astaghfirullahalazim. Apa sayang cakap ni? Kenapa cakap macam tu? Jangan cakap macam tu lagi, sayang. Abang tak nak dengar, abang tak suka," tegur Muadz dengan tegas tetapi masih kedengaran lembut.
"Awak tak pelik ke sebelum kita kahwin hari tu... kat rumah saya tak ada orang langsung di sekeliling masa kita kena tangkap basah?" Titisan air jernih mula membasahi pipi Himayah. Kelihatan Himayah sedikit terbuka untuk berbicara sekarang.
"Awak tak pernah terfikir ke siapa yang lapor kat JAIS waktu tu sampai kita kena nikah secara sembunyi-sembunyi? Saya, Muadz! Saya! Saya sendiri yang lapor. Saya perempuan keji yang nak kejar lelaki yang saya suka dengan cara terkutuk. Dan tak ada sesiapa pun tahu sampailah saya tiba-tiba terima surat dari seseorang." Perit baginya untuk menjelaskan dan mengaku semua itu. Akhirnya semua terbongkar dari mulutnya sendiri. Sedaya upaya dia mengawal tangisan dan pernafasannya.
"Abang tahu." Bagaikan terkena renjatan elektrik, Himayah terus memandang suaminya.
"Apa maksud awak?"
"Abang tahu itu rancangan sayang dan abang biarkan aje sebab masa tu abang kesian tengok sayang... sayang sebatang kara aje jadi abang bi-"
"Dah, Muadz... cukup. Semua ni salah saya. Saya yang salah." Sakit mendengar bahawa dirinya dinikahi hanya kerana dikasihani.
"Abang ada baca surat-surat yang orang itu hantar." Belum sempat Himayah melangkah, kakinya terhenti mendengar kata-kata Muadz yang juga turut berdiri di hadapannya.
"Kenapa sayang tak pernah bagitahu abang pasal surat-surat tu? Abang ni bukan siapa-siapa ke bagi sayang? Abang tak penting ke?" Ayatnya benar-benar menusuk ke hati Himayah. Buktinya, semakin galak butiran jernih mengalir di pipi sambil dia menggeleng perlahan.
"Awak penting, Muadz. Penting sangat bagi saya... sampai saya tak nak awak terbeban dengan masalah yang muncul disebabkan diri saya sendiri. Tapi itu semua dulu." Berkerut dahi Muadz mendengar penjelasan Himayah. Jantungnya berdetak kencang. Apa maksud Himayah 'dulu'?
"Kalau abang penting, sayang sepatutnya kongsi dengan abang... cerita dengan abang tentang semua yang terjadi. Jangan biarkan mereka mengugut sayang macam tu," balas Muadz pula.
"Itu semua dah tak penting. Sekarang saya nak tanya, saya dah tahu yang awak kahwin dengan saya sebab kasihan... tapi, sayang awak, malaikat awak itu semuanya dusta ke?" Walaupun jawapan Muadz mungkin perit untuk diterima, dia tetap ingin tahu jawapannya.
"Tak, say-"
"Jangan panggil saya dengan panggilan tu. Saya tak boleh dan tak nak dengar. Saya tak layak." Pertama kali baginya bertegas dengan suaminya.
"Tak, sayang. Kenapa pulak tak layak? Malaikat abang layak. Sayang dah jadi isteri abang, kita dah nak ada anak dah pun."
"Ada anak dalam perut tak semestinya dia akan lahir dengan selamat ke dunia," tuturnya seolah ada sesuatu yang merasuki dirinya.
"Astaghfirullahalazim, sayang! Jangan cakap benda merepek boleh tak? Abang tak sukalah." Suaranya berubah tegas. Muadz cuba mendekati tetapi Himayah melarang dengan isyarat tangan.
Wajah Himayah tiba-tiba berkerut seperti menahan kesakitan. Erangan perlahan terkeluar dari bibir Himayah dengan tangannya memegang perutnya.
"Sayang!" Laju Muadz berlari dan mengangkat tubuh Himayah.
Mata Himayah terpejam rapat menahan kesakitan. Tidak sempat mengemas apapun terus Muadz memecut ke hospital berdekatan.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...