BAB 23

17 4 0
                                    

INGIN saja dia menghentak kepalanya ke dinding. Sebenarnya dia tidak mahu mengikut saranan Fathur tapi... dia terdesak mahu Himayah yang dulu. Yang ceria dan periang.

Movie yang disiarkan langsung tidak ditonton. Muadz hanya mengumpul keberanian sejak tadi.

"Sayang..." panggilnya meleret sambil tangannya memeluk manja lengan Himayah.

Berkerut dahi Himayah yang sedang menonton cerita itu. Tiba-tiba saja Muadz manja sebegitu sekali.

"Sayang... abang peninglah, banyak sangat kerja," adunya dengan kepalanya direhatkan atas peha Himayah.

Himayah langsung tidak bergerak. Hanya diam mematung di situ. Ingin juga mengusap kepala Muadz dan mengurutnya tapi egonya sekarang tengah memuncak.

"Hmmm..." Muadz menarik tangan Himayah dan meletakkannya di atas kepala sambil menggerakkannya seperti mengusap. Dia rindu dengan belaian Himayah.

Entah kenapa tangan Himayah tanpa disuruh, mengurut kepala Muadz. Muadz menarik senyum lebar.

Terhenti perbuatan Himayah seketika apabila menyedari akan perbuatannya. Muadz cepat-cepat berkata...

"Sayang, abang rasa macam nak demamlah. Cuba sayang rasa dahi abang ni." Tangan buah hatinya kembali ditarik dan diletak atas dahinya.

"Tak pun. Okey aje." Semakin berkerut dahi Himayah. Lain macam saja manja lelaki itu. Adakah kerana dia sedang mengandung tetapi suaminya yang terkena alahan ingin bermanja?

"Sayang... hiks," rengek Muadz, kakinya ditendang-tendang di udara dan itu menyentakkan Himayah yang sedang termenung.

Sang isteri pun hanya menurut. Kembali mengurut kepala sang suami.

Lama mereka dalam keadaan begitu. Sampailah kedengaran azan asar berkumandang.

"Sayang, jom solat!" ajak Muadz dengan bersemangat.

Bersemangat pula, tadi macam tiada daya? Fikiran itu terus ditepis. Himayah hanya mengangguk setuju. Tangannya ditarik menuju ke bilik berwudhu.

"YA ALLAH, peliharalah jodoh kami hingga ke jannah. Redhailah pernikahan kami, pimpinlah kami ke jalan yang benar menuju ke jalan yang lurus dan benar ke syurgaMu. Bantulah kami dalam menghadapi segala cabaran dalam perkahwinan kami. Sesungguhnya pertolonganMulah yang kami dambakan dan perlukan dalam hidup ini ya Rabb."

Mendengar sahaja sebaris doa itu, laju airmata makmum kepada Muadz menitis keluar. Doa itu sungguh menjentik hati kecilnya yang semenjak akhir-akhir ini tidak memghormati Muadz sebagai seorang suami.

Tetapi Muadz tetap melayannya dengan baik dan lembut tanpa mengeluh. Malah semakin prihatin terhadapnya yang menjengkelkan.

Saat Muadz menoleh ingin bersalaman, pantas Himayah mencapai tangan Muadz dan dikucup lama.

"Abanggg... hiks." Meleret panggilannya.

"Kenapa ni, sayang?" Dahinya berkerut. Tangannya mengusap perlahan kepala Himayah lalu berpindah ke belakang tubuh Himayah.

"Maafkan Ima, abang. Maafkan semua salah Ima pada abang. Ima banyak sangat kurang ajar dengan abang sejak kebelakangan ni. Ima tak pedulikan abang. Ima tak jalankan tugas sebagai seorang isteri." Teresak-esak dia mengaku kesalahannya.

"Abang maafkan sayang abang. Bila pulak sayang tak jalankan tugas sebagai seorang isteri untuk abang? Cuba sayang bagitahu apa tugas isteri?" Keningnya terjongket sedikit menanyakan itu. Dia membiarkan Himayah mengaku kesalahannya.

"Menurut perintah suami, melayan suami dan melahirkan zuriat untuk suami." Masih lagi dia menjawab dengan esakan.

"Okey, betul... pandai isteri abang ni. Selama ni abang suruh sayang buat itu ini, sayang buat tak?" Himayah mengangguk kemudian menggeleng perlahan, ingin mengangguk tapi rasa macam salah saja.

"Yakah? Abang rasa sayang ikut aje semua." Hairan kenapa Himayah menggeleng.

"I-Ima tak ambilkan baju abang masa kat hotel kat Sarawak hari tu. Ima tak bercakap dengan abang. Ima biar aje abang buat semua benda sendiri." Muadz hanya mendengar dan membiarkan Himayah menjawab.

"Sayang... Hari tu memang abang tak bagi sayang ambilkan sebab sayang susah nak bangun. Tak bercakap dengan abang? Tak pun, abang rasa sayang setiap hari aje bercakap dengan abang. Abang buat semua benda sendiri? Itu kan memang tugas abang, tugas seorang lelaki, tugas seorang suami." Dia menggenggam erat tangan wanita itu. Ibu jarinya mengusap permukaan tangan Himayah.

"Melayan dan melahirkan zuriat? Abang nak bagi masa untuk sayang rehat dulu, baru sayang layan abang. Dan... zuriat kita tak lama lagi akan hadir. Jadi kat mana yang sayang tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri?" sambungnya dengan satu senyuman nipis di bibir. Senyuman yang jelas menenangkan hati si isteri.

Semakin galak butiran jernih keluar apabila mendengar jawapan Muadz yang menyentuh hatinya. Genggaman tadi dilepas.

"Ima tak layak untuk abang. Abang terlalu baik, hati abang terbuat dari apa? Untung ummi dan abi dapat seorang anak yang soleh dan penyayang macam abang." Kepalanya tertunduk dengan kedua tangannya ditahan atas sejadah untuk mengimbangi tubuhnya.

"Sayang... jangan cakap macam tu. Siapa kata sayang tak layak? Sayang terlalu layak untuk abang. Jodoh kat tangan Allah, sayang. Takdir kita dah disusun rapi untuk bersama. Jangan cakap macam tu lagi, abang tak suka." Terselit pujukan dalam teguran lembut yang diberi.

Tersengguk-sengguk Himayah mengangguk.

"S-sorry..." Hanya itu yang mampu dia katakan sekarang ini. Fikirannya masih tidak stabil.

"Syyy... tak apa, sayang." Muadz kembali menarik isterinya dalam dakapan hangat.

Perlahan-lahan Muadz merasakan belakang tubuhnya disentuh seperti dibalas pelukannya.

Muadz tersenyum bahagia mengetahui Himayah akhirnya membalas pelukannya.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now