MUADZ HAZIM, lelaki kacak berbadan sasa dengan ketinggian melebihi 180cm yang mampu menarik perhatian setiap wanita mahupun gadis dengan hanya sekali pandang, kini terbangun dari tidur nyenyaknya kerana merasa terganggu dengan cahaya matahari yang seperti menusuk indera penglihatannya semasa tidur.
"Angel... My angel, where are you?" Muadz meraba ruangan di sebelah kirinya dengan tangannya, merasakan tiada kelibat isterinya, Himayah Haseena, dia terus memanggil malaikatnya.
"Ya, abang... sekejap, Ima tengah buat sarapan ni," sahut Himayah dari dapur yang berada di dalam rumah mereka yang mewah itu.
Setelah selesai Himayah membuat sarapan dan menghidangkannya di atas meja makan,dia terus melangkah menuju ke bilik tidurnya bersama Muadz untuk melihat keadaan si suami yang baru bangun dari tidurnya.
Sampai sahaja di bilik tidur mereka, Himayah melihat suaminya yang telah memeluk bantal peluk sambil wajahnya diletakkan di atasnya yang membuatkannya ingin mencubit lalu menggigit kedua pipi suaminya.
"Ya, abang," balas Himayah sambil menahan dirinya daripada ingin mencubit suaminya yang membuatkannya geram.
"Kenapa angel tinggalkan abang seorang diri dalam bilik ni?" soal Muadz dengan bibir muncungnya.
"Sorry, abang... Ima tengah buat sarapan tadi, lagipun abang tengah tidur Ima tak naklah kacau," jawab Himayah lalu duduk di hujung katil menghadap suaminya.
"Sarapan tu tak pentinglah, angel. Kalau angel tak buat pun takpe, yang penting angel kena ada dengan abang bila abang nak tidur dan bangun tidur... janganlah tinggalkan abang seorang diri. Kalau malaikat abang ni buat macam tu lagi, abang merajuk dengan sayang. Tak nak cakap dengan malaikat abang lagi dah."
"Eee manjanyaaa... dahlah comel! Nak cubit pipi tu boleh?" tanya Himayah dengan geram.
Muadz menjeling Himayah dengan jelingan manjanya.
"Okey, okey maaf... hehe Ima tak buat lagi dah lepas ni. Ima tak tinggal abang lagi." Satu kucupan diberikan oleh Himayah dipipi kanan suaminya, Muadz. Merah di kedua pipi Muadz tidak dapat lagi disembunyikan.
"Sorryyy... abang comel sangat!"
"Kenapa nak minta maaf pula? Kalau sayang nak cium banyak kali pun boleh, tak perlu minta maaf. Abang kan sayang punya," ucapnya dengan mengedipkan sebelah mata kepada wanita di hadapannya yang telah sah menjadi isterinya.
Haihh ini yang buat Himayah cair ni! Himayah tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum malu.
"Just smile, my angel. Senyuman sayang tu boleh bagi abang semangat. Kalau sayang nak tahu, sebelum ni abang selalu semangat pergi kerja sebab sayanglah, senyuman yang sayang bagi dekat abang pagi-pagi waktu bangun tidur, nak sarapan dan masa sayang salam tangan abang sebelum abang pergi kerja."
Potong kaki juga karang tidak lama lagi. Pagi-pagi sudah mengeluarkan ayat manis dari bibirnya.
"Dahlah, abang pergilah mandi... sarapan dah siap dah tu, nanti sejuk pula tak sedap," elak Himayah daripada terus hanyut dengan kata-kata manis Muadz di pagi hari.
"Biarlah makanan tu sejuk, makanan yang malaikat abang buat semua sedaplah. Tak kira makanan tu sejuk ke panas, tetap sedap," puji Muadz.
Eishhh... bila agaknya dia nak berhenti keluarkan ayat-ayat manis? Dah macam ais yang cair dah
Himayah ni.
"Ishh abang ni... dah, pergi mandi," suruh Himayah.
"Okey, malaikat abang... dah muak ya tengok muka abang? Okey tak apa, abang ni siapalah kan sayang nak tengok lama-lama?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...
