SUDAH dua hari Muadz mengambil cuti hanya untuk menemani Himayah di rumah. Himayah tiba-tiba ingin melawat pejabat itu.
Habis Muadz dirayu bersungguh-sungguh. "Abang, please? Ima nak ikut. Ima boringlah kat rumah ni seorang-seorang. Dahlah abang tak ada."
Dia yang sedang duduk di birai katil merungut pada Muadz yang membetulkan penampilan di cermin bilik mereka.
"Tak boleh, sayang. Baby dah besar dah tu dalam perut, nanti sayang penat macam mana?" Dia tidak mahu Himayah penat. Lagi-lagi perutnya sudah semakin memboyot.
Penat juga sebenarnya dari tadi pujuk Muadz. Tapi hati kena kental! Terlalu bosan di rumah punya pasal.
"Alaaa... tak apa, kalau Ima penat Ima rehatlah. Ha, tak pun guna kerusi roda aje? Ima pun tak penat," cadangnya. Ada saja ideanya untuk ikut Muadz pergi kerja.
Betul juga kata Himayah. Tapi, daripada dia memakai kerusi roda lebih baik dia mendukung sahaja Himayah. Hehe...
"Daripada abang tolak kerusi roda lebih baik abang dukung aje sayang terus, kan?" usik Muadz. Senyuman nakal terukir di bibir. Keningnya dijongket beberapa kali.
"Lagi bagus! Cun-cun! Tak payah guna kerusi roda." Tak mahu kalah, dia juga ikut mengusik.
Riak Muadz juga sudah berubah. Tidak yakin dengan perkataan Himayah.
"Ye ke? Karang sayang yang tak nak kena dukung, cakap kat abang yang sayang malu." Muadz masih lagi mengusik.
"Tak! Mana ada! Abang ni suka tahu buat-buat cerita." Dipaling wajahnya ke sisi. Merajuk!
Okey! Sesi pujuk-memujuk bermula!
"Alelele... cepat bersiap, lambat abang tinggal." Selamba badak betul Muadz berkata begitu. Dia mula berura-ura ingin melangkah keluar.
Himayah pula terkial-kial saat mendengar itu. Dengan usaha yang tinggi dia cuba berdiri. Agak susah baginya untuk berdiri dengan perutnya yang sudah tujuh bulan membesar.
Terkekek Muadz melihatnya. Rasa macam jahat pula tapi comel. Astaghfirullah, Muadz! Kesian dia.
"Meh, sini meh! Abang tolong. Cian dia." Pinggang Himayah dirangkul membantunya berdiri.
"Tak apa, Ima boleh buat sendiri. Abang pergilah turun, biar aje Ima bersiap seorang diri. Kalau Ima lambat, abang tinggal aje." Dah merajuk betul-betul pulak Si Himayah ni. Tangan Muadz ditolak perlahan ke tepi.
Makin besar perutnya makin kuat merajuk! Yang jadi mangsa haruslah Muadz Hazim.
"Alelele... Janganlah merajuk, cayang abang. Kejap abang ambilkan jubah sayang." Kakinya bergerak menuju ke almari baju.
Jubah longgar dan labuh khas untuk ibu mengandung berwarna hitam sama tona dengan kot yang dipakai dicapai lalu dihulur pada Himayah.
"Sayang pakai jubah hitam ni, okey? Kita matching-matching." Satu senyuman memujuk diberi.
Jubah itu disambut tanpa sepatah kata. Langkah diayun ke bilik air.
PEKERJA-PEKERJA di situ sudah bertambah semakin ramai. Itu yang Himayah perasan. Ada yang lama ada juga yang baru. Semua menyapanya dan Muadz ramah. Namun, ada seorang sahaja yang kelihatan aneh di mata Himayah.
Sejak dia masuk tadi lagi, wanita itu langsung tidak tersenyum. Jangan kata sapa, senyum pun tidak. Datang bulan mungkin. Tanpa sepatah kata, Himayah terus ditarik lembut masuk ke dalam bilik kerja Muadz.
"Abang, yang depan bilik tu... P.A abang ke?" soal Himayah sebaik sahaja pintu bilik itu ditutup rapat oleh Muadz.
Muadz menjongket keningnya.

YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...