JAM menunjukkan pukul lapan setengah malam.
Melihat isterinya yang menggeliat tidak menentu membuatkan dirinya berkerut. Himayah seperti tidak senang duduk.
"Sayang... okey tak ni?" soal Muadz menunjukkan sikap prihatinnya.
Himayah yang duduk di atas karpet menghadap televisyen melentokkan kepalanya lesu di bahu Muadz yang juga duduk bersebelahan dengannya.
Himayah menarik nafas dalam sebelum menjawab. "Penat sikit."
Mata dipejam rapat.
Muadz turut melentokkan kepalanya atas kepala Himayah sebentar sebelum dia bangkit dan duduk di sofa belakang Himayah.
Bahu Himayah diusap.
"Abang urut ya?"
"Tak apalah, abang. Sikit aje ni." Dia menggeleng. Tangan Muadz di bahunya ditahan dari mengurut.
"No, biar abang urut. Dengar cakap abang kali ni, please? Ya?" Suaranya lembut seakan memujuk.
Kelembutannya mampu membuat Himayah akur.
"Muadz, Himayah, jom makan sekali. Airin pun ada ni." ajak ummi.
Bukan Himayah tidak menolong tetapi Puan Mariam sudah awal melarang.
Himayah dan Muadz sama-sama menoleh sesama sendiri. Bila dia sampai? Tak ada dengar pula bunyi orang datang.
"Tak apalah, ummi. Muadz nak teman Himayah tengok tv... lagipun, Muadz dan Himayah tak lapar lagi. Kan, sayang?" Muadz yg sedang duduk menolak halus. Biarpun di situ ada Airin. Isterinya yang penting sekarang ini.
Baru sahaja dia mengurut Himayah, belum sampai lima belas minit lagi. Kesian kalau dibiarkan. Siapa nak biarkan isteri sakit?
"Erm... betul, ummi. Maaf ya ummi, Ima belum rasa lapar lagi sekarang. Tak apa ke, ummi?" Himayah yang sedang duduk di atas karpet di depan Muadz menoleh. Kurang sopan rasanya menolak ajakan ummi, tapi jika Muadz sudah berkata begitu, masakan dia menolak.
"Eh, tak apalah Himayah... jangan risau, ummi faham. Tak apalah, Muadz teman Ima, ya? Urut elok-elok." Sempat ummi berpesan pada Muadz.
"Baik, ummi." Dia mengangguk sekali.
"Airin, jom kita ke meja makan." Puan Mariam pun membawa langkah ke meja yang berada tepat di sebelah tempat menonton televisyen. Langkahnya diikuti oleh Airin di belakang.
Sedang mereka makan malam berdua, terselit perbualan sedikit. Tuan Musa tidak ada kerana dia menghadiri majlis ilmu di masjid. Sepatutnya pulang sebentar lagi.
"Cantik kamu ni, kalau Muadz tu bujang lagi... dah lama ummi kahwinkan dengan kamu." Bukan sahaja memuji, niat untuk meminang perempuan di sebelahnya ini pun ada di hati.
Muadz yang terdengar di depan tv bersama Himayah terdiam. Himayah pula hanya pura-pura tidak mendengar.
Namun, Muadz sudah tinggal dengannya berbulan. Muadz sedar akan perubahan raut wajah Himayah walaupun dari sisi saja dia mengintai.
"Eh tak adalah, aunty. Biasa-biasa aje. Tapi itulah, tak ada jodoh. Kalau Muadz tu nak kat Airin sekarang pun, Airin okey aje, walaupun jadi madu Himayah." Sempat matanya mengerling ke arah Muadz sambil menyengih. Niat ingin mengintai reaksi lelaki itu.
Muadz tidak mengendahkan satu pun perkataan itu. Tangan sibuk bermain di bahu dan tengkuk Himayah.
"Abang... tak apalah, abang boleh stop. Ima nak pergi bilik air sekejap." Tubir matanya mula bergenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...