CERITA yang disiarkan itu ditonton khusyuk oleh Himayah. Buah tembikai yang sudah siap dibuang bijinya dan dipotong menjadi bentuk hati itu dicapai sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
"Abang, Ima nak lagi." Muadz yang sedang mengelap pinggan yang terakhir itu dipanggil.
"Kejap ya, sayang." Pinggan itu cepat-cepat dilap. Kemudian kakinya melangkah ke arah sofa yang diduduki Himayah.
Dari belakang sofa, dia memeluk isterinya. "Sayang nak apa, sayang?"
Ubun-ubun Himayah dikucup sebentar lalu diusap lembut.
"Nak buah lagi. Tapi, nak bentuk ni jugak," pinta Himayah sambil menoleh dan mengusap rahang suaminya.
"Boleh, kejap ya? Abang potong kejap." Melihat anggukan Himayah, dia bergegas ke dapur mengeluarkan buah tembikai yang sudah dipotong separuh dari peti sejuk.
Memang sengaja dia memotong buah itu menjadi bentuk hati, sebagai bentuk kasih sayangnya. Dan yang membuatnya semakin terharu, Himayah menyukainya. Dia rasa dihargai.
Tiada sedikit pun rasa penat hendak melayan karenah isterinya. Justeru, dia semakin teruja melayan. Senyuman manis terukir di bibir.
"Sayang, abang is coming... tadaaa! Dah siap heart watermelon sayang." Mangkuk berisi tembikai yang siap dipotong jadi bentuk hati diletak atas meja di ruang tamu.
Himayah memandang buah itu dengan penuh selera. Tiba-tiba ingin makan buah nenas berbentuk hati.
"Abang..." Meleret panggilannya itu. Muadz pun sudah faham, pasti ada sesuatu yang diingini isterinya.
"Ya, sayang abang nak apa?" tanya Muadz lalu menoleh menatap Himayah.
"Sorry tahu mintak macam-macam. Tapi... Ima rasa macam nak makan nenaslah. Nak macam ni jugak, nenas bentuk hati. Boleh tak?" Kelopak matanya dikedip-kedip berharap permintaannya ditunaikan. Lengan Muadz dipaut mesra.
Tergamam Muadz seketika. Nenas? Bukan wanita mengandung tak boleh makan buah nenas ke?
"Tak boleh-tak boleh... sayang mengandung, mana boleh makan nenas." Gelengan laju Muadz disambut dengan kerutan di dahi Himayah.
"Alaaa... bolehlah... please?" Wajahnya dibuat-buat comel. Berbelah bahagi Muadz jadinya.
"Haaa... okeylah kejap. Abang tanya ummi dulu." Telefon di dalam sakunya diambil. Takut pula hendak membuat keputusan sendiri. Tak pasal-pasal anak dan isterinya yang menjadi mangsa.
"Tak payahlah. Ummi mesti bagi punya, ummi kan sayang Ima," pujuknya secara halus. Sebenarnya dia takut jika ummi tidak membenarkan.
"Aippp, no! Abang call dulu, tanya ummi." Jari telunjuknya digerakkan ke kiri dan kanan.
"Okeylaaa..." Daripada berbalah, lebih baik menyerah sahaja.
"Assalamualaikum... hello, ummi," sapa Muadz saat panggilan telefonnya diangkat.
"Waalaikumsalam... ya, kenapa Muadz? Himayah okey ke?" balas Puan Mariam dari sebelah sana.
"Hmm tengok tu, dah tertukar anak dan menantu dah. Himayah yang ditanya dulu." Muadz buat-buat merajuk. Maklumlah anak tunggal.
"Macam tu pulak... Himayah kan tengah mengandung, mestilah ummi lebihkan dia sikit." Dia tidak mahu Muadz terasa. Satu-satunya anak mereka kut!
"Hm yelah. Ummi, Muadz nak tanya ni. Orang mengandung boleh makan buah nenas ke, ummi? Sebab Himayah nak makan nenas," tanya Muadz terus. Tidak mahu berbasa-basi.
"Nenas? Ehhh... tak boleh-tak boleh. Orang mengandung mana boleh makan nenas. Tak bagus untuk kandungan. Tak boleh, Muadz jangan bagi." Umminya membantah sekeras-kerasnya. Muadz menoleh ke arah Himayah.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...