BAB 20

27 5 0
                                        

Imbas kembali...

"MUADZ nak kahwin? Dengan siapa, Muadz? Ummi kenal ke?" Ekspresi bahagianya jelas terpapar.

"Ummi belum kenal dia lagi. Tapi Muadz nak buat majlis kecil-kecilan aje, ummi. Tak apa, kan?" Dengan berhati-hati Muadz bertanya.

"Kenapa nak buat kecil-kecilan aje? Muadz tak sayang ke? Ni kali pertama nikah tahu?" ujar Puan Mariam hendak mengingati anak terunanya.

"Muadz tak naklah bazir duit untuk majlis kahwin aje. Banyak lagi benda lain yang memerlukan duit daripada majlis kahwin. Kalau boleh nak yang simple aje. Ummi dengan abi tak apa, kan?" Muadz bertanya dengan hati-hati. Bimbang jika umminya kurang setuju dengan cadangannya.

"Tak apa, Muadz. Ummi okey aje... Muadz cakap nak kahwin ni pun ummi dah gembira. Tak lama lagi boleh dapat menantu, dapatlah dia teman ummi." Hatinya berbunga-bunga sekarang ini. Sudah lama dia menunggu saat ini.

"Alhamdulillah... tapi dia mestilah sentiasa dengan Muadz, takkan dengan ummi aje?" Risau terus dia mendengar umminya berkata begitu.

"Nak kedekut apa dengan ummi?" Dah lama inginkan menantu sehingga pernah terdetik dalam fikirannya ingin menjodohkan anaknya dengan anak rakannya. Tapi ditepis kuat kerana kebahagiaan Muadz biarlah dia sendiri yang cari dan tentukan.

"Bukannya kedekut ummi..." bicaranya tergantung di situ.

"Hahaha... ya, ummi tahulah. Jangan risau, ummi takkan culik dia lama-lama. Takut sangat..." Terlepas tawa Puan Mariam. Muadz yang mendengar sudah menghela nafas lega.

"Nanti abi balik, Muadz bagitahu sendiri ya? Barulah istimewa sikit," kata Puan Mariam.

"Baik, ummi. Ni Muadz nak naik dulu... mandi. Sekejap lagi Muadz turun balik, teman ummi masak." Memang sudah menjadi kebiasaannya menolong umminya memasak dan membuat kerja rumah yang lain dari kecil.

HIMAYAH yang duduk berhadapan dengannya di meja kerjanya kini ditatap. Entah kenapa aura wanita di depannya ini sangat menarik perhatiannya.

"Saya nak ajak awak jumpa ummi dan abah saya petang nanti, boleh ke?" Pen di tangan diletakkan di tepi.

"B-boleh... In Syaa Allah boleh, Encik Muadz." Hah? Bergetar suaranya menahan gementar. Bilik ini ialah bilik di mana kali pertama mereka bersemuka. Bilik kerja Muadz.

"Baik. Hari ni awak boleh balik awal untuk bersiap. Petang nanti pukul enam saya jemput kat rumah." Muka wanita di depannya dipandang sekilas.

"Okey, Encik Muadz." Wajahnya dari tadi menunduk menekur lantai.

"Himayah... awak tahu kan hari ni hari terakhir awak dekat sini?" Bimbang juga ingin menanyakan itu. Takut wanita itu berkecil hati.

"Ya, saya tahu, Encik Muadz." Sepatah ditanya sepatah juga dijawab. Sejak kejadian di rumahnya, dia menjadi sangat segan untuk bersemuka dengan Muadz.

"Awak betul awak okey dengan keputusan ni? Awak tak ada nak bantah, memandangkan ini pendapat dan permintaan saya?" Nadanya lembut ingin memastikan bahawa Himayah tidak akan menyesal kemudian hari.

"Tak ada, Encik Muadz. Saya ikut aje apa yang Encik Muadz cadangkan sebagai b-bakal suami saya. Saya akan cuba jadi b-bakal isteri yang taat." Ragu-ragu dia ingin menyebut perkataan 'bakal suami' dan 'bakal isteri'.

Tersentuh Muadz yang dari tadi merenungnya tanpa sedar sudah menjadi zina mata.

"Okey, itu sahaja." Pen tadi kembali dicapai.

"Baik, Encik Muadz." Tangan sudah sedia ingin menggenggam pemegang pintu.

"Himayah, kejap!" Himayah terus menoleh ke belakang.

"Ya, Encik Muadz?" Pemegang pintu dilepas dari genggamannya. Dia sekarang berdiri menghadap Muadz.

"Lepas ni tukar panggilan tu boleh?" pinta bos kepada perempuan di depannya sekarang ini.

"Panggilan macam mana tu, Encik Muadz?"

"Tu... Encik Muadz tu. Tak perlu dah panggil saya dengan panggilan 'encik'. Panggil je nama saya. Boleh, kan?"

"Err... b-boleh. In Syaa Allah saya akan cuba." Kekok rasanya ingin membuang gelaran encik pada lelaki itu.

"Bukan apa, kita dah nak kahwin kan? Selepas ni dah tak ada status bos dan pekerja. Jadi, macam tak sesuai untuk bakal isteri saya panggil saya macam tu." terangnya lagi supaya Himayah dapat terima permintaannya.

"Ah, ya. Baik, saya faham... saya akan cuba." Anggukan diberi satu kali.

"Okey, itu saja." Himayah terus meminta diri dan segera keluar.

MEJA kerjanya yang kosong itu ditatap dengan penuh gusar. Macam tak percaya sahaja hari ini hari terakhirnya di sini. Bukan itu yang membuatnya gusar tapi, apa yang dikatakan oleh Muadz tadi.

"Allah..." Dada diusap perlahan bagi menenangkan hatinya yang sedang gundah.

"Aduh, Himayah. Macam mana nak hadap parents Muadz?" Soalan itu ditujukan pada diri sendiri. Kepala diketuk beberapa kali.

"Kalau kena tanya macam mana kenal, aku nak jawab apa?" Macam-macam yang difikir sehingga orang yang lalu di depan mejanya pun memandangnya dengan aneh.

Himayah yang sedar terus merapikan dirinya lalu menggeleng kepalanya laju untuk membuang fikiran negatif.

"Dah-dah. Kemas barang dulu. Astaghfirullahalazim." Telefon pintar disimpan di dalam beg tangannya. Kunci kereta dicapai lalu kaki diayun keluar dari pejabat.

Malaikat tak terdugaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang