MENGINGAT kejadian minggu lepas, semakin naik darahnya. Dengusan kasar dilepas.
"Semak aku dengan perempuan gatal ni!" jeritnya kuat. Serabut dengan semuanya.
"Sebab kau lelaki tu tak pandang pun aku! Sedikit pun tak!" Lebih tinggi nada yang digunakan.
Beberapa keping gambar salinan di atas bantal yang pernah dihantar pada Himayah itu dipandang.
Tersungging senyuman sinis miliknya. Seperti orang yang mempunyai penyakit mental.
"It's okay, Airin. Giliran kau belum tiba. Bila tiba masanya, perempuan gatal tu sendiri yang akan datang merangkak dekat kau." Dada ditepuk-tepuk. Menenangkan diri sendiri yang sudah dilanda api yang marak.
Senyuman tenang cuba diukir.
Tiba-tiba terasa sesuatu bergetar di sebelahnya. Alat itu dicapai.
"Ish, siapa pulak call time ni?!" Ikon berwarna hijau itu ditekan kasar.
Nafas ditarik sebelum menyapa kasar. "Hello?!"
"Assalamualaikum." Suara itu kedengaran lembut tetapi terselit sindiran.
Terus tegak tubuh Airin di atas katil.
"Waalaikumsalam." Sepatah disapa sepatah juga dibalas.
"Saya tengah bercakap dengan Cik Airin, kan?"
Pemilik suara itu seperti seseorang yang dikenali.
"Ya, saya. Siapa ni?" Tertanya-tanya dirinya dengan orang di seberang.
"Saya isteri Muadz, Himayah. Saya cuma nak ucap terima kasih sebab sudi send location Butik Humayra kat suami saya. Kenapa awak tak send kat saya aje?" Tutur Himayah dengan lembut. Amaran yang ditutupi dengan kelembutan.
"I tak ada nombor telefon you." Ringkas sahaja jawapannya apabila mengetahui pemilik suara itu. Acuh tak acuh nadanya.
"Oh macam tu, tak apalah. Cuma saya tak sangka yang awak pernah mesej saya sebelum ni..." Ayatnya seolah-olah memberi petunjuk kepada Airin.
Pernah mesej? Bila pula? Perempuan ini sewel ke apa? Airin jadi tertanya-tanya sendiri.
"Tak apalah kalau macam tu, saya tutup dulu ya?"
Butang merah laju ditekan tanpa membalas Himayah.
Terus jarinya bermain di atas skrin mencari mesej yang dikatakan isteri bosnya.
Terbeliak biji matanya melihat mesejnya yang pernah mengugut wanita itu beberapa bulan lepas.
Bagaimana dia boleh lupa? Mahu padam mesej itu pun sudah terlambat.
Nombor telefon temannya dicari dan didail.
"Hello. Kau sibuk tak?"
Kedengaran suara seseorang menjawab.
"Aku nak suruh kau godam mesej seseorang. Aku nak kau padam semua mesej dia dengan aku."
"Sekarang." Lebih kepada suruhan perkataan itu
Pelipisnya diurut. Penat sungguh lagaknya.
TELEFON MUADZ diambil kembali, gambar profil itu pernah dilihat sebelum ini.
Seperti profil orang yang pernah mengugutnya beberapa bulan yang lalu!
Jarinya terus menatal di atas telefon miliknya pula. Dicari pemilik gambar profil yang sama.
Bingo!
Betul!
Disemak lagi nombor telefon keduanya. Sah! Memang orang yang sama.

ANDA SEDANG MEMBACA
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...