BAB 26

22 5 0
                                    

BERHENTI sahaja kereta hitam milik Muadz, Himayah terus keluar dari kereta dan meluru ingin masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkan Muadz.

Muadz yang baru ingin mematikan enjin berkerut risau melihat itu. Mungkin Himayah tidak tahan ingin ke bilik air. Segera dia melajukan perbuatannya dan masuk ke rumah mencari isterinya di bilik.

Dengan cemas Himayah mencari buku yang pernah diselit sampul surat di dalamnya. Dia mengucap panjang apabila dia lupa tajuk buku tersebut. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di dalam perpustakaan kecil di rumah ini.

"Sayang?" Laung Muadz dari luar.

Semakin cemas Himayah mencari buku saat mendengar laungan itu.

"Aduh... buku mana ni? Time macam inilah nak lupa." Himayah mengeluh. Kepalanya ditepuk sekali.

Derapan kaki yang semakin dekat membuatkan Himayah semakin cuak.

Pintu perpustakaan itu dikuak perlahan dari luar. Terlihat wajah tampan yang menjengul.

"Sayang?" Muadz terus menapak dekat ke arah isterinya saat melihat Himayah berada di situ sedang duduk.

"Ya, abang?" Nafasnya sedaya upaya diatur biarpun agak sukar untuknya melakukan itu.

Muadz mengusap kepala Himayah yang masih berlapik dengan tudung. "Kenapa ni, sayang? Mengah kenapa ni?"

Himayah menggeleng.

"Tak adalah, Ima mengah sebab jalan laju tadi sebab nak cari buku yang Ima nak baca."

Seperti tahu yang Himayah sedang tidak jujur, dia berkerut. Tetapi sengaja dia biarkan, ingin memberi ruang pada Himayah. Lambat laun Himayah pasti akan memberitahunya juga.

"Dah jumpa ke belum buku tu, sayang?" soalnya walaupun dia sudah nampak satu buku di tangan wanita mengandung di depannya sekarang ini.

"Alhamdulillah, dah! Ni..." Buku di tangannya ditunjuk.

Muadz mengangguk perlahan lalu bertanya lembut, "Oh, buku ni rupanya. Ni sayang nak baca buku sekarang ke? Atau nak rehat dulu sebelum masuk waktu maghrib?"

"Ermm... nak rehat dululah." Kedua tangannya didepa mengisyaratkan Muadz untuk mendukungnya.

Kepala sengaja dipaling seolah tidak melihat tangan Himayah yang didepa.

"Abang..." rengek Himayah dengan bibir yang sudah muncung.

"Apa?" balas Muadz tidak endah. Sengaja! Rak buku di sana dipandang lama.

Riak wajahnya sudah bertukar masam.

Terus tubuhnya didukung oleh suaminya.

"Hmph! Tak nak kawan abang." Sempat lagi dia merajuk dalam keadaan sudah didukung.

WAJAH Muadz yang lena seperti bayi yang sedang memimpikan mimpi indah itu ditenung lama. Tenang sekali.

Tidak lama kemudian, tubuhnya dipusing walaupun susah kerana perutnya yang sudah membesar. Siling berwarna putih menjadi tumpuan. Tidak dapat lena.

"Sempat ke tak nak pergi perpustakaan kejap? Takut abang terbangunlah pulak." Desis hati Himayah.

Wajah Muadz kembali dipandang. Tangannya bergerak mengusap wajah Muadz. Satu kucupan diberi di dahi Muadz.

Perlahan-lahan dia turun dari katil agar Muadz tidak tersedar. Langkah diayun menuju ke tempat yang ingin dituju.

Sampai saja di sana, mata dipejam rapat untuk mengingati buku yang pernah diselit sampul yang diterima sebelum ini.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now