BAB 8

21 4 0
                                    

PAGI ini dengan bersemangat Himayah mengemas rumah kerana Muadz sudah berjanji untuk meluangkan masa bersama di luar.

Sedang sibuk dia mengelap meja makan suara suaminya menyapa gegendang telinga.

"Kenapa sayang kemas-kemas ni?" Masih sepet lagi matanya kerana baru sahaja bangun dari tidur.

"Hah? Oh... biasalah ni Ima kemas-kemas rumah cuma hari ini awal sikit sebab sekejap lagi kan nak keluar." Wajahnya ditoleh sebentar memandang suaminya di belakang sedang memeluk pinggangnya.

"Sayang ni terlalu rajinlah sampai setiap hari sayang nak kemas-kemas. Rumah ni dahlah besar." Tergelak kecil Himayah mendengarnya. Kemudian rahang Muadz diusap menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih setia mengelap.

"Alah, tak apalah kalau Ima kemas setiap hari pun. Lagi bagus... tak ke gitu?" Pandai saja dia menjawab. Kalau suaminya bukan Muadz mungkin sudah dicubit mulutnya.

"Ya, abang tahu. Tapi janganlah sampai setiap hari, penatlah sayang nanti. Lagipun, ini tugas abang. Abang akan bersihkan setiap hujung minggu. Dah, lepas ni tak boleh kemas rumah setiap hari. Abang tak nak dan abang tak bagi, okey? Kalau tak, abang mogok tak nak bercakap dengan sayang." Sengaja dia mengugut begitu. Dia tahu Himayah tidak mampu jika tidak berinteraksi dengannya.

"Okey, abang sayang." Himayah hanya mampu pasrah dengan keputusan Muadz.

"Abang bukan nak mengatur sayang tapi kalau sayang terlalu penat, macam mana sayang nak layan abang? Sayang tahu kan kerja rumah ni semua tugas abang? Tugas seorang suami. Tugas isteri hanyalah melahirkan zuriat dan melayan suami. Taat pada suami selagi mana tidak bertentangan dengan syariat islam," pujuk Muadz dengan halus supaya Himayah menurut.

"Ya, Ima tahu abang. Baik, selepas ni Ima ikut cakap abang. Takkan kemas rumah setiap hari." Kali ini dia benar-benar ikhlas menurut perintah suaminya.

"Bagus sayang abang ni, dengar cakap. Sekarang, jom masuk bilik, bersiap. Abang nak mandi, sayang tolong sediakan baju abang boleh?" Hidung mancung Himayah dicuit sementara tangannya lagi satu masih memeluk tubuh itu. Mod manjanya sudah aktif.

"Boleh! Mestilah boleh. Jom." Tangan Muadz di pinggangnya dipegang dan mereka menuju ke bilik dalam keadaan masih berpelukan.

"SAYANG," panggil Muadz.

Himayah yang mencuci mata melihat abaya-abaya cantik itu menoleh. Kakinya laju meluru ke arah Muadz yang berada di bahagian pakaian lelaki.

"Kenapa, abang?" soal Himayah. Keningnya terjongket sedikit.

"Tolong pilihkan tali leher abang sekejap. Abang tak tahu nak pilih yang mana. Kalau sayang pilih mesti cantik." Muadz meminta seolah tidak reti memilih walhal selama ini yang berkait dengannya semua dia sendiri yang memilih tanpa campur tangan orang lain.

"Abang nak beli tali leher baru lagi?" Dia sengaja bertanya inginkan kepastian.

"Ya, sayang. Sekali sekala beli," jawab Muadz dengan sengihan sambil memandang tepat wajah Himayah.

Himayah memandang suaminya kemudian tali leher yang bergantung di rak kedai itu silih berganti. Matanya menangkap satu design yang mungkin sesuai untuk Muadz. Tangannya laju mengambil tali leher itu.

"Kalau Ima, Ima suka yang ni." Tali leher itu dihulur kepada Muadz. Belum sempat Muadz hendak mengambil tangannya laju meletakkan tali leher itu di bahagian dada Muadz. Mengamati kesesuaiannya.

Terbungkam mulut Muadz melihat pilihan Himayah. Takkan itu yang dia guna nanti di pejabat? Kalau Fathur melihat mesti dia digelakkan habis-habisan.

"Cantik tak, abang? Cantik, kan?" Muadz masih berdiam diri. Tidak mampu berkata-berkata.

"Abang." Tangan suaminya digoyang perlahan.

"Ya, cantik sayang. Tapi..." Ayatnya sengaja digantung. Tidak berani meneruskan ayatnya itu.

"Kenapa muka abang macam terkejut macam tu? Cantik apa design ni? Bentuk hati warna ungu." Kalau tidak menyakat bukan Himayahlah namanya.

"Tak, tak ada apa," balas Muadz ringkas.Tawa Himayah terdengar di telinganya.

"Kenapa sayang gelak?" Pelik pula dia melihat isterinya tiba-tiba sahaja gelak.

"Kelakarlah reaksi abang tu... tak adalah, takkan Ima nak bagi abang pakai yang ni." Sengihan ditayang.

"Kenapa? Cantik apa design ni?" Tidak berpuas hati disakat, dia kembali menyakat Himayah pula.

"Amboi... betul ni? Kalau abang nak, Ima okey aje. Yang nak pakai abang bukan Ima." Penuh selamba dia berkata begitu.

"Ishhh... macam tu pulak dia." Muncung terus Muadz saat berkata begitu.

Laju Himayah menoleh ke kira dan kanan. Kedua tangannya ditekup ke bibir nipis milik Muadz.

"Mmh... mmhh..." rungut Muadz dengan mulut yang ditekup.

Himayah melepas tangannya. "Janganlah buat macam tu kat luar. Ima tak suka. Ima tak nak orang tengok. Ima sorang aje boleh tengok."

Muadz semakin memuncungkan bibirnya sengaja ingin menyakat. Wajahnya ditoleh ke kiri dan kanan supaya perempuan lain boleh melihat muncungnya tapi dia tahu ketika itu tiada seorang perempuan pun di kawasan itu.

Himayah memandang suaminya tidak puas hati. Wajahnya disembam ke dada bidang Muadz.

"Hmmmm... orang gurau ajelah pasal tali leher tu, janganlah buat macam tu depan orang... hmmm..." Himayah merungut. Tangannya menggoyang-goyang lengan Muadz. Kalau memukul Muadz berdosa, nak hentak kaki pun haruslah memikirkan maruah sendiri dan suami jadi, ditahan saja.

"Alelele... manjanya dia. Tak ada orang tengok pun laa, sayang," pujuknya sambil tangannya mengusap belakang Himayah. Siapa yang patut merajuk sebenarnya ni?

"Walaupun... orang tak suka." Kalau dah guna 'orang' maksudnya dia benar-benar merajuk.

"Baik, malaikat abang. Takmo majok-majok, kan kita nak luang masa bersama. Tolong pilih design untuk abang, malaikat abang." Masih lagi berusaha memujuk isterinya.

"Okey! Nak yang ni laa." Dia menunjuk tali leher yang berwarna biru gelap tanpa design. Laju betul moodnya bertukar. Tangannya masih memeluk pinggang suaminya.

"Okey, sayang." Dia mengusap kepala Himayah yang berlapik tudung. Misi memujuk berhasil!

Tali leher tersebut dicapai dan mereka berpindah ke bahagian abaya.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now