BAB 4

24 7 0
                                    

CAHAYA matahari yang terpancar menyinari seisi rumah tidak menghalang Himayah daripada memasang musik rancak di dalam bilik tidur sambil menari-nari sementara Muadz masih bekerja di syarikatnya sendiri.

Aippp! Nama syarikat dia MH Company, bukan Megah Holding macam dalam drama, tetapi gabungan inisialnya dan si isteri. Walaupun inisial namanya sama, MH iaitu Muadz Hazim. Pada mulanya memang kedua inisial itu berasal dari namanya. Tetapi setelah mereka berkahwin dia nekad untuk mengubah maksud kedua inisial dari nama syarikat itu kepada namanya dan isterinya. MH iaitu Muadz Himayah.

Jari manis dan kelingking Himayah dilipat seperti pistol dan digerakkan ala sedang menembak. Lalu Himayah mempertemukan hujung jari tangan kanan dengan jari tangan kirinya dan dinaikkan di udara di atas kepala seperti ballerina.

Himayah berpusing-pusing beberapa kali di atas lantai yang tidak berapa sesuai untuk menari ballet. Pada pusingan seterusnya Himayah terhenti dan matanya membuntang.

"A-abang...b-bila abang balik?" Tergagap-gagap Himayah menyoal kehadiran suaminya.

Kelibat yang disangka berada di dalam pejabat membuat kerja tiba-tiba sahaja berada di hadapannya.

"B-baru je. Sayang buat apa? Kenapa pakai baju macam tu pagi-pagi?"

Pandangan Himayah turun melihat baju crop top yang dikenakan dengan skirt pendek separas lutut. Sengihan ditayang kepada Muadz.

Bukan apa, Muadz tidak mahu jiran sebelah nampak Himayah berpakaian seperti itu. Tambahan pula, di pagi hari berpakaian begitu... risau juga jika kelibat Himayah dapat dilihat dari luar.

"Rasa macam panas pula pagi ni. Itu yang pakai baju ni, lagipun Ima nak exercise sekejap. Tak apalah Ima pergi tukar baju sekejap."

Exercise? Agak-agaklah nak menipu suami, exercise terpusing-pusing macam tadi, belum kira dengan lompat-lompatnya lagi! Terkinja-kinja macam anak monyet.

Laju Himayah berlari anak ke dalam bilik air dengan baju dan seluar panjang di tangan. Kepala digeleng-geleng berkali lalu ditepuk kepalanya sekali.

"ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH... assalamu'alaikum warahmatullah."

Kedua tangan Himayah dihulur ingin bersalaman dengan suaminya setelah selesai membaca do'a dan wirid yang diketuai oleh Muadz selepas habis solat isyak sebentar tadi.

Punggung Himayah mendarat di sebelah sejadah yang diduduki suaminya lalu diletakkan kepalanya di atas paha Muadz. Kepala dihalakan ke atas,menghadap suaminya sambil tersenyum.

Tangan Muadz mengusap lembut kepala Himayah yang berlapis dengan telekung putih bersulam itu. Mulut setia mengucapkan selawat dan zikir.

Himayah yang mendengar suara suaminya yang merdu mengalunkan selawat dan zikir perlahan-lahan matanya tertutup ingin terbang ke alam mimpi.

"Ya Allah, peliharalah jodoh kami sehingga ke syurga. Tempatkanlah isteri hamba di kalangan perempuan solehah. Sesungguhnya dialah isteri yang terbaik yang telah ditetapkan olehMu untukku. Hamba menerima segala kekurangan yang ada padanya dengan hati yang terbuka. Ya Allah, hamba memohon kepadaMu,tutuplah pintu hati hamba untuk perempuan lain di luar sana kerana melihat isteri hamba yang sedih pun,mampu membuat hati hamba sungguh sakit, Ya Rabb.Hamba tidak sanggup melukai dan menyakiti hatiya.Hamba memohon kepadaMu untuk tidak menghadirkan orang ketiga di dalam hidup kami selain daripada zuriat yang kelak mungkin hadir dengan izinMu,Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal 'alamin."

Dahi Himayah dikucup lama dengan penuh kasih sayang. Kemudian, kepala Himayah kembali diusap lembut.

"Abang sayang sangat malaikat abang ni. No is allowed to replace you in my heart nor in my life. Hamba berterima  kasih kepadaMu Ya Allah kerana telah menghadirkan seorang wanita yang terbaik dalam hidup ini. Akan abang jaga isteri abang ni sebaik mungkin tanpa campur tangan orang lain.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now