BAB 29

28 3 0
                                    

MELIHAT perempuan itu masuk ke dalam ruangan kerja suaminya dengan lenggok yang melebih-lebih membuatkan hatinya terbakar menahan rasa.

Airin! Perempuan itu terus duduk tanpa dipelawa.

"Ya, Encik Muadz? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soalnya dengan nada gedik dan terkepit.

Himayah memicingkan matanya. Ikutkan hati Himayah, dia ingin saja menyampaikan ceramah tentang perempuan yang sengaja mengepit suara di depan lelaki. Adakah perempuan di depannya ini tahu perkara itu haram?

"Tak penting sangat pun. Saya cuma nak tanya, awak beli tudung-tudung awak kat mana?" Dia sedar akan reaksi wanita yang duduk bersebelahan dengannya. Segera tangan itu dicapai dan digenggam.

Tudung shawl yang tersarung disentuh dan dimain-main beberapa saat.

"Oh, saya beli kat Butik Humayra. Online pun ada." Wajahnya nampak teruja memberitahu perkara itu.

Dalam hati sepasang suami isteri itu berharap agar perempuan di depan mereka tidak pelik dan syak apa-apa dengan soalan itu.

"Ekhemm... tudung dia okey ke? Warna tak pudar?" Riak selamba cuba ditayang.

"So far tak pudarlah sebab saya pun baru aje start pakai tudung." Ditukar nadanya jadi biasa. Tidak kepit.

Bingo!

Dah dapat maklumat baru. Dia baru aje mula pakai tudung. Jadi kemungkinan besar memang betullah perempuan yang tak bertudung dengan Muadz dalam restoran itu ialah Airin.

"Kenapa Encik Muadz tanya?" Matanya kembali menatap wajah kacak suami Himayah.

Semakin merah muka Himayah menahan marah. Untung saja sekarang mereka sedang usaha mencari bukti.

"Saya tanya sebab isteri saya kata dia suka dengan semua design tudung tu." Genggaman tangan mereka di bawah meja semakin dieratkan agar Himayah sedikit tenang.

"Kan, sayang?" Muadz menoleh ke kiri dan memberi senyum manis kepada Himayah.

Kedudukan mereka yang rapat diambil kesempatan. Tangan besar Muadz yang menggenggam tadi dilepas dan bergerak merangkul lengan sasa Muadz. Menunjukkan aksi itu depan mata Airin.

"Ya, sayang. Saya suka dengan semua design tu. Cantik!" balas Himayah. Mata mereka bertembung. Sengaja menggunakan panggilan sayang depan Airin.

Mereka memang sentiasa duduk bersebelahan di dalam pejabat ini. Tidak pernah bertukar tempat langsung. Sentiasa nak berkepit.

"Nanti awak tolong share location pada Puan Himayah, boleh?" pinta lelaki itu. Nadanya tidak tegas tidak juga lembut.

"Boleh, Encik Muadz!" Masih lagi dengan perangai gediknya.

Muadz yang perasan Himayah menolak dinding pipi dengan lidah dan sengaja menoleh tempat lain terus mengusap tangan Himayah yang tadi merangkul lengannya.

Sekarang giliran Airin pula yang menahan rasa di hati.

"Okey, itu saja. Awak sudah boleh sambung buat kerja," sampuk Himayah dengan halus menghalaunya.

Airin terus melangkah keluar setelah mendapat ayat itu.

BERKERUT dahi Himayah melihat satu notifikasi dari Airin naik di telefon pintar Muadz. Telefon itu memang dibiarkan Muadz di sofa itu.

"Abang, Airin mesej," beritahu Himayah pada Muadz yang masih di dapur mengambil air.

"Buka aje, sayang. Tolong tengok apa yang dia mesej tu sekali, sayang," laung lelaki itu.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now