KHABAR yang baru saja dia terima menimbulkan rasa pelik dan tidak sedap hati. Kenapa tiba-tiba ni?
"Okey, ummi. Nanti Muadz dan Himayah cakap dekat dia." Dia mengangguk seolah umminya dapat melihatnya.
"Assalamualaikum, ummi." Telefon itu kembali diletakkan atas meja dari tangan.
Dia yang baru keluar dari tandas di pejabat itu segera mendapatkan Muadz di meja yang nampak resah.
"Abang... abang, okey ke?" Bahu Muadz yang berlapis kemeja putih dengan tali leher di tengah diusap perlahan.
"Abang okey aje, sayang. Cuma..." Tapak tangannya menindih tangan si isteri.
Berat sungguh hatinya ingin memberitahu perkara yang umminya cakapkan tadi.
"Cuma apa, abang?" tanyanya tidak sabar.
"Malam nanti kan kita pergi rumah ummi dan abi... kita makan malam kat sana, tapi... ummi nak kita ajak orang lain sekali."
Himayah mengangguk perlahan mengisyaratkan Muadz untuk meneruskan bicaranya. Tetapi Muadz hanya diam.
"Okey, orang lain tu siapa? Fathur ke?" Banyak kali juga Muadz bercerita kepadanya tentang sahabat baiknya itu.
Dari apa yang dia boleh nilai, Fathur memang seorang sahabat yang baik dan memahami. Muadz juga sudah menganggapnya sebagai ahli keluarga.
Muka Muadz berubah jadi riak bimbang. "Airin."
Perlahan namun cukup untuk didengari Himayah. Dia pun turut terkejut dengan berita itu.
"Ummi ada cakap apa-apa ke?"
"Tak ada, ummi cuma cakap nak kenal dengan dia lebih dekat."
"Oh, betullah tu, abang. Yelah sebelum ni ummi dengan dia selalu berbual dalam telefon aje."
Bohonglah jika dia tidak terfikir benda negatif namun, perasaan itu ditepis jauh-jauh. Dia yakin ibu mertuanya tidak akan macam-macam.
"Ya ke? Abang tak tahu pun. Macam mana sayang tahu semua ni?"
Ingatkan bila mereka bersama sahaja Himayah akan mencari bukti. Rupanya dalam senyap pun dia tahu perkara lain. Sudah seperti perisik pula. Diam-diam ubi berisi.
"Ima selalu dengar dia cakap dalam telefon sambil panggil nama ummi. Beberapa kali jugak dia guna speaker masa call. Dan dia pun pernah cakap kat Ima yang dia rapat dengan ummi."
"Dia cakap macam tu?" Dia sedikit terkedu dengan ayat itu.
Himayah mengangguk sekali seperti anak kecil.
"Tak apalah, abang. Sekejap lagi kita bagitahu dia."
"Hmm..."
Jeda.
"Okey, sayang." Kalau Himayah berkata begitu, maka dia hanya bersetuju.
"AIRIN, awak sibuk tak malam ni?" Himayah bertanya sopan.
Semenjak dia dan si suami tahu siapa diri Airin yang sebenarnya, mereka sudah berbincang agar Muadz mengurangkan komunikasi dengan Airin kecuali benda mustahak.
Jadi apa-apa hal, Himayah yang akan bercakap dan berurusan dengan
Airin seperti sekarang ini. Muadz hanya duduk berpura-pura memandang skrin besar itu. Padahal, sebelah tangannya memegang telefon untuk merakam Himayah dalam diam."Tak pastilah. Tapi, saya tak boleh OT sebab saya tak berani balik kerja lewat."
Tanpa sengaja, terkantoi pula dia tidak mahu kerja lebih masa.
"Eh, bukan. Bukan nak suruh awak kerja lebih masa. Kami cuma nak ajak awak makan malam kat rumah mertua saya." Dua perkataan terakhir itu ditekan sedikit.
Terkejut Airin bukan main hingga ternganga mulutnya.
Ngam pula timing dia orang ni, aku nak duduk rehat di rumah. Tak apalah, ini peluang. Peluang nak jumpa mertua, bukan selalu hahaha. Ketawa jahat terngiang-ngiang dalam fikiran Airin.
Airin yang tersenyum seorang diri seolah memikirkan benda jahat itu dipandang aneh. Paha Muadz dicuit lalu kepalanya diangkat sedikit tanda bertanya.
Pandangan Muadz beralih dari skrin besar kepada wanita di sisi.
"Kenapa, sayang?" Sempat Muadz menyoal tanpa suara sementara pembantu peribadinya masih lagi berangan.
Himayah menjongket bahu. Anak matanya bergerak pada Airin, memberi isyarat.
Muadz turut menaikkan bahunya. Tidak berniat pun hendak mengambil tahu masalah peribadi Airin.
Meja ditepuk sedikit keras membuatkan Airin tersentak dari lamunannya.
"Boleh, boleh! Mestilah boleh!"
Semakin aneh pandangan yang diberi oleh Himayah. Sudah kenapa dengan perempuan di depannya ini?
"Apa yang boleh? Mestilah boleh?" Tidakkah pelik, perempuan ini tiba-tiba saja berkelakuan seperti itu?
"Datang rumah ibu bapa Encik Muadzlah. Kan tadi puan ajak saya?"
Hah? Rasanya belum sempat dia pelawa betul-betul lagi tadi. Apa-apa sajalah. Malas hendak memanjangkan hal ini. Nafas pun rasa macam nak habis dah bercakap lama-lama.
"Haa... yelah, jemput datang pukul lapan malam nanti. Saya share location kat awak sekejap lagi."
Cakap pasal kongsi lokasi, cuak dia teringat tentang perbicaraannya dengan Himayah tempoh hari dalam talian. Sudah tahukah Muadz tentang perkara itu?
"Okey, puan." Melihat Muadz yang sibuk, dia yakin bahawa Muadz belum tahu tentang perkara itu.
Huh, nasib baik. Hati kecilnya menghela nafas lega.
KERJA yang bertimbun sudah berkurang sekarang. Alhamdulillah, dapatlah balik awal sikit. Berehat. Kesian juga melihat Himayah bersusah payah ikut ke pejabat setiap hari. Balik rumah pun degil pula nak buat kerja rumah.
"Sayang, bangun sayang." Belakang tubuh Himayah ditepuk-tepuk perlahan. Comel ibu untuk anak dia ni tidur.
Himayah yang tertidur di paha Muadz, meluruskan tubuhnya sambil menggeliat.
"Sekarang pukul berapa, abang?" Dipeluk pula Muadz dari sisi dengan kepala yang sengaja dilentokkan di bahu. Mengantuk pula rasa akhir-akhir ini.
"Pukul dua, sayang. Bangun, ya? Kita balik. Jom." Kenapa comel sangat ni? Pelukan dibalas dengan usapan di lengan si isteri.
"Awal lagi, abang nak balik? Kerja dah siap ke?" Terasa kepalanya menjadi tongkat untuk dagu suaminya.
"Belum, sayang. Tapi, tak apa tinggal sikit aje lagi. Tak sampai lima pun." Senyuman nipis dan gelengan dihulur biarpun Himayah tidak akan nampak.
Himayah sekadar mengangguk faham.
"Kita balik, ya? Rehat kat rumah. Lepas tu, bersiap nak pergi rumah ummi dan abi."
"Hmmmm..." Otot tangannya diregangkan sambil merengek.
"Okey, abang."
"Good girl. Good wife." Tudung bawal hitam yang senget dibetulkan sedikit.
"Abang, abang, abang!" Laju panggilannya membuatkan Muadz cemas.
"Ya? Kenapa, sayang? Sakit perut ke? Sakit kaki? Sakit kat mana?" Tubuh kecil Himayah dibelek-belek. Takut-takut jika ada darah.
"Nak kiss. Hehehe..." Dia tersengih kambing menampakkan giginya.
"Ya Allah, sayang ni... terkejut abang, tahu? Ingatkan sayang sakit ke apa." Dada diurut perlahan.
Melihat Muadz melakukan itu, dia turut mengurut dada Muadz. Rasa bersalah pula. Di kesempatan itu, Muadz mengucup dahi Himayah.
Terkekek-kekek Himayah apabila mendapat kucupan tersebut.
"Dah? Boleh balik awal tak hari ni, Puan Himayah? Isteri Muadz Hazim. ibu kepada anak abang." Dicuit manja dagu Himayah.
"Boleh, Tuan Muadz. Suami Himayah Haseena." Mereka berdua berdiri dan perlahan-lahan melangkah melepasi pintu.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
Любовные романыMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...