SEMERBAK wangi bunga ros di dalam bilik tidur pasangan yang hidup bersama hampir 50 tahun itu.
Penutup botol losyen ditekan. Dia beralih tempat ke katil pula. Gebar ditarik menutupi kakinya sementara kepalanya bersandar di kepala katil.
"Abang... sayang nak cerita ni," tegur wanita berkulit putih itu.
"Cerita apa? Ceritalah." Telefon pintar dimatikan dan diletak di meja kecil sekali gus keluar dari artikel dalam talian yang dibaca.
Lelaki bernama Musa itu terus memusing tubuhnya menghadap isterinya, Mariam. Kini perhatiannya tertumpu hanya pada si isteri sepenuhnya.
Ini salah satu perkara yang Mariam suka tentang suaminya. Musa akan menghadap seseorang dan memberikan perhatian penuh kepada lawan bicaranya. Perlakuan Rasulullah jelas diterapkan kepadanya dan dia juga menerapkan sifat seperti itu kepada satu-satunya anak mereka, Muadz.
"Tadi kan... saya ada sembang dengan P.A Muadz masa makan malam. Tapi, saya rasa dia tu obses dengan Muadzlah sampai dia sanggup nak bermadu. Eyyy kalau saya, saya takkan benarkan tahu? Satu-satunya menantu saya dimadu." Wajahnya mengekspresi bermacam-macam emosi. Marah, geram, jengkel, semua menjadi satu.
Tuan Musa mengerut pelik. "Macam mana dia boleh cakap macam tu tiba-tiba?"
Terus Puan Mariam menggelabah. Dipaling wajahnya sebentar sambil kepala digaru. Tuan Musa masih setia menunggu jawapan darinya.
"Err... saya pujilah dia, yang dia tu cantik masa kat meja makan tadi. Dan saya cakap kalau Muadz bujang lagi, saya nak kahwinkan mereka berdua."
"Saya saja aje cakap macam tu sebab saya tak sedap hati tengok dia." Belum sempat suaminya membalas, dia terlebih dahulu menyambung.
"Astaghfirullahal'azim. Yang sayang cakap macam tu kenapa?" Lembut sahaja nadanya menyoal.
Terbit rasa bersalah dalam dirinya.
"Saya nak uji dia aje sebenarnya. Itu pun nasib baik Muadz dengan Himayah tak makan sekali. Kalau tak, mesti perempuan tu asyik tengok-tengok, tenung-tenung aje Muadz."
"Aiii, ini dah macam suudzon aje ni?"
"Bukanlah, mana ada. Abang ni..." Wajah langsung berubah cemberut.
Tuan Muadz gelak lepas. "Yelah, yelah. Habis tu?"
"Saya perasanlah tadi dia asyik pandang-pandang aje Muadz. Masa saya cakap pasal kahwin-kahwin tu pun dia tersengih-sengih memanjang," cerita Puan Mariam lagi.
"Tapi kan... hmm... saya rasa bersalahlah, bang." Jari suaminya dimain-main sambil menunduk seperti orang yang baru melakukan kesalahan.
"Kenapa rasa bersalah pula?" Jelas dia tertanya-tanya.
"Hmmm... Himayah dengan Muadz terdengar perbualan saya dengan Airin tadi." Takut sebenarnya ingin memberitahu tetapi dia seorang yang suka bercerita apa sahaja yang terjadi dalam hidupnya kepada suaminya.
"Allah... habis tu mereka macam mana?" Bimbang juga terhadap mereka berdua. Lebih-lebih lagi menantu mereka yang sedang mengandungkan cucu mereka.
"Muadz ada tegur saya tadi. Saya pun minta maaf sebab saya pun bergurau tak bertempat jugak. Kesian Himayah, mesti dia terasa. Esok saya nak minta maaf kat dia terus." Semakin menggunung rasa bersalahnya sekarang.
Tuan Musa tersenyum nipis. Senang hati bila Muadz mengerti menegur kesalahan ibunya dan memikirkan perasaan isterinya. Tambahan pula, Mariam menerima teguran itu.
"Baguslah tu awak sedar. Untung saya dapat awak. Terima kasih sudi jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk kami berdua." Tubuh isterinya didakap kemas.
Nasib baik Muadz dan isterinya tidur di sini malam ini. Dapatlah Puan Mariam memohon maaf dan memujuk menantu kesayangannya.
PAGI itu, semuanya baik. Puan Mariam hairan dengan menantunya yang berlagak seperti tiada apa yang berlaku semalam. Kebal sungguh Himayah ni.
"Ummi, ummi duduklah. Biar Ima aje yang buat air." Belum sempat teko itu diambil, Puan Mariam terlebih dahulu merampasnya.
"Himayahlah yang duduk. Dari tadi Himayah tolong ummi. Tak penat ke? Himayah tu mengandung, kesian baby tu dari tadi bergerak aje dalam perut tu sebab kamu asyik buat kerja." Usapan Puan Mariam mengundang sengihan kecil dari bibir merah Himayah.
"Eh eh... sengih-sengih pula dia. Ummi cakap betul-betul ni." Melihat Himayah tersengih, dia juga ikut tersengih sama.
"Okeylah, ummi. Risau sangat. Ima duduk, ya?" Dia berlalu ke kerusi di meja makan selepas menerima satu anggukan.
Tidak lama setelah Puan Mariam meletak teko panas itu di atas meja, dia segera mengambil tempat di sebelah Himayah.
Tangan Himayah dicapai dan digenggam erat membuat Himayah terdiam dengan tanda tanya.
"Himayah... ummi minta maaf sebab semalam ummi bergurau dengan Airin pasal kahwin-kahwin tu. Ummi sedar ummi dah melampaui batas." Kesungguhan Puan Mariam hanya membuat Himayah dihambat rasa bersalah. Masing-masing saling merasakan perasaan yang sama.
"Ima mesti terasa, kan?"
Himayah bungkam. Tidak sampai hati ingin mengiyakan dan menyakiti hati insan yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.
"Maafkan ummi, ummi janji takkan buat lagi. Ummi minta maaf, sayang." Cepat-cepat tubuh menantunya ditarik ke dalam pelukan.
Muadz dan Tuan Musa yang baru habis berjoging tersenyum saat pulang dan mata dihidangkan dengan pemandangan itu.
Dua lelaki itu memajukan langkah menghampiri pasangan hidup mereka.
"Jom kita makan!" Suara Muadz memecah kesunyian di sana. Pakej satu tepukan tangan sehingga bahu Himayah ternaik kerana terkejut.
"Astaghfirullahal'azim! Dia ni! Terkejut ummi, tahu? Kesian Himayah dengan baby ni, terkejut." Geram pula dia dengan anak tunggalnya ini.
"Hehe..." Meleret sengihannya. Diam-diam mengambil hati ummi agar tidak dimarah walaupun dia tahu itu tidak mungkin.
"Kenapa balik lambat? Dari tadi ummi dan Himayah tunggu."
"Ye ke? Abang dengan Muadz kat sini tadi tengok sayang elok aje peluk-peluk. Tak ajak kami pun," usik Tuan Musa. Pura-pura merajuk kononnya.
"Tadi tu pelukan special. Untuk gegirls aje. Kan, Himayah?" Lengan Himayah disiku perlahan, mengisyarat supaya Himayah mengiyakan.
"Haa... betul! Betul! Tadi tu pelukan special." Walaupun lambat merespon, dia tetap setuju. Siap menjongket keningnya berkali-kali lagi.
"Yelah. Lelaki macam kami ni tak ada apa-apa pun. Pelukan special pun tak ada sesama sendiri. Kan, Muadz?" Giliran Tuan Musa pula mencuit lengan Muadz meminta sedikit sokongan.
"Betul! Gegirls ajelah yang special." Mereka berdua lantas memeluk sesama sendiri dengan riak pura-pura merajuk yang sengaja dipamerkan.
Kedua wanita di meja makan menoleh sebelum meletuskan tawa. Kemudian mereka mengangguk bersama lalu mengorak langkah ke arah suami mereka yang masih berpelukan.
"Abang merajuk ke tu?" Himayah mendongak memandang suaminya dengan mata yang dikedipkan beberapa kali.
"Alaa merajuk pula." Puan Mariam pula memujuk suaminya.
Tidak semena-mena jadi sesi pujuk-memujuk pula pagi ini.
"Tak kesian ke kat baby ni? Dari tadi tahu dia tunggu papa dia balik sebab nak minta papa suapkan mama dia makan."
"Sejuk nanti sarapan tu. Abang tak nak ke makan sementara masih panas? Rugi tahu?" pujuk Himayah tatkala melihat Muadz yang hanya memandangnya dengan mulut muncung.
Tuan Musa pula sengaja memejam matanya agar Puan Mariam kesusahan memujuk dirinya.
Mendengar tiada apa-apa lagi yang keluar dari isteri-isteri mereka, mereka melepaskan pelukan dengan perlahan. Dalam kesempatan itu, para isteri mengambil peluang untuk menarik sang suami ke meja makan.
Gelak tawa mereka menghiasi ruang makan pada pagi itu.
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...