JAM di dinding dipandang. Masih bersisa satu jam lagi untuk suaminya bergerak keluar lepak bersama rakan-rakannya.
"Abang, baju abang Ima gantung dalam almari ya," beritahu Himayah pada suaminya yang sedang menatap komputer riba.
"Bawa sini ajela boleh, malaikat abang? Abang nak pakai terus." Matanya masih tertumpu pada skrin yang memaparkan dokumen penting secara talian.
"Sekejap, abang." Himayah menyahut. Tiada balasan dari Muadz. Himayah faham akan itu.
Himayah kemudian berjalan ke meja kerja Muadz, menghulur baju dan seluar yang bergantung pada hanger kepada suaminya. "Ini, abang."
Lantas kepala didongak dan senyum dilempar kepada sang isteri. "Terima kasih, malaikat abang."
"Sama-sama, suamiku sayang." Senyuman Muadz dibalas dengan senyuman yang manis.
"Kenapa guna '-ku'? Abang tak nak kita saling guna 'aku kau'... abang tak suka," adu Muadz. Wajahnya cemberut.
"Aloo maaf-maaf... Ima balas lagi sekali ya?" Izinnya sebelum meneruskan kata.
"Sama-sama suami Ima sayang." Kali ini nada yang digunakan lebih riang dan senyuman yang diberi lebih lebar.
Riak wajah Muadz serta merta berubah tidak lagi cemberut malah menunduk malu.
Jiwa menyakat Himayah mula meronta-ronta. Tangannya menekup pipi Muadz yang merah.
"Elelele malu ke tu? Comel aje abang ni. Kenapa tunduk, tak nak tengok muka Ima ke? Bukan abang cakap Ima cantik ke?" Tengokk... Kalau tidak menyakat bukan Himayahlah namanya.
Semakin merah pipi Muadz jadinya.
Terus Muadz memalingkan kepalanya ke sisi. Mengelak dari memandang Himayah. Malu!
Melihat Muadz semakin malu semakin dia ingin menyakat. Cup!
Terbeliak biji mata Muadz. Bukan kerana terkejut tapi kerana malu! Yang tadi malu semakin malu jadinya.
"Sayang ni..." Comel saja rengekannya kedengaran di telinga Himayah.
"Kenapa...?" Himayah menggunakan intonasi yang sama yang digunakan Muadz. Meleret manja.
Wajah Muadz kembali cemberut.
"Hahaha... okeylah, gurau aje. Malu-malu pulak dia. Abang gerak pukul berapa ni?" Sempat lagi dia mengejek suaminya.
"Oh, halau ya?" Haa... kan dah kena.
"Mana ada halau... Ima tanya ajelaa..." Kali ini giliran Himayah pula yang merengek. Bak kata orang 'dia buat orang boleh, orang buat dia tak boleh.'
"Tahu. Saja aje nak tengok reaksi malaikat abang ni." Tidak mahu Himayah merajuk dia berkata begitu dengan selamba.
"Tahu. Ima pun saja aje nak tengok reaksi abang." Tidak mahu mengaku dia sebenarnya memang ingin merajuk. Bukti? Bibirnya muncung saat berkata begitu.
"Alelele... macamlah abang tak tahu," bicara Muadz ingin menyakat lagi.
Himayah pula cemberut. Tidak puas hati! Kali ini dia mengalah.
"Okeylah-okeylah... ni abang nak gerak pukul berapa?" Dia kembali bertanya soalan yang tadi.
"Sekarang kut. Takut jalan sesak pula nanti, malaikat abang okey tak?" Tanya Muadz ingin memastikan bahawa Himayah baik-baik sahaja dengan jam perjalanannya.
"Ima okey aje, abang." Sambil berkata itu dia menepuk-nepuk sedikit baju yang baru sahaja ditukar oleh Muadz, membuang segala kedutan yang ada. Muadz sudah puas mengajak Himayah ikut bersamanya tetapi Himayah menolak kerana ingin memberi ruang pada Muadz bersama rakan-rakannya.
PUNGGUNG dilabuhkan di atas katil di sebelah Muadz.
"Ermm..."
"Kenapa, malaikat abang?" soal Muadz dengan prihatin. Badan dipusingkan menghadap isterinya.
"Err... tadi..." Himayah teragak-agak hendak menanyakan persoalan yang bermain dalam mindanya.
"Ya? Tadi kenapa?" soal Muadz lagi dengan keningnya terangkat.
"Emm-"
"Sayang nak tanya sesuatu kat abang ke?" Keraguan Himayah sedikit berkurang apabila Muadz dapat meneka gerak tubuhnya.
"Tak apalah." Dia mengulas senyum walaupun hatinya masih ada rasa ingin tahu. Hatinya tidak tenang selagi tidak tahu kebenaran dari Muadz sendiri tetapi dia tidak berani mengungkap pertanyaannya, risau pertanyaannya akan menimbulkan persilisihan faham antara mereka berdua.
"Malaikat abang."
"Kalau malaikat abang nak tanya sesuatu, sayang tanya aje. Abang takkan marah... abang tak nak kita ada apa-apa rahsia, sayang. Mungkin segelintir orang akan cakap 'ada sesetengah perkara yang kita perlu rahsiakan dari pasangan kita', tapi abang tak nak itu dalam rumahtangga kita, abang bukan nak kawal atau paksa malaikat abang ni bagitahu semua benda, tapi abang nak tahu semua... apa yang jadi pada malaikat abang, apa yang bermain di fikiran malaikat abang, begitu juga pada abang. Abang nak malaikat abang tahu semua tentang abang, semua yang malaikat abang nak tahu tentang abang. Malaikat abang faham kan?... malaikat abang nak tanya apa, sayang?" Penyataan Muadz benar-benar buat Himayah terkedu. Begitu sayangnya Muadz pada rumahtangga mereka. Dia jadi rasa bersalah hendak menanyakan persoalan tadi.
"Ya, sayang faham, abang." Panggilan dirinya juga ditukar dek kerana rasa bersalah yang bersarang di hati.
Diangkat wajah Himayah yang tertunduk dengan tangannya.
"Sayang... sayang nak tanya apa? Jangan risau atau takut dengan abang, please?" Muadz benar-benar mahu Himayah selesa dengannya. Tidak mahu ada sebarang ketidak selesaan antara mereka berdua, kerana baginya, dia mahu kedua pihak saling tahu-menahu tentang masalah atau hidup masing-masing.
"Abang pergi mana tadi?" tanya Himayah dengan hati-hati.
"Abang pergi lepak dengan kawan abang, tadi abang tak bagitahu malaikat abang ke?" jawab Muadz terselit sekali dengan pertanyaan.
"Ada abang bagitahu. Tapi tadi abang pergi kat mana aje? Sayang nak tahu boleh ke?" Dengan berani namun perlahan dia menanyakannya, lega rasa hati akhirnya dapat mengeluarkan apa di dalam hati. Muadz tersenyum gembira apabila isterinya akhirnya memberitahu hasratnya.
"Kawan abang plan nak lepak mamak saja tapi tetiba nak lepak kat mall pulak sebab ada barang nak dibeli katanya," beritahunya tidak ingin ada yang tersalah faham.
"Abang dah makan ke?"
"Dah, sayang. Kenapa? Sayang ada masak ke?" Soalan dijawab dengan soalan. Dia tidak mahu melukakan perasaan isterinya, jika isterinya sudah memasak, dia akan memakannya walaupun sudah kenyang. Ingin menghargai susah payah isterinya melakukan tugas yang sepatutnya dia lakukan.
Kerana dia tahu, tugas seorang isteri hanyalah dua iaitu melahirkan zuriat untuk suami dan melayan suami. Selebihnya ialah tugas suami, hanya saja kebiasaan di zaman dulu di mana perempuan dan wanita yang diperhamba untuk membuat kesemua kerja rumah masih terpahat dalam otak semua orang sehingga kini yang menyebabkan hampir kesemua tugas lelaki diserahkan kepada wanita.
"Tak, Ima belum masak lagi. Abang nak makan?" Hampir saja Himayah terlupa soalan penting untuk ditanya, jika tidak kerana Muadz menarik tangannya, dia pasti sudah turun ingin memasak untuk suaminya.
Muadz menggeleng kecil. "Tak apa, kalau malaikat abang nak masak kejap lagi pun boleh. Sekarang ni abang tahu masih ada yang malaikat abang nak tanya, kan?"
Seperti mengetahui soalan sebenar Himayah, Muadz bertanya. Himayah mengangguk kecil.
Muadz tersenyum lagi. Tangan dibawa naik mengusap rambut isterinya lembut. "Apa dia, malaikat abang? Apa yang sayang nak tanya?"
Sebelum menjawab, Himayah mengetap bibirnya rapat. "Abang makan di mana? Dengan siapa?"
"Abang makan dekat restoran milik Fajr di mall tu dengan kawan-kawan abang, sayang."
Himayah menggigit bibirnya, airmata tidak dapat dibendung. Matanya berkaca mendengar jawapan dari suaminya. Jawapan itu langsung tidak disangka akan keluar dari bibir Muadz. Adakah Muadz sedang berbohong?
YOU ARE READING
Malaikat tak terduga
RomanceMuadz Hazim x Himayah Haseena Himayah Haseena, seorang wanita sebatang kara yang bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menyara dirinya sendiri. Suatu hari dia mendapat pekerjaan yang sudah lama diimpikan. Dan di sanalah dia menemukan seorang jej...