BAB 27

20 4 0
                                    

SUNYI saja keadaan dalam kereta itu sejak tadi tanpa suara dari keduanya. Muadz perasan setelah Airin masuk tadi, Himayah berubah.

Himayah di tempat duduk penumpang di sebelahnya dipandang sekilas.

"Sayang, kenapa ni? Kenapa tak bercakap dengan abang ni? Abang ada buat salah ke?" Tangan Himayah cuba dicapai dan digenggam. Sementara tangan sebelahnya digunakan untuk memandu

"Tak ada." Ringkas dan padat. Wajahnya kekal seperti di pejabat, tegang.

Muadz yakin, ini bukan merajuk kerana denda tadi, bukan juga merajuk kerana benda kecil. Pasti sesuatu yang besar.

"Kenapa ni, sayang? Cuba cakap dengan abang," pujuk Muadz dengan lembut.

Kerana malas ingin ditanya berkali-kali. Dia terus menyembur.

"Dia memang macam tu ke? Memang masuk tak pernah nak ketuk pintu? Memang orang suruh letak kat meja kopi, dia letak kat meja kerja? Memang suka senyum kat laki orang?" asak Himayah satu nafas dengan suaranya yang sudah naik seoktaf. Perasaan marahnya kian mencanak.

Terkelu lidah Muadz mendengar Himayah yang baru pertama kali meninggikan suara. Dia tahu kali ini perbincangannya serius.

Kereta diketepikan di jalan raya.

"Sayang... kan dia dah cakap yang dia lupa? Kenapa sayang marah sangat ni? Tak eloklaa untuk baby..." tegur Muadz selembut-lembutnya. Tangan Himayah dikucup sekali sebelum Himayah menariknya kasar. Tubuhnya dipusing ke kiri menghadap buah hatinya.

"Lupa? Abang percayalah kat dia? Ni bukan kali pertama tahu, dia buat macam tu? Sekali Ima bolehlah terima, tapi ini dah berkali-kali. Dan abang tetap percaya yang dia tu 'lupa'? Lupa nak ketuk pintu? Budak-budak pun ada common senselah abang, nak ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik orang lain. Kenapa abang nak sangat back up dia?" marahnya dilampiaskan pada Muadz. Matanya sudah bergenang menahan amarah.

Kenapa Muadz seolah menyebelahi Airin? Adakah Muadz tidak sedar akan Airin yang sentiasa mencari kesempatan?

"Abang tak back up dia, sayang. Janganlah macam ni, please?" rayu Muadz, mencuba untuk mencapai tangan Himayah lagi sekali.

"Kalau tak back up apa lagi? Awak sebenarnya ada apa-apa ke dengan dia?" tuduhnya melulu. Telapak tangan besar si suami ditepis kasar.

"Mana ada, sayang. Kenapa fikir macam tu? Abang tak pernah sekali pun ada niat nak buat macam tu." Terasa hatinya saat Himayah mengatanya begitu.

Himayah mencebik sebelum menghela nafas kasar.

"Dahlah, saya malas nak cakap pasal dia. Kita baliklah." Tangannya dilambai ke belakang sekali seperti menghalau nyamuk. Pandangannya tepat memandang ke depan sahaja.

"Sayang, abang nak bincang elok-elok ni. Kita bincang dulu, okey?" Masih lagi berusaha memujuk dengan halus.

Baru kali ini dia mengambil perkara ini serius. Sebelum ini, dia tidak mempedulikan pembantu peribadinya itu lebih dari seorang pekerja. Tetapi sekarang lain pula yang difikirkan Himayah.

"Tak, awak memang nak kita bergaduh ke apa? Awak tahu kan hal ni akan buatkan kita bergaduh?" Matanya jelas memancarkan kemarahan ketika menoleh ke kanan.

"Tak, sayang. Abang yakin kita takkan bergaduh kalau kita bincang elok-elok." Renyuk hatinya mendengar Himayah berkata begitu padanya. Apalagi panggilan Himayah turut berubah.

Himayah menghela nafas kasar. "Okeylah, macam ni... kita lupakan ajelah, okey? Tutup kes." Wajah terus dipaling ke luar.

"Sayang betul-betul tak nak bincang dengan abang ke?" Nadanya mula mengendur. Wajahnya bertukar suram.

Malaikat tak terdugaWhere stories live. Discover now