-HAYLA TRISNIE dengar sahaja nama itu. Ramai dah dapat agak yang dia ialah model terkenal. Dah banyak wajahnya terpapar di dalam majalah atau sosial media. Dia tak ada lah orang terpengaruh macam model lain...
Dia lebih suka privasi. Tapi lari macam mana pun wartawan kan. Sentiasa sibuk tepi kain orang walaupun dia tak terkenal sangat pun. Mungkin ada mungkin tak...
Model kerjaya yang dipilih olehnya sejak dia kecil. Model bukan setakat model. Hayla juga pandai memasak. Pakej lengkap ni. Cantik, pandai masak, setia. Cukup !
Cakap pasal setia kan. Macam mana kehidupan seorang Hayla yang tidak pernah ada kekasih mahu pun seseorang yang istimewa dalam hidupnya ? Bagi dia semua itu tak penting janji dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang...
Hayla seperti biasa rutin paginya, dia akan memasak. Dia memang suka sangat memasak daripada kecil. Hayla menghidangkan roti bakar, nasi goreng dan juga coffee di atas meja makan. Selepas selesai, dia memanggil mamanya untuk turun makan...
"Mama, marilah turun makan. Hayla dah siap masak ni" Laung hayla daripada bawah. Dia menuju ke dapur untuk mengambil beberapa pinggan. Dalam beberapa minit, barulah nampak kelibat mamanya...
Aryanna mengukirkan senyuman kearah mama. Datin Raihana menuju kearah meja dan melihat pelbagai masakkan yang dimasak oleh anak daranya itu...
Rajin sungguh lah dia masak breakfast. Banyak pulak tu. Padahal makan dua orang je dia dengan mama dia dan mesti tertanya-tanya kan ke mana ayah Hayla...
Ayah Hayla iaitu Dato Rafael kerja di luar kota. Jadi dia akan jarang berada di rumah. Jadi dirumah itu tinggal dia dengan Datin Raihana aje lah kalau Fahiem sibuk...
"Hayla masak apa ni ? Banyaknya" Hayla tersengih sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih. Datin Raihana melabuhkan punggung di kerusi yang bersebelahan dengan anak gadisnya Hayla...
Pagi-pagi lagi dah bangun masak. Kalau siapa yang jadi suaminya nanti dari lidi jadi gajah. Kenyang makan masakkan Hayla. Agak-agak siapa ye bakal suaminya nanti ?
Hayla juga melabuhkan punggung dihadapan mamanya. Mata berkeliar mencari kelibat abangnya tetapi tiada. Pagi-pagi lagi sudah hilang. Apa nak jadilah anak teruna zaman sekarang ni....
Tak reti nak lekat dekat rumah walaupun hari minggu. Kerja lepak je dengan kawan-kawan bila nak cari jodohnya ?
"Mama abang mana ?" Soal hayla. Datin Raihana juga tidak tahu. Anak lelakinya sorang itu memang suka merayap je kerja. Lepastu balik lewat malam. Bila ditanya, kata nya keluar lepak dengan kawan. Datin Raihana pun dah pesan banyak kali pada Fahiem supaya tidak keluar malam...
Walaupun dia lelaki, Datin Raihana dan Dato Rafael tetap menasihati anaknya. Kalau Hayla lagilah, nak keluar je mesti kena ada peneman. Tak kisah lah kawan atau abangnya sendiri. Dia tidak dibenarkan keluar bersendirian...
Biasalah zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku tak kira perempuan mahupun lelaki. Jadi kenalah selalu berhati-hati...
"Abang keluar kut pergi lepak. Mama pun tak tahu" Balas Datin Raihana. Hayla memikirkan tentang abangnya dan ada satu cadangan supaya abang nya jarang melepak...
Macam-macam idea di dalam fikiran nya sekarang ni. Yang pastinya idea baik baginya tapi bagi Fahiem mesti idea tu teruk. Tapi ni Hayla apa dia kesah ?
"Mama, Hayla ada satu cadangan supaya abang jarang keluar lepak dah" Berkerut dahi Datin Raihana. Apa pula lah rancangan si Hayla ni. Macam-macam yang berada di otak geliga dia ni...
"Apa hayla ?" Hayla tersenyum lalu membisikkan sesuatu ke telinga mamanya. Datin Raihana mengangguk setuju dengan cadangan Hayla. Ada betul juga cadangan si Hayla ni. Mesti lepas ni Fahiem akan jarang keluar...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...