𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 37

355 18 0
                                    


-

           ARISH sedang seronok bermain di halaman rumah. Hayla pula sekadar melihat Arish daripada jauh sahaja. Terpancar riak gembira di wajah kanak-kanak tersebut. Tiba-tiba dia tertanya-tanya, mengapa Ayraz berbuat sedemikian walhal Arish ini anak nya.

"Auntyy !!" Tubuh Arish didakap erat oleh Hayla. Geram melihat budak comel di hadapan nya ini. Rasa nak cubit-cubit je pipi tembam Arish ini. Kalau lah dia dan Ayaaz mempunyai zuriat, pasti Ayaaz orang yang paling gembira sekali.

"Ye sayang kenapa ni ?" Soal Hayla lembut lalu pipi Arish diusap lembut olehnya. Comel !

"Arish rindukan papa" Hayla mampu tersenyum sahaja. Bukan dia tidak tahu masalah yang dihadapi oleh Fasya dan juga Ayraz. Akhir sekali, Arish yang menjadi mangsa.

"Papa akan balik sayang. Aunty janji" Arish tersenyum lebar lalu dipeluk erat tubuh Hayla. Hayla perlahan-lahan membalas pelukan tersebut. Rasa gembira mula menyelubungi dirinya pada saat ini.

Tiba-tiba sahaja dia rasa seperti sudah tiba masanya dia mempunyai zuriat. Tetapi belum masanya lagi.

"Baby..." Ayaaz memeluk Hayla daripada belakang. Hayla sudah dapat mengagak siapa gerangan yang memeluk dirinya ini. Bau maskulin suaminya itu sudah sebati dengan dirinya.

Perlahan-lahan kepala nya menoleh kebelakang dan dia melihat Ayaaz tersenyum lebar kearah dirinya.

"Abang nak apa ? Abang nak makan ke ? Jap baby siapkan eh !" Laju Ayaaz menghalang Hayla. Rajin betul isterinya ini. Beruntung dia ada isteri seperti Hayla ini. Sudahlah baik, rajin tapi dua je perangai buruk dia.

Degil !

Cengeng !

"Kenapa rajin sangat ni baby ? Temankan abang lah dekat sini. Petang ni kita nak pergi rumah kita dah" Hayla perlahan-lahan melabuhkan kembali punggung nya di sebelah suaminya. Hayla tersenyum melihat Arish yang leka bermain.

Begitu juga dengan Ayaaz. Asyik betul melihat telatah anak kecil itu. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Lincah betul pergerakan Arish.

"Kan seronok kalau kita ada anak kan abang" Tiba-tiba sahaja Hayla bersuara memecahkan ruangan sunyi diantara mereka berdua. Ayaaz memandang wajah Hayla.

Dipegang tangan isterinya itu lalu diusap perlahan-lahan. Dia tahu sebagai seorang isteri, Hayla pasti mahu merasa menjadi seorang ibu seperti wanita lain namun belum rezeki mereka lagi.

"Baby apa ni hmm. Dah belum rezeki kita lagi kan" Hayla menunduk ke bawah. Belum rezeki ? Dia tahu pasti Ayaaz juga mahu merasa menjadi seorang ayah walaupun mulutnya menafikannya.

Keinginan itu pasti ada walaupun sedikit. Dia yakin sangat tentang hal tersebut. Sesiapa yang berkahwin pasti mahukan zuriat. Begitu juga dengan mereka berdua.

"Yeke abang bukan rezeki ataupun Hayla ni..." Laju jari telunjuknya Ayaaz diletak di bibir Hayla. Dia tidak mahu Hayla berfikiran jauh. Perut kempis Hayla diusap oleh Ayaaz lembut.

Perlahan-lahan air mata Hayla tumpah. Ayaaz lantas memeluk tubuh isterinya erat. Belakang Hayla juga diusap perlahan bagi meredakan emosi isterinya.

"Dah jangan nangis. Nanti mesti akan ada baby dalam ni. Our little baby" Ujar Ayaaz lalu mengucup dahi Hayla dengan penuh rasa sayang. Dia ikhlas mengahwini wanita itu.

Dia janji akan menjaga, mendidik dan memimpin wanita bergelar isteri nya itu sehingga ke syurga. Itu janji Ayaaz pada dirinya. Dia adalah pasangan yang ditakdirkan untuk seorang Hayla Trisnie.

"Aunty kenapa ni ? Uncle buat apa dekat aunty Arish ni huhh !" Soal Arish marah akan Ayaaz sambil mencekak pinggang nya. Ayaaz tergelak kecil melihat telatah Arish.

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now