-HANYA tinggal dua hari sebelum majlis berlangsung. Pemandangan di luar jendela dipandang olehnya. Malam semakin pekat. Mata sudah mula memberat tetapi hati masih tidak tenteram. Mengapa ?
"Kenapa aku kena rasa macam ni ? Ya Allah, kau kena ingat Ayaaz. Kau dah ada Hayla. Bakal isteri kau, bakal ibu kepada bakal anak-anak kau nanti. Kenapa kau macam ni ?" Ayaaz meraup kasar rambutnya...
"Arghh !!" Tiba-tiba pita memori nya berpusing mengingatkan dia kejadian di cafe tempoh hari...
Sedang leka dia menghirup coffee di situ tiba-tiba seorang wanita datang bersama seorang kanak-kanak lelaki. Dia pernah melihat kanak-kanak itu masa dengan...Hayla...
"Kau nak apa lagi Fasya ? Antara kita dah tak ada apa-apa kau faham tak ? Ni anak kau kan. Apa kata kau jaga je anak kau ni elok-elok jangan nak ganggu hidup aku faham" Fasya cuba memegang tangan Ayaaz tetapi ditepis...
"Hey kau jangan berani nak pegang tangan aku dengan tangan kau yang jijik tu kau faham" Arish mendengus kasar lalu menepuk meja...
"Ouh haritu masa Arish jumpa babah. Babah tak garang pun macam sekarang. Why sekarang babah garang pula ni hmm ? Siap marah mama lagi?" Ayaaz tersenyum kearah Arish...
"Babah ? Kenapa Arish panggil macam tu ?" Soal Fasya pada anak nya. Pelik juga dia, Arish yang tidak kenal Ayaaz tiba-tiba sahaja memanggil Ayaaz dengan gelaran 'babah'
"Sebab haritu kan Arish dah pernah jumpa babah. Masa dengan aunty Hayla !!" Fasya sedikit terkejut dengan apa yang diberitahu oleh anaknya. Jadi haritu masa Hayla meminta izin untuk bawa Arish keluar hanya untuk keluar bersama Ayaaz ?
"Ouh jadi Hayla dah tahulah pasal kita ye ?" Ayaaz tergelak hambar apabila mendengar pertanyaan Fasya. Apa yang Fasya mengarut ini. Adakah wanita di hadapan dia ini lupa bahawa mereka sudah tiada apa-apa lagi hubungan...
"Pasal kita ? Hey kau merepek apa ni ? Otak kau tu berfungsi ke tidak. Bukan ke kita dah putus. Aku ulang balik putus. Jadi apa yang kita nya ?" Balas Ayaaz yang beriak biasa sahaja...
"Ayaaz u memang dah taknak balik pada i ke ? I merayu sangat, i terseksa kahwin dengan abang u tu. I betul-betul terseksa"
"Abang i ?" Fasya tersenyum sinis...
"Jadi Arish ni anak..." Ayaaz seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Fasya. Bagaimana mereka berdua boleh bernikah ? Bukan ke masa tu abangnya berada di luar negara atas urusan kerja...
"Yes. Arish ni anak i dengan Ayraz. Kalau u nak tahu, i memang sengaja putuskan hubungan kita sebab i nak kahwin dengan Ayraz. Bila lama kelamaan, i mula nampak perangai sebenar dia. Perangai yang u sendiri tak terbayang" Ayaaz mendengar sahaja cerita dari mulut Fasya tanpa membantah...
"Perangai sebenar dia ? What are you talking about ?"
"Masa i tengah mengandungkan Arish. Dia selalu balik rumah lewat malam. Bila dia balik tu, dia bukan balik seorang diri. Ada perempuan lain yang selalu hantar dia balik. Kadang-kadang i terfikir, kenapa Allah bagi ujian macam ni dekat i sampailah satu tahap tu i memang dah tak tahan"
"Dia selalu balik rumah lewat malam tu i masih boleh terima tapi i tak boleh terima kalau setiap kali dia mabuk tu dia asyik sebutkan nama Hayla je. Sakit Ayaaz. Sakit sangat" Tanpa Fasya sedar dia sudah mengalirkan air mata...
"Lepastu, masa i tengah berpantang. Dia balik-balik pada malam tu, dia mengamuk sebab i halang dia daripada sebut ataupun berharap dengan Hayla. Dia marah sangat malam tu sampai lah dia tertolak i kuat masa tu. I mandul. I mandul disebabkan hentakan yang kuat. Jadi sebab tu lah dia bencikan i dan nak kahwin dengan Hayla"
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...