𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​| 4

456 21 0
                                    


-

     CAHAYA yang menembusi tingkap itu membuatkan Hayla terjaga dari tidur lenanya. Hayla bangun dan membetulkan uratnya. Tanpa membuang masa dia menuju kearah bilik mandi...

Selepas beberapa minit dia bersihkan diri, dia hanya keluar dengan memakai bathrobe. Hayla menuju kearah closet lalu tshirt berwarna putih yang bercorak kosong dipilih olehnya...

Hayla menghamparkan sejadahnya lalu memulakan solat subuh. Seusai sahaja dia solat subuh, telekung nya dibuka lalu disangkutkan pada rod kayu itu...

Dia membuka pintu biliknya lalu melangkah turun ke bawah. Sempat juga dia mengerling kearah bilik mamanya tadi. Bilik itu tertutup rapat. Hayla berasa pelik, selalunya mama dia akan bangun awal...

Dahlah papa dia belum pulang lagi dari outstation. Kalau ada apa-apa jadi macam mana ?

Hati dia mula rasa tidak sedap. Dia menuju perlahan-lahan kearah bilik itu. Apabila pintu dibuka, Hayla menjengukkan sedikit kepalanya. Tidak nampak figura mama nya...

"Mama" Panggil Hayla. Hayla mencari dia bahagian balkoni tetapi tiada. Dia membuka pintu bilik mandi itu. Alangkah terkejut dia melihat Datin Raihana sedang terbaring di atas lantai...

"Mama !" Lantas Hayla menuju ke mamanya. Hayla menggigil kuat. Dia takut kalau kejadian di mana arwah kakak nya meninggalkan dia...

"Mama bangun please. Hayla ada ni. Bangun mama. Abang !" Jerit Hayla. Dia buntu, tidak tahu hendak berbuat apa. Fahiem yang terdengar jeritan itu melangkah masuk ke dalam bilik itu...

"Ya Allah Hayla, Mama. Kenapa ni Hayla ?" Soal Fahiem panik. Semakin laju air mata Hayla mengalir. Takut, itu perasaan dia pada masa sekarang ini. Dia belum bersedia kehilangan mama nya...

"Jom bawa mama pergi hospital" Lantas tubuh badan Datin Raihana diangkat oleh Fahiem. Hayla mengekori langkah Fahiem daripada belakang. Dalam hatinya berdoa agar mamanya selamat sahaja...

"Mama bangun. Hayla ada sini" Hayla mengoyangkan sedikit tubuh Datin Raihana. Fahiem sedaya upaya mencari hospital yang terdekat. Dia juga tidak takut jika mama mereka pergi...

                              ••••

    HAYLA berulang-alik. Tidak tenang fikirannya memikirkan soal keadaan mamanya. Dia berharap mamanya sihat dan kembali macam dahulu...

Seorang doktor keluar dari bilik pemeriksaan itu. Fahiem dan juga Hayla menuju kearah doktor itu. Nampak wajah doktor itu seperti...

"Doktor macam mana keadaan mama saya ?" Soal Fahiem terlebih dahulu. Hayla pula menunggu jawapan daripada doktor itu...

"Dia okay cuma tekanan darah dia tinggi so saya cadangkan supaya jangan bagi dia fikir banyak sangat sebab ini akan menjejaskan kesihatan dia" Ujar doktor itu tenang. Hayla menganguk...

"Baik terima kasih doktor" Ujar Fahiem. Doktor itu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Mereka berdua saling berpandangan...

"Hayla masuk tengok mama dulu tau abang" Fahiem mengangguk mengizinkan Hayla pergi. Sewaktu pintu ditolak perlahan oleh Hayla. Dia melihat mamanya sedang terlantar dia atas katil...

Perlahan-lahan dia menuju kearah katil....

"Mama, hayla datang ni. Mama sihat cepat sikit eh. Hayla rindu mama" Wajah pucat itu ditatap oleh Hayla. Rindu dengan senyuman mamanya...

"Hayla tak puas lagi nak spend time dengan mama tapi....tak apalah" Hayla melabuhkan ciuman ke atas dahi mamanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now