𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 13

491 20 0
                                    


-

           HAYLA dengan kelam-kabut masuk ke dalam rumah. Dia menarik nafas berkali-kali. Dada nya berombak ganas. Mukanya pula sudah basah kerana peluh. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi. Rasa seperti mimpi...

Fahiem yang melihat adiknya begitu. Terus dia menuju kearah Hayla. Dia melihat Hayla tercungap-cungap mencari nafasnya. Pelik juga dia dengan Hayla ni. Dia berfikir juga ke mana Hayla pergi dengan berpeluh bagai ni...

Pergi berlari dekat taman ke berlari dalam hati Ayaaz ciee !!

"Hayla kenapa ni ? Hayla pergi mana tadi ? Abang cari nak suruh siapkan apa yang patut. Malam ni kan tahlil mama. Hayla lupa ke ?" Hayla baru tersedar kehadiran Fahiem di situ. Dia betul-betul nervous tadi...

Ayaaz betul-betul menggoda dia !

Cara Ayaaz pandang dia tadi. Cara Ayaaz bercakap. Semuanya buat dia jadi tak keruan. Dia jadi gilakan Ayaaz. Kuat betul penangan Ayaaz Mateen ni kan...

"Hayla ! Hayla Trisnie!!"

"Erk ye abang. Ada apa ?" Hayla baru tersedar dari lamunannya. Fahiem melihat wajah Hayla yang seakan-akan merahsiakan sesuatu daripada dirinya. Wajah Hayla cuak...

"Hayla pergi mana tadi ?" Hayla berdiam. Kalau dia cakap mesti abang dia akan tanya macam-macam dekat dia. Tak ! Abang dia tak boleh tahu. Nanti dia takkan percaya punya...

"Erk pergi...mall. Hah Hayla pergi mall tadi. Beli barang sikit" Fahiem melihat di tangan adiknya. Kalau Hayla pergi mall dan dia kata beli barang mesti akan ada paperbag di tangan dia tapi tak ada pun...

"Kalau Hayla pergi barang. Mana barang nya ? Abang tak nampak pun" Hayla kehilangan kata. Argh dia memang tak pandai nak menipu. Selalu je abang dia dapat hidu...

"Erk..."

"Hayla tipu abang eh. Hayla pergi mana tadi ? Puas tau abang cari Hayla keliling rumah. Tapi tak nampak pun. Kan abang dah..." Belum sempat Fahiem menghabiskan kata-katanya. Hayla terlebih dahulu memotongnya...

"Argh yelah ! Hayla tipu abang tapi...Hayla tak ada niat pun" Fahiem tersenyum. Dah dapat agak Hayla menipu dirinya. Dia tahu juga yang Hayla ni tak pandai nak menipu...

"Okay jadi Hayla pergi mana ?" Hayla main dengan jari jemarinya. Berfikir nak beritahu ke tidak kepada abang dia yang dia jumpa dengan Ayaaz tapi kalau dia tak cakap nanti dia nak tipu apa pula...

"Hayla sebenarnya pergi jumpa Kay. Dia nak jumpa Hayla sebab...dia rasa bersalah haritu dia tak datang masa hari kebumikan mama. Ha sebab tu lah" Hayla menghela nafas lega. Nasib dia cepat memikirkan idea untuk menipu...

"Yeke ni. Takkan jumpa Kay sampai berpeluh-peluh bagai ni"

"Erk yelah sebab...abang Hayla naik dulu lah. Nak mandi. Nanti Hayla turun okay..." Laju kaki Hayla melangkah naik ke tingkat atas. Berkerut dahi Fahiem melihat telatah adiknya yang agak...mencurigakan...

"Asal dengan budak ni. Macam tak betul je"

                             ••••

          MALAM INI penuh dengan saudara mara yang terdekat. Rumah itu sebahagian besar dipenuhi oleh saudara mara mereka. Hayla masih runsing memikirkan hal petang tadi. Dia nak turun ke tak ?

Dia kehulur-kehilir sambil menggigit ibu jarinya. Kalau dia turun nanti terserempak dengan Ayaaz macam mana. Kalau dia tak dapat kawal emosi dia macam mana...

Buatkan dia pengsan dekat situ sebab Ayaaz. Kan dah jadi masalah pula. Jadi kesimpulannya dia tak payah turun lah. Bijak kan !

"Tak yah turunlah. Lagipun abang ada, mesti abang sibuk layan tetamu dekat bawah tu" Semua itu hanya angan-angan apabila terdengar ketukan pintu dari luar. Hayla panik...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now