𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 27

415 13 3
                                    


-

        SAAT ITU jantungnya berdegup laju. Mengapa Datin Amelin mahu bertemu dengan dirinya ? Penat dia berfikir sepanjang dalam perjalanan nanti. Bila ditanya pada Ayaaz mengapa. Jawapan nya senang sahaja entah. Sakit hati pula apabila dia teringatkan...

"Abang taknak lah. Hayla takut" Hayla berada di belakang Ayaaz. Ayaaz menarik tangan Hayla dan memandang tepat ke anak mata gadis itu. Cantik ! Tidak puas dia memuji kecantikan gadis itu...

"Eh haritu kan dah jumpa dengan umi. Buat apa nak takut ? Umi tak makan orang pun Hayla" Ada betul juga kata-kata Ayaaz itu namun dia belum pernah datang ke rumah itu. Agak janggal lah bagi dirinya...

"Ish melawak pula. Ye tahu umi tak makan orang tapi..." Tiba-tiba kedatangan mereka di sambut oleh pemilik rumah tersebut iaitu Datin Amelin. Lantas Hayla menyalam tangan tua itu...

"Assalamualaikum erk..." Tidak tahu mahu memanggil apa. Umi seperti yang dipinta oleh Datin Amelin ? Ataupun kekal memanggil aunty seperti sebelum ini ?

"Umi. Kan umi dah pesan panggil aje umi" Hayla mengukirkan senyuman manisnya lalu dia mengangguk lemah. Umi !

"Assalamualaikum umi" Ucap Hayla riang lalu Hayla mencium tangan itu. Begitu juga dengan Ayaaz. Dia melalukan perkara yang sama. Datin Amelin turut mengukirkan senyumannya...

Entah mengapa hatinya berasa bahagia dan tenang apabila Hayla bersama dengan Ayaaz. Nampak serasi sangat berbanding dengan Ayraz dahulu. Sebut pasal anaknya, tiba-tiba sahaja dia merindui Syed Ayraz...

"Waalaikumsalam Hayla, Ayaaz. Meh masuk" Ajak Datin Amelin. Hayla teragak-agak mahu melangkah masuk. Pertama kali dia menjejaki kaki ke rumah bakal ibu mertua. Getaran di dada itu memang tidak dapat dinafikan...

"Cantikya rumah aun- eh umi" Hampir tersasul pula dia. Datin Amelin meminta izin untuk menuju kearah dapur. Mungkin mahu membuat air untuk tetamu fikirnya...

"Baby lagi cantik !" Bisik Ayaaz perlahan di telinga Hayla. Terasa bahang pula wajahnya. Apalah Ayaaz suka mengganggu dia ? Dah tak ada kerja lain ke dia nak buat ?

"Aishh ! Abang ni tak ada kerja lain ke selain mengganggu hidup orang ?" Ayaaz menggeleng tanda jawapan nya pada Hayla. Tak ! Dia mana ada kerja. Dia minta cuti lagi...

Daniez yang tolong coverkan dan handle kes dia. Apa gunanya kawan kalau tak boleh tolong kawan kan. Lagipun jarang-jarang dia nak menyusahkan Daniez. Sekali sekala tak apa kan...

"Hayla..." Panggil Ayaaz secara tiba-tiba. Hayla mengeluh lalu wajah Ayaaz dipandang olehnya. Mata mereka bertembung dan Hayla dapat rasakan debaran pada dadanya saat ini. Beginikah rasa bercinta ?

"Hmm"

"Hayla sayangkan abang ? Nak kahwin dengan abang tak ?" Benci betul dia mendengar soalan itu. Sikit-sikit kahwin. Gatal betul lah Ayaaz ni. Rasa nak rendam je muka dia dalam air panas. Biar dia meraung...

"Tak ! Taknak kahwin. Lagi-lagi kahwin dengan abang memang taklah..." Sengaja Hayla menguji Ayaaz dengan jawapan begitu. Bosan lah dia dengar soalan yang sama sahaja kalau setiap kali bertemu dengan Ayaaz. Bagilah soalan lain sikit...

Ayaaz mengendurkan senyuman di bibirnya lalu menyilangkan tangannya di dada seolah-olah dia sedang merajuk dengan Hayla. Hayla menjeling sekilas. Eleh ingat orang nak pujuk lah tu. Dah besar pun nak merajuk-merajuk ni. Macam budak-budak...

"Hmm tak apalah. Kita sedar kedudukan kita di hati dia hmm" Hampir meletus tawa kecil Hayla. Ya Allah, Ayaaz ke ni ? Haih lah mengada-ngada betul lah...

"Elele gurau pun tak boleh" Berkerut dahi Ayaaz mendengar kata-kata Hayla. Gurau ? Jadi Hayla nak lah kahwin dengan dia. Terus Ayaaz mengukirkan senyuman sinis lalu mendekatkan dirinya dengan Hayla...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now