-LANGKAH dituju kearah bilik abangnya. Laju sahaja kakinya melangkah kearah bilik abangnya. Apabila dia sudah berada di hadapan pintu bilik itu. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam...
"Hai abang !!" Jerit Hayla. Membulat mata Fahiem melihat kehadiran adik dia di situ. Sejak bila adiknya rajin menjejaki ke office dia ni. Selalu nya, nak ajak teman ke office pun susah...
"Mimpi apa Hayla datang sini ?" Soal Fahiem yang sedang membelek kertas kerjanya. Hayla pula tidak habis lagi menilik keadaan di dalam bilik itu. Hmm not bad, komen Hayla...
"Alah sajalah nak datang. Tadi kan baru lepas fitting baru lepastu dah alang-alang lalu nak juga lah tengok office abang ni. Cantik juga eh" Fahiem tersenyum bangga...
"Itu je ?" Hayla memandang wajah Fahiem seperti tidak suka akan kehadiran nya di situ. Mengganggu sangat ke kehadiran dia. Bukan dia nak buat apa pun. Datang nak tengok-tengok je...
"Itu ajelah. Eh abang tok daddy mana ? Hayla rindulah dia. Lama tak jumpa sejak dia baru balik daripada Perancis haritu"
"Ada dekat rumah kut. Abang pun tak tahu sangat lah. Sibuk agaknya biasalah banyak kerja kan" Hayla mengangguk faham. Dibelek kertas kerja milik abangnya itu...
"Eleh tak adalah susah mana nak buat ni. Abang kalau Hayla nak kerja sini boleh tak ?" Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba sahaja nak kerja memanglah Fahiem terkejut...
"Tak boleh !" Hayla mencebikkan bibirnya lalu menyilangkan tangannya di dada seolah-olah dia sedang merajuk dengan abangnya. Dia nak kerja aje pun bukan nya nak buat apa...
"Alahhh kenapa ?"
"Hayla kan dah jadi model. Habistu nak kerja dekat office abang lagi ni kenapa ? Baik duduk rumah tu je. Lagi dua minggu kan nak kahwin. Nak jadi isteri orang dah. Apa kata practise cara-cara nak pikat suami ke apa ke kan" Cadangan Fahiem memang menyakitkan hatinya...
"Eh abang ni melebih pula. Alah tak payah pikat-pikat pun dia mesti dah terpikat. Hayla kan memang seksi lain lah Kay tu"
"Asal dengan dia pula" Pantang bercakap pasal kekasih kesayangan abang dia tu sikit pun dah melenting. Haih lah...
"Dah lah jangan kacau abang nak buat kerja ni. Nanti tak siap, abang kena bawa balik pula kerja ni" Hayla membuat muka seolah-olah dia tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh abangnya...
"Alah abang ni buat-buat sibuk pula. Hayla nak luangkan masa dengan abang ni. Nanti Hayla dah kahwin mesti abang rindukan Hayla. Tiap malam mesti mimpi. Haylaaa...adik abang" Fahiem membuat muka menyampahnya...
"Hey daripada abang mimpi Hayla. Baik abang mimpi Kay. Indah pun indah. Kalau Hayla yang masuk mimpi abang. Mesti hancur terus" Hayla menjeling sekilas kearah Fahiem. Berani abang dia sekarang ni...
"Ish jahatnya ! Tunggu lah nanti. Mesti abang akan rindukan Hayla. Sampai termimpi-mimpi" Fahiem buat tidak kisah sahaja dengan kata-kata Hayla. Merepek betul adiknya itu...
"Okay lah Hayla Trisnie" Tiba-tiba pintu dibuka luas. Terus Hayla menoleh kebelakang dan tersenyum. Lah diorang ni ke ingatkan siapalah tadi yang main masuk je tak ketuk pintu pun...
"Hello welcome back to my channel" Laung Daniez lalu melabuhkan punggung nya di sebelah Hayla. Hayla sekadar mengukirkan senyuman nya. Macam selalu aje mereka berada di sini...
"Channel kepala kau !" Ariq menyampuk. Daniez mengenyitkan sebelah matanya kearah Hayla. Geli lah pula Ameer menengok perangai Daniez ni. Patutlah single...
"Hayla buat apa dekat sini ? Tak ada kerja ke ?" Soal Ariq pada Hayla sekadar memecahkan ruangan sunyi di dalam bilik tersebut. Ariq meletakkan sebelah kakinya di atas meja...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...