-PADA PAGI ITU, semua orang di meja makan hanya dia sahaja. Tiada seorang pun yang membuka mulut mahupun berpandangan. Pada pagi itu mereka hanya sarapan berempat. Seorang lagi tiada...
"Ameer mana abang Raz kamu ?" Terus Ameer memandang tajam kearah uminya. Dia benci mendengar nama itu mulai sekarang. Lelaki itu takkan lagi menjadi abang nya. Tidak sama sekali....
"Meer, umi tanya tu" Dato Arsyad menyampuk. Dari tadi dia melihat kedua anak terunanya diam sahaja. Padahal selalunya meriah sahaja meja makan mendengar gelak ketawa mereka...
"Mana Meer tahu" Jawab Ameer acuh tak acuh sahaja. Tiba-tiba Ayaaz bangun dan mahu meninggalkan meja makan. Lantas Datin Amelin memanggil namanya...
"Ayaaz nak pergi mana ni ? Kata harini cuti, taknak teman umi dekat rumah ?" Ayaaz rasa serba salah. Selalunya hari cuti dia akan menemani uminya di rumah tetapi dia mahu keluar mencari ketenangan...
"Maaf umi. Ayaaz nak keluar kejap. Ada hal" Tanpa banyak bersoal. Datin Amelin sekadar mengangguk. Lantas Ayaaz menyalam tangan Dato Arsyad dan juga Datin Amelin...
"Yaz pergi dulu ye umi walid" Pinta Ayaaz dan melangkah keluar dari rumah tersebut. Kini hanya tinggal mereka bertiga. Ameer masih teringat kejadian bulan lepas. Masih segar di dalam ingatan nya...
"Meer kenapa umi tengok dari tadi senyap aje ? Ada masalah dengan Amel ke ?" Ameer mengeluh buat seketika. Bermacam-macam masalah yang berlegar-legar di dalam kepalanya pada saat ini...
"Umi sayangkan Ameer ?"
"Soalan apa Meer tanya tu. Umi sayang semua anak-anak umi sama rata ? Kenapa ni sayang hmm. Cuba cakap dengan umi ?" Soal Datin Amelin prihatin pada anaknya...
"Alah awak ni. Ada masalah dengan Amel lah tu. Itu yang dia taknak cerita. Awak lah" Dato Arsyad berkata. Ameer menunduk memandang ke bawah. Kalau dia cakap dengan uminya. Agak-agak nya umi dia akan percaya tak kata-kata dia ?
"Betul ke Meer ?"
"Tak adalah umi. Dahlah, Meer pergi kelas dulu eh" Pinta Ameer lalu menyalam tangan kedua orang tuanya. Dia melangkah keluar dari rumah tersebut selepas menyalam...
••••
DIA JALAN berseorangan. Tanpa peneman. Tanpa pasangan. Dia keseorangan. Dia seperti ditakdirkan untuk tiada pasangan. Bakal tunang nya curang. Hayla pula akan berkahwin tidak lama lagi. Dia ? Dia tetap sendiri...
"Apalah nasib aku. Hayla, abang rindukan Hayla" Gumam Ayaaz lalu matanya tertumpu pada salah satu susuk tubuh yang dia kenal. Dia cuba mengekori figura itu. Dia tersenyum palsu...
"Hayla dah bahagia. Bahagia tanpa abang. Maafkan abang sebab tolak cinta Hayla" Ayaaz rasa kesal. Dia rasa, dia lah orang yang paling rugi kerana menolak cinta Hayla. Dia cuma trauma dengan hubungan. Dia takut Hayla akan tinggalkan dia pada suatu hari nanti...
Tiba-tiba telefon nya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Lantas tangan nya mengambil telefon bimbitnya yang ada di dalam kocek seluarnya. Tertera nama Ariq di situ...
-Ayaaz kau cintakan Hayla ke ?
Berkerut dahi Ayaaz melihat mesej daripada kawannya itu. Kenapa tiba-tiba sahaja kawan nya menyoal nya begitu ? Ada masalah mental ke ? Tiada ribut tiada angin. Tiba-tiba tanya soalan yang pelik-pelik...
-Ish kau ni merepek apanya Ariq
-Taknak aku dekat budak nama Hayla tu. Not my taste !
Ditekan butang 'send'. Ayaaz tersenyum sendiri. Sampai bilalah dia nak sembunyikan perasaan itu dari kawan-kawan nya ?
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Dragoste[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...