𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​| 3

526 22 0
                                    


-

      AMEER sedang leka memberi makan kepada arnabnya yang berwarna coklat itu. Ayaaz yang ternampak Ameer berada disitu seorang diri terus dia menuju kearah Ameer...

Pelik juga dia. Ameer ni tak pergi kelas lagi ke ? Ke dia ada niat nak ponteng lagi macam bulan lepas. Kalau dia tahu kena lah Ameer dengan dia nanti...

"Amel kenapa awak tak terima cinta saya sedangkan saya ni sesuai nak jadi imam awak" Ameer bercakap dengan arnabnya itu...

Ayaaz yang sedang berdiri di situ rasa ingin menghamburkan tawanya sahaja. Apalah Ameer ni. Bercakap dengan arnab. Kalau cakap dengan manusia tak apa lah jugak...

Ini Arnab...

"Kau ni gila ke apa sembang dengan arnab kau tu. Bukannya dia boleh balas pun apa yang kau cakap" Sampuk Ayaaz daripada belakang. Dia menggeleng kan kepala melihat adiknya Ameer yang tidak habis-habis mengejar cinta...

Dari haritu lagi dia suruh Ameer move on tapi tu lah. Ameer tu dengil. Nak jugak kejar cinta tak kesampaian dia tu. Ha sekarang dah gila. Cakap dengan arnab...

"Dah-dah lah tu. Dia tak suka kau terima jelah" Selamba Ayaaz berkata. Ameer mengeluh perlahan. Ayaaz ni bukan nak bagi kata-kata semangat dekat Ameer...

Nanti tak pasal-pasal tak pergi kelas sebab stress lah. Sedih lah. Macam-macam...

"Kau diam boleh tak ? Menyibuk je" Jelingan dihadiahkan kepada Ayaaz. Ayaaz ni pun satu hal. Ameer sukakan Amel dari daripada mula-mula mereka masuk universiti lagi. Macam cinta pandang pertama lah...

Ameer tahulah abang dia dah hampir bertunang tetapi tidak jadi kerana kesilapan bakal tunang nya iaitu Aylin...

"Eleh, kau tu yang berharap sangat. Padanlah muka. Dia anggap kau kawan je, kau tu yang anggap dia lebih. Perasan" Ameer mengetap giginya kuat. Geram mendengar apa yang dikatakan oleh Ayaaz...

Bukan datang situ nak bagi kata-kata semangat ke apa. Ni tak, cakap benda yang menyakitkan hati dia. Geram lah..

"Mana ada " Ameer menafikannya...

"Apa kecoh-kecoh ni Yaz, Meer. Umi duduk dapur pun boleh dengar korang gaduh ni" Datin Amelin muncul dan menegur kedua anak terunanya yang berada di halaman rumah...

"Ni abang ni umi. Dia kacau Meer. Umi marahlah dia ni, suruh dia pergi kerja cepat" Arah Ameer. Datin Amelin menggeleng kepalanya melihat kedua anak lelakinya itu. Sudah besar pun perangai macam budak-budak...

"Yaz ada apa ni ?" Soal Datin Amelin lembut. Ayaaz mengukirkan senyumannya. Masa ni lah nak beritahu uminya yang Ameer ada buah hati...

"Tak ada apa umi. Yaz risaukan Meer ni" Ameer mengerutkan dahinya. Kenapa pula tiba-tiba Ayaaz risaukan  dia sedangkan dia baik-baik sahaja. Bukannya dia sakit. Sakit hati adalah...

"Hah kenapa ni ? Umi tak faham lah. Cuba cerita" Soal Datin Amelin tidak faham dengan kerenah anak-anak terunanya. Dah besar pun nak gaduh...

"Macam ni Ameer kan dia ada buah hati nama dia..." Terus mulut Ayaaz ditekup dengan telapak tangan Ameer. Ayaaz tidak dapat bercakap...

"Emphh"

"Haih kenapa pula ni Meer. Umi pening lah kamu berdua ni. Umi masuk dululah" Datin Amelin melangkah masuk kembali ke dalam rumahnya. Malas nak melayan perangai kedua anaknya itu. Lebih baik dia pergi memasak...

"Kau ni gila ke nak cakap dekat umi" Marah Ameer kepada Ayaaz. Ayaaz menayangkan muka selambanya. Seronok kenakan Ameer...

"Lah kenapa pula ? Aku nak tolong kau je. Aku kan abang yang baik. Nanti kalau umi tahu dia boleh tolong masuk minang si Amel itu. Betul tak" Ujar Ayaaz memberi pendapat tapi tak boleh guna pun...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now