𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 5

482 21 0
                                    


-

       KINI mereka selalu bergilir-gilir menjaga Datin Raihana. Kadang Hayla yang jaga pada waktu siang untuk menjaga Datin Raihana. Kini giliran Fahiem pula yang menjaga apabila waktu malam....

Fahiem sudah memaklumkan kepada tok daddy nya iaitu Dato Zain. Tok daddy mereka pun memahami keadaan dua beranak itu...

"Hayla macam mana keadaan mama kamu ?" Soal Dato Ruiz kerisauan dengan anaknya. Dia tahu anaknya selalu berfikir sejak akhir-akhir ini...

"Mama okay cuma doktor kata dia kena banyak berehatlah. Tok daddy tak pergi office ke harini ?" Soal Hayla yang melihat Dato Zain hanya memakai kemeja biasa...

"Tok daddy ambil half day harini sebab nak melawat mama kamu. Semua meeting tok daddy dah batalkan" Terbit rasa bersalah pula Hayla kepada Tok daddy nya. Tak pasal-pasal semua meeting terpaksa di cancel...

"Tok daddy tak payah risaulah. Hayla boleh jaga mama sorang-sorang. Lagipun tak susah mana pun. Hayla nak jaga mama sebab dulu hayla tak dapat nak jaga arwah papa" Ujar Hayla dalam nada lemah. Rindu dia pada mama nya...

"Papa Hayla mana ? Tok daddy tak nampak pun sejak sampai sini" Soal Dato Zain pada cucunya. Tidak nampak pula menantu nya dari dia sampai tadi. Selalunya ada...

"Ouh papa turun kejap beli makanan. Nanti dia datang lah. Lagipun mama taknak makan makanan hospital katanya tawar lah. Padahal makanan tu yang nak bagi dia cepat sembuh" Jawab Hayla...

"Mama kamu tu memang degil Hayla. Kamu pun sama je degilnya. Selalu abang kamu mengadu tentang kamu. Susah nak makan. Nak mandi pun kena suruh. Nak makan tu kena paksa. Jangan kata mama Hayla je" Membulat mata Hayla...

Fahiem diam-diam mengadu dekat tok daddy dia eh. Tunggu dia nanti balik rumah memang kena cukup-cukup dengan dia. Berani kutuk dia belakang. Kalau berani kutuk depan lah...

"Eh mana ada tok daddy. Abang tipu tu. Tok daddy jangan percaya lah. Dia tu kalau bab kutuk Hayla memang. Tunggu dia nanti" Hayla menafikan semua itu walaupun memang benar apa yang dikatakan oleh Fahiem...

Biasalah Hayla kan mana pernah nak mengaku. Dia aje yang betul gamaknya. Payah betul...

"Yeke anak papa ni" Sampuk Dato Rafael sambil menuju kearah mereka berdua. Rancak sangat berborak sampai tak sedar dia ada tadi. Biasalah cucu kesayangan...

"Papa ni. Betul lah" Hayla memuncungkan mulutnya. Tergelak kecil Dato Rafael dengan telatah anak bongsu nya. Manja terlebih ni. Siapa lah nak kahwin dengan dia ni ?

"Alah merajuk pulak. Meh makan, papa belikan air kesukaan Hayla" Terus tersenyum Hayla dibuatnya. Dengar je air kesukaan dah boleh agak air apa. Apa lagi kalau bukan matcha...

Memang suka betul dia dengan matcha...

"Thanks papa. You are the best ever"

                              ••••

     DANIEZ sedang pening nak cari seseorang yang boleh buat kek untuk majlis kakaknya. Dia mengajak Ameer untuk datang ke situ untuk membantunya. Manalah tahu, Ameer ada idea lain. Dia sudah buntu...

Lagipun Ameer ni ambil course pastry & bakery memang kenalah dengan dia. Ameer ni memang suka masak berbanding dengan Ayaaz. Adik beradik tapi tak ada persamaan...

"Assalamualaikum" Kedengaran suara Ameer yang memberi salam. Terus Daniez menuju kearah pintu utama. Dia menyambut Ameer dengan riangnya...

"Waalaikumsalam. Eh Meer masuklah" Jemput Daniez. Ameer pun membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah itu. Dia melihat keadaan sekeliling rumah itu. Ada pelamin yang simple tapi cantik. Nampak elegan...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now