𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 20

378 16 1
                                    


-

        DENGAN pantas Hayla berlari keluar dari bilik itu. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan wanita itu memandang pelik kearah nya. Hayla menelan liurnya kesat...

"Hayla kenapa ni ? Tergesa-gesa je. Daniez ada buat apa-apa dekat Hayla ke ?" Hayla terdiam. Argh salah dia juga sebab masuk bilik lelaki itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu...

"Erk takde" Jawab Hayla pendek sahaja. Dia masih terkejut dengan apa yang jadi. Malu pun mula menyelubungi dirinya. Ha gatal sangat kan !

"Yeke ni. Cakap dengan aunty sekarang kalau dia ada buat apa-apa dekat kamu. Jangan nak sorok-sorok. Aunty kenal Daniez tu macam mana. Kuat mengusik" Nak je Hayla angguk...

"Eh takde apa-apa aunty. Serius!" Dengan yakin nya Hayla berkata begitu. Datin Anne melihat wajah Hayla yang seakan-akan pucat itu...

"Habistu kenapa muka Hayla pucat aje ni"

"Ouh sebab Hayla pening kepala. Ha pening kepala. Kejap lagi nak makan ubat" Datin Anne mengangguk sahaja lalu pergi meninggalkan Hayla sendiri di hadapan pintu biliknya...

Sebaik sahaja figura Datin Anne menghilang. Hayla menghembus nafas lega. Nasib baik lah dia pandai juga nak menipu tapi kalau dengan abang dia memang tak lah...

"Fuh nasib baik. Aih kau pun Hayla, gatal lagi. Main masuk je bilik orang. Malunya aku tadi. Argh mesti Daniez cerita habis dekat kawan-kawan dia" Hayla terus melangkah masuk ke dalam biliknya...

Dia meraup wajahnya kasar. Dia menggigit ibu jarinya dan berulang alik ke mari...

"Tak kut. Dia tak macam tu. Takkan dia nak beritahu pasal..ish. Tak aku yakin dia akan simpan rahsia ni. Kalau abang tahu, mau dia ungkit sampai ke sudah. Aku juga yang malu" Merah pipi Hayla kerana mengingati hal tadi...

Terdengar suara orang ketawa di dalam bilik itu. Datin Anne membuka sedikit pintu bilik anak terunanya itu dan dia terkejut melihat anak terunanya yang hanya memakai kain tuala separas pinggang...

"Ya Allah budak bertuah ni. Kenapa tak pakai baju !" Terkejut Daniez mendengar nya lalu menoleh kebelakang. Dia menelan liurnya saat melihat wajah garang mamanya...

"Erk mama. Ada apa datang sini ?" Soal Daniez polos...

"Kamu buat apa dekat Hayla sampai muka dia pucat macam tu ? Mesti kamu ada buat apa-apa kan. Cakap sekarang ! Dengan baju tak pakai. Apa nak jadi lah kamu ni" Daniez menggosok belakang lehernya...

"Mana ada buat apa-apa lah mama. Dia lah masuk bilik Niez tak bagi salam lepastu main masuk je. Masa tu Niez baru lepas mandi. Lepastu Niez usik-usik dia sikit je. Mana ada buat apa-apa" Datin Anne rasa nak pulas aje telinga anak nya itu...

"Eh tak buat apa-apa pulak. Pandai lah kamu. Esok minta maaf pada dia. Mama tak kira" Daniez mencebikkan bibirnya. Alah salah dia jugak ke sedangkan Hayla yang masuk bukan dia ajak ke apa...

"Taknak. Jatuh lah standard Niez sebagai lelaki macho" Datin Anne pulas telinga Daniez kuat-kuat. Daniez teraduh-aduh...

"Aduh ! Mama sakit mama. Aduh" Daniez menggosok telinga nya yang memerah akibat dipulas tadi. Dia menghembus nafas kuat. Benci lah dia...

"Ingat mama kata apa ni. Jangan lupa. Kalau lupa, jangan balik sini lagi dah. Kamu kena ingat, Hayla tu adik kamu jangan nak buat benda bukan-bukan pula" Pesan Datin Anne terlebih dahulu...

"Eh Niez nak buat apa dengan budak tu. Tak ada kerja lah. Paling kuat pun Niez usik-usik je. Takkan tak boleh kut. Cengeng sangat lah dia mama" Datin Anne mencekak pinggang nya. Terus Daniez terdiam...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now