𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 8

460 20 0
                                    


-

    AMEER melangkah turun ke bawah sambil bernyanyi-nyanyi. Seronok memikirkan hal semalam. Ayaaz yang ternampak Ameer turun ke bawah siap bernyanyi lagi. Nampak gembira semacam. Tak sia-sia Ameer crush dekat Amel hampir setahun. Akhirnya dapat jugak...

"Erhmm. Happy nampak" Tegur Ayaaz. Ameer menayangkan muka bangganya. Bangga lah orang accept cinta dia. Cuba kalau si Amel tu tolak cinta dia, mau meraung dia. Sebenarnya dia tak rancang pun tapi dah alang-alang tak salah mencuba kan...

"Of course la. Mana umi ? Aku nak bawa umi pergi jalan-jalan lah hari ni. Mesti umi boring duduk rumah je kan" Ayaaz menayangkan muka menyampah nya. Mentang-mentang tengah bahagia. Hmm Ameer ni lah...

"Eleh berlagak nya. Tunggu aku ada nanti. Tayang satu dunia lah"

"Siapa ? Fasya ke ?"

"Apa pulak dia. Macam tak ada perempuan lain dalam dunia ni. Dah lah aku nak keluar" Ameer mengerutkan dahinya. Tak kerja ke Ayaaz harini. Selalunya sibuk aje si Ayaaz ni dengan kerja macam tak ada benda lain boleh buat....

"Kau tak kerja ke Yaz ?" Ayaaz menggeleng. Takkan nak kerja selalu kot. Mau gila dia dibuatnya. Nak hadap kertas fail tu...

"Keluar sorang ke tu..."

"Aku keluar dengan Fahiem lah. Daniez kerja kan harini. Dia kan baru nak masuk kerja. Ariq tu entah. So Fahiem jelah" Terang Ayaaz. Ameer mengangguk faham...

Itulah orang suruh cari pengganti taknak. Nak jugak si Fasya tu kan dah single...

"Kau seronok punya pasal ni. Tu rabbit kesayangan kau makan ke tak lagi ? Nanti tak pasal-pasal mati macam tu je" Selamba Ayaaz berkata. Ameer mengangguk. Mestilah sayang haiwan kesukaan Amel tu...

Dia akan suka apa sahaja yang Amelisa suka. Barulah nampak serasi sikit. Macam sweet couple hah !

"Eh apa pulak. Aku dah bagi makan tau. Dia kan haiwan kesukaan Amel jadi aku sayang lah. Argh rindu lah pulak. Bila nak jumpa ni..." Nak termuntah Ayaaz mendengarnya. Sejak bila Ameer jadi macam ni. Menyampah pula dia...

"Dah lah aku chaw dulu. Tengok kau nanti aku termuntah lepastu tak jadi pergi. Bye"

"Eleh cakap jelah jealous dengan aku"

                               ••••

    FAHIEM melangkah turun dari tingkat atas. Tiba-tiba pula dia boleh terserempak dengan Hayla. Kelam-kabut dia dibuatnya. Hayla memandang kearah Fahiem pelik...

"Abang nak pergi mana ni ?" Soal Hayla. Fahiem teragak-agak untuk menipu. Kalau Hayla tahu mesti dia nak ikut. Ish tak mahu dia bawa budak tu...

"Erk...nak pergi kerja" Balas Fahiem. Hayla tidak mempercayai kata-kata Fahiem. Semalam cakap tak kerja tapi harini kerja. Mana satu yang betul ni atau Fahiem tengah menipu...

"Hmm, tok daddy kan kasi cuti sebab suruh jaga mama. Abang tipu ehh" Laju Fahiem menggeleng. Haduh apa lagi yang dia boleh menipu ni. Tak ada idea dah...

"Mana adalah. Hayla ni sibuk lah. Pergi sana ! " Nada seperti marah. Hayla mengangguk lalu menuju kearah sofa kulit. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Fahiem pula rasa bersalah kerana tertinggi kan suara pada Hayla...

Biasalah Hayla kan. Pantang orang tinggi suara dekat dia sikit mulalah drama dia. Mulalah duduk depan tv lepastu buat muka cemberutnya...

"Hayla abang minta maaf. Hayla marah abang ke ?" Hayla menggeleng sekali. Matanya tertumpu pada kaca tv. Tidak pandang sedikit pun pada wajah Fahiem yang kacak itu...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now