-AIR mata tidak berhenti mengalir dari tadi. Sengaja berpura-pura seolah-olah dia terkesan dengan kepergian suaminya padahal dia yang merancang semuanya. Dia akan dapatkan apa yang dia nak. Diteruskan lagi lakonan nya supaya orang lain tidak akan mengesyaki dirinya.
"Sabar Fasya, saya tahu awak kuat. Ayraz dah selamat dikebumikan. Awak sabar ye demi Arish" Hayla cuba memberi kata-kata semangat pada Fasya. Rasa simpati pada keadaan Fasya ketika ini.
Ayaaz masih ragu-ragu dengan Fasya entah mengapa. Hatinya benar-benar mengatakan bahawa Fasya adalah punca semua ini berlaku namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
"S-saya rindukan Ayraz. Kenapa dia kena pergi dulu daripada saya Hayla ? Saya betul-betul rindukan dia" Semakin deras tangisan Fasya dilepaskan. Semakin erat Hayla memeluk tubuh Fasya dan bermulalah agenda nya untuk mendapatkan Ayaaz.
Dia akan mula buat Hayla percayakan dirinya.
"Kau memang taknak balik ke ? Kau nak duduk sini sampai bila ? Kau nangis pun Ayraz takkan hidup lah !" Ujar Ayaaz pada Fasya. Datin Amelin memandang Ayaaz dengan tatapan maut.
"Ayaaz apa cakap macam tu. Fasya kakak ipar kamu tahu. Dia amanah yang Ayraz beri untuk kita. Kita kena jaga dia betul-betul. Bukan halau dia macam ni" Rasa ingin ketawa pula apabila Ayaaz mendengar kata-kata uminya.
Amanah ?
"Amanah tak amanah. Umi jangan baik sangat lah dengan dia ni. Entah-entah dia yang rancang kematian Ayraz. Kita bukan tahu hati busuk dia macam mana kan" Ujar Ayaaz sinis kepada Fasya.
Semakin geram Fasya dengan perangai Ayaaz yang tidak habis-habis menyindir dirinya.
"Saya tahu Ayaaz. Saya bukan perempuan yang baik tapi saya dah berubah. Takkan saya nak bunuh suami saya sendiri. Untuk apa ? Saya pun tak sanggup nak bunuh ayah kepada anak saya. Saya masih ada berperikemanusiaan lah" Fasya membela dirinya.
"Abang sudah lah. Jom kita naik, baby dah ngantuk ni hurmm" Ujar Hayla manja dengan Ayaaz. Tersenyum Ayaaz memandang wajah comel isterinya itu. Fasya pula rasa sakit hati melihat agenda tersebut.
"Baby ngantuk eh. Yelah-yelah jom" Hayla memaut lengan Ayaaz dan melentokkan kepalanya pada bahu suaminya. Menyampah rasanya dia melihat perangai Hayla.
Sepatutnya dia yang buat begitu pada Ayaaz dan bukannya Hayla. Hayla pula tersenyum lebar kearah Arish yang melihat dirinya.
"Fasya pun pergilah tidur. Kesian Arish macam dah ngantuk je. Kan Arish !" Ujar Datin Amelin pada cucunya. Arish mendiamkan dirinya sahaja. Tidak menggeleng mahupun mengangguk. Dia masih takut dengan Fasya.
Dia hanya mahukan papanya Ayraz.
"Sebelum Arish tidur. Boleh Arish tanya sesuatu ?" Soal Arish terlebih dahulu. Berkerut dahi Ayaaz dan Hayla. Mungkin ada pelbagai soalan yang berlegar-legar dalam fikiran anak kecil itu.
Dia faham. Pasti banyak tanda tanya yang ingin disoal oleh kanak-kanak itu namun dia keliru.
"Boleh sayang. Ayiesh nak tanya apa ?" Hayla menyoal pada Arish. Fasya memandang wajah anak nya itu seperti nak tak nak sahaja. Dia sudah muak melihat wajah kanak-kanak itu dan dia tidak sukakan kanak-kanak.
"Erm...kenapa papa tinggal kan Arish ? Papa...bencikan Arish ke ? Ke papa tak sayangkan Arish. Arish rindukan papa. Arish nak hug papa. Tapi papa..." Arish menunduk ke bawah.
Dia teringat tentang kenangan dia bersama dengan papanya. Di mana papanya melayan dia baik dan tidak seperti Fasya yang selalu memukul dirinya.
"Eh jangan nangis sayang. Aunty ada dengan Ayiesh. Papa dah bahagia dekat sana. Ayiesh jangan sedih okey" Air mata kanak-kanak itu dikesat oleh Hayla.
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...