-BETAPA terkejutnya dia melihat figura Datin Anne sudah terpacak di hadapan rumahnya. Dia membuka pintu dan membenarkan Datin Anne masuk sahaja. Kata Datin Anne dia sengaja datang ke situ kerana mahu menghantar makanan untuk mereka berdua...
"Aunty buat apa dekat sini ?" Soal Hayla kepada Datin Anne. Walaupun dia dah dapat mengangak jawapan itu. Dia menghela nafasnya. Dia sebenarnya tak gamak nak menghalau Datin Anne tapi sekarang ni dia ada shotting...
"Saja nak hantar makanan ni. Hayla makan dengan Fahiem ye. Aunty balik dulu lah ye" Mungkin Datin Anne faham mengapa Hayla tidak mengajak dia masuk ke dalam rumah itu...
"Erk aunty. Hayla minta maaf. Bukan niat Hayla taknak ajak aunty masuk tapi Hayla dah lambat nak pergi kerja ni" Datin Anne memegang tangan Hayla dan mengelus lembut...
"Eh tak payah minta maaf. Aunty tak kisah pun okay. Memang niat aunty nak hantar makanan ni lepastu balik. Kamu tak perlulah rasa bersalah ye" Hayla tersenyum. Memang benar kata mamanya...
Datin Anne memang seorang yang baik. Sekarang dia dah nampak. Dia berusaha menjaga hati orang lain. Hayla suka tu...
"Kalau macam tu. Hujung minggu ni kita keluar nak ?" Datin Anne mengangguk setuju sahaja. Lagipun pada hari minggu dia bukannya berbuat apa pun. Ada baiknya kalau dia keluar dengan Hayla...
"Boleh. Nanti Hayla cakap nak pergi mana boleh ?"
"Ouh boleh. Kalau macam tu Hayla pergi dulu ye. Terima kasih untuk bekal ni" Jawab Hayla lalu meloloskan diri ny ke dalam kereta...
••••
LENS camera tidak berhenti berkelip. Pelbagai pose yang dilakukan oleh model itu. Sekarang sudah masuk waktu rehat. Hayla menghela nafas nya. Akhirnya, habis juga. Penat dia dari tadi berdiri...
Seorang jurusolek datang dan menambah apa yang kurang di wajah Hayla. Kejap lagi ada lagi. Dia juga sudah lama tidak mengambil job jadi bila masuk tu banyak lah. Penuh!
"Eh Hayla. Minggu depan kita ada shotting dekat area KL pula. Awak okey je kan ?" Hayla berfikir-fikir juga. Agaknya minggu depan dia ada apa-apa ke tak eh ?
"Erm mungkin entah lah. Saya pun tak tahu lagi. Nanti apa-apa saya beritahu dekat awak ye Cumi" Cumi sekadar mengukirkan senyuman tipisnya. Hayla membuka telefon pintarnya...
Dia tersenyum kecil apabila melihat gambar Ayaaz. Rindunya dia pada lelaki itu. Entah apalah yang lelaki itu tenaga buat pada saat ini. Kalau dia ajak lelaki itu keluar, agak-agak lelaki itu sudi tak ?
Cuba ajelah. Belum cuba, belum tahu kan. Lantas tangannya mencari nombor Ayaaz. Mesej ditaip lalu dihantar kepada Ayaaz...
Dia yang sedang sibuk itu mengeluarkan telefon nya dari kocek kerana terdengar telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Berkerut dahinya saat melihat Hayla yang mesej nya...
Dia membuka mesej tersebut...
-Hayla nak ajak abang keluar boleh ?
-Pergi joging esok pagi boleh ?
Ayaaz menghela nafasnya. Nasib baiklah esok dia cuti kalau tidak memang tak dapatlah dia keluar dengan Hayla. Terus dia mensetujui sahaja permintaan Hayla. Tidak tergamak pula dia hendak menolaknya...
Hayla membuka telefonnya dan tersenyum apabila melihat Ayaaz fast reply. Gembiranya hati dia pada saat itu. Laju tangan nya menekan nombor Ayaaz...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...