-
SELEPAS kejadian itu. Datin Raihana sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada suaminya. Dia dah tak lama jadi tiada apa lagi yang perlu dipertahankan. Dia relakan semua asalkan suaminya bahagia. Anak-anak dia pasti gembira kerana akan mendapat ibu baharu selepas ketiadaan dia...Berkali-kali juga dia melihat suami nya bermesej dan telefon kawan baiknya. Setiap orang akan ada ujian tersendiri kan. Begitu juga dengan dirinya. Ujian di mana kawan nya menikam belakang dia...
"Rai awak kenapa ni ? Kenapa sejak dua menjak ni awak macam nak jauhkan diri awak pada saya ? Apa salah saya" Datin Raihana tersenyum sinis. Tak tahu lagi di mana salahnya...
Datin Raihana meraup wajahnya. Ya Allah dia nak nampak kuat tapi dia tak kuat. Dia tak mampu dengan ujian kali ini. Hatinya sakit...
"Abang sayangkan Rai ?"
"Soalan apa ni Rai ? Mestilah abang sayang kan Rai. Rai nyawa abang. Segala-galanya untuk abang. Kenapa Rai tanya macam tu ? Rai ragu-ragu dengan cinta abang ?" Jawapan itu bertambah menyakitkan hati Datin Raihana...
Kenapa ? Kenapa lelaki perlu menipu ?
Kenapa perlu menipu demi menjaga hati dia ? Jujur. Itu yang dia nak. Kenapa susah sangat nak jujur ?
"Yes. Rai memang ragu-ragu !"
"Kenapa ? Tak cukup ke selama ni apa yang abang bagi pada Rai ? Tak cukup ke kasih sayang abang pada Rai sampai Rai kena ragu-ragu dengan cinta abang. Cuba Rai cakap, kenapa jawapan Rai macam tu. Abang nak tahu" Soal Dato Arsyad pada isterinya...
Fahiem dan juga Hayla berada di tangga. Tidak berani mahu turun ke bawah kerana terdengar pertelingkahan itu. Nampak wajah mama nya seperti menahan seribu kesakitan. Apalah yang mamanya lalui ?
"Abang cukup lah. Rai penat sangat. Bukan sikit bang. Abang kenapa buat Rai macam ni ? Apa dosa Rai pada abang sampai abang sanggup duakan Rai" Terkedu Dato Arsyad mendengarnya...
"R-rai abang tak.."
"Dah abang. Rai memang tak sangka abang sanggup buat macam tu. Abang tak tahu ke mana halal mana haram ? Bersentuhan dengan dia dekat tempat awam macam tu. Abang tak fikir ke apa yang orang akan cakap ?" Sungguh tahap kesabaran dia sudah tipis...
"Dia isteri kedua abang" Hampir terhenti dunia Datin Raihana buat seketika. Dia tidak pekak lagi kan. Suaminya berkata isteri kedua. Ya Allah kenapa dia harus tahu semua ini sekaligus...
Tentang perkahwinan kedua suaminya. Tentang penyakit dia. Bagai ada batu menimpa dirinya. Berat sangat nak lalui semua ini sekaligus...
"A-abang tipu Rai kan. Kenapa abang ? Apa kurang nya Rai pada mata abang ? Teruk sangat ke Rai sampai abang kahwin lain ? Jadi Dira tu" Laju Dato Arsyad menggeleng kepalanya. Bukan Dira anaknya tapi Daniez...
"Tak Dira bukan anak abang. Dia anak suami pertama Anne. Daniez anak kandung abang" Hayla mengalirkan deras air matanya. Daniez ? Ya Allah tak sangka nya dia ada adik beradik tiri...
"Daniez. Hayla sabar Hayla. Abang ada dekat sini. Hayla jangan nangis" Dipeluk erat tubuh adiknya itu. Tersedu-sedu adiknya menangis. Fahiem juga turut mengalirkan air matanya. Kawan baiknya sendiri adalah adik beradik tiri dia ?
"Kenapa abang ? Kenapa papa buat macam ni ? Papa tak sayangkan kita ke. Hayla benci papa. Papa tak guna" Dada Fahiem ditumbuk beberapa kali oleh Hayla bagi melepaskan geram nya...
Fahiem pula mencuba menenangkan adiknya. Dia tahu dugaan ini berat untuk dirinya, Hayla dan paling penting mamanya. Adakah perpisahan jalan terakhir ?
"Hayla jangan cakap macam tu. Tak papa mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. Hayla kena banyak bersabar. Papa tetap papa kita Hayla" Fahiem cuba memberi kata-kata semangat untuk adiknya. Dia tidak mahu adiknya...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...