-PADA HARI ini, Ayaaz meminta supaya Hayla berjumpa dengan dirinya. Lega Ayaaz kerana Hayla tidak menolaknya malah bersetuju untuk berjumpa dengan dirinya. Ayaaz akan meluahkan perasaan dia pada Hayla. Dia hanya mahukan Hayla...
"Ada apa abang nak jumpa Hayla ni ? Hayla tak ada banyak masa lah. Abang pun tahu kan Hayla sibuk. Lagi sehari je sebelum majlis tu" Ayaaz mengangguk. Ya dia tahu benda itu. Tidak perlu Hayla memperingati ada dia berulang kali...
"Abang tahu cuma abang..."
"Abang apa ? Abang dahlah. Lebih baik abang balik aje. Hayla akan jadi tunang orang tak lama lagi. Please lah !" Hayla menjeling sekilas kearah Ayaaz. Dia memang dah tak ada perasaan pada Ayaaz...
"Hayla bukan cintakan abang ke ? Kenapa kena bertunang dengan orang lain ?" Hayla tergelak mendengar soalan Ayaaz. Cinta ? Bukan lelaki itu ke yang tak cintakan dia ? Kenapa mesti sekarang lelaki itu berkata begitu...
"Abang kata apa tadi ? Cinta ?" Hayla tergelak buat seketika. Ayaaz pula terdiam kerana secara tiba-tiba Hayla tertawa. Di mana lawak nya ?
"Abang cakap. Antara kita hanya lah adik dan abang. Tak lebih dari tu. Habistu kenapa sekarang ni nak kena sebut balik benda yang lepas ?" Ayaaz tertunduk. Ya memang salah dia. Dia salah...
"Ya abang salah Hayla. Maafkan abang" Berkerut dahi Hayla mendengar perkataan maaf daripada mulut Ayaaz. Kenapa lelaki itu meminta maaf padanya ?
"Maafkan abang sebab dah lukakan hati Hayla. Abang cuma taknak Hayla bertunang dengan abang, abang. Pleasee !" Rayu Ayaaz. Dia tidak sanggup mahu meluahkan perasaan dia...
"Kenapa ? Kenapa bila Hayla nak bahagia abang kena halang ? Apa hak abang ? Siapa abang dalam hidup Hayla ? Tak ada apa-apa kan. So better abang balik" Hancur hati Ayaaz mendengar nya. Memang Hayla dah benci padanya...
"Hayla dengar dulu..."
"Hayla takkan dengar apa-apa. Ayraz tu seribu lebih baik dari abang. Ye Hayla mengaku Hayla yang Hayla cintakan abang tapi itu dulu. Sekarang ni cinta Hayla hanya untuk Ayraz bukan Ayaaz" Tergamam Ayaaz mendengar tutur kata Hayla...
Memang lain wanita di hadapan nya sekarang ini. Dah lain sangat...
"Hati Hayla sakit abang bila abang cakap yang abang hanya anggap Hayla sebagai adik. Habistu selama ini apa ? Abang layan Hayla baik. Sampai Hayla fikir yang abang cintakan Hayla. Rupa-rupanya Hayla salah sangka" Tidak semena-mena air matanya mengalir...
Ayaaz lantas mengesat air mata itu. Dia akan sakit jika melihat air mata wanita yang dia sayang mengalir. Dia cintakan wanita itu...
"Hayla maafkan abang sebab dah sakitkan hati Hayla. Abang tahu abang salah. Tapi abang minta satu je. Jangan tunang dengan Ayraz. Dia abang, abang. Abang tak sanggup nak tengok Hayla tunang dengan dia nanti"
"Kenapa ? Kenapa abang tak suka kalau Hayla tunang atau kahwin dengan orang lain ? Kenapa !!"
"Because i love you !!" Tergamam Hayla mendengar kata-kata Ayaaz. Tak ! Ayaaz sengaja tipu dia. Hayla tahu. Lelaki itu tidak pernah jatuh hati padanya. Perlahan-lahan air matanya Ayaaz mengalir. Hayla terkesima...
"A-abang..."
"Abang cintakan Hayla. Abang tak menafikan semua tu. Maafkan abang sebab abang lambat luahkan perasaan ni. Hayla maafkan abang" Berkali-kali kepala nya digeleng. Tak ! Dia tak percaya...
"Tipu ! Abang tipu ! Abang cuma tak suka kan kalau Hayla bahagia. Why ?"
"Tak abang betul-betul cintakan Hayla. Please maafkan abang..." Hayla seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengari nya sebentar tadi. Ayaaz cintakan dia ?
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...