𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 32

550 24 1
                                    


-

          RAMAI tetamu yang hadir pada malam itu. Majlis bersanding hanya berbuat di hotel sahaja. Orang yang dijemput pun hanya saudara yang terdekat sahaja. Riuh suasana pada malam itu...

"Baby taknak makan lagi ke ?" Soal Ayaaz ada isteri nya. Hayla menggeleng kepalanya. Dia tidak berasa lapar lagi mungkin kerana terlalu bahagia pada saat ini...

"Taknak lah. Baby masih kenyang lah. Abang nak makan ke ? Nak baby teman ?" Ayaaz mengukirkan sebaris senyuman. Hayla mengelarkan dirinya dengan panggilan 'baby' lah...

"It's okay baby. Abang pun masih kenyang. Nanti baru kita makan okay" Hayla mengangguk. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang dia kenal. Laju sahaja kakinya melangkah tanpa menpedulikan Ayaaz...

"Fasya !!" Hayla memeluk tubuh Fasya dengan erat. Arish turut memeluk Hayla. Hayla menundukkan sedikit badannya. Susah sedikit kerana di memakai dress pada malam itu. Jadi agak terbantut pergerakan dia...

"Tahniah Hayla. Fasya doakan Hayla bahagia. Ayaaz mana ?" Tiba-tiba terasa pinggang nya dipaut oleh Ayaaz. Fasya yang sedar dengan kelakuan Ayaaz. Dia bertambah marah...

"Ada apa ni baby ? Ni ke wife Ayraz yang baby cakapkan tu ? Tak adalah cantik mana berbanding baby" Hayla menampar lembut bahu Ayaaz. Haih lah Ayaaz ini...

"Abang tak baiklah. Fasya duduk lah dulu makan"

"Aunty !!" Panggil Arish lalu dress Hayla ditarik-tarik perlahan oleh Arish. Hayla menunduk ke bawah dan melihat wajah comel Arish itu. Nampak seperti dia sedang mencari seseorang...

"Ye Ayiesh kenapa ni ? Ayiesh cari siapa ?"

"Mana bidadari Arish ?" Fasya tergelak dengan perangai anak nya itu. Macam-macam betul kerenah anak tunggal nya ini. Arish masih mencari bidadari nya sehingga matanya tertumpu pada susuk tubuh yang dia cari...

Laju sahaja kakinya melangkah tanpa mempedulikan orang lain...

"Yelah tu. Entah-entah awak tipu aje kan" Fahiem menggeleng kepalanya. Memang betul lah dia dah lama jatuh hati pada gadis itu cuma dia takut nak luahkan. Takut ditolak mentah-mentah pula nanti...

"Kay, awak tak percayakan saya ke ?" Kay bukan tak percaya tetapi yelah lelaki ni bukan semua nya sama. Depan baik belakang masyarakat. Tidak boleh nafikan bahawa Fahiem memang lelaki yang dia idamkan tetapi dia masih tidak boleh letak harapan yang tinggi...

"Susah lah nak percaya lelaki melainkan dia ikhlas dengan kita dan kita akan dapat rasakan keikhlasan dia. Tak guna cakap kosong macam awak" Kay memerli Fahiem...

"Awak nak saya buat apa Kay sampai awak percaya yang saya ni betul-betul ikhlas dengan awak ?" Kay tersenyum sinis. Betul ni Fahiem nak tahu. Jangan menyesal sudahlah...

"Saya nak awak..." Belum sempat Kay menghabiskan kata-katanya. Tiba-tiba terasa kakinya dipeluk seseorang. Apabila dia menunduk, dia terkejut kerana kanak-kanak itu adalah kanak-kanak yang dia lihat masa di butik tempoh hari...

"Erkk hai. Adik sesat ke ?" Soal Kay. Fahiem memerhatikan sahaja kanak-kanak itu. Comel juga budak tu tapi kenapa dia kena peluk kekasih aku, gumam Fahiem sendiri di dalam hatinya...

"Tak ! Arish tak sesat. Arish datang sini sebab cari bidadari Arish" Berkerut terus dahi Kay. Ha dia mula dah bidadari dia. Sejak bila pula aku nak jadi bidadari dia ni. Aku tak pernah setuju apa pun...

"Eh jap. Ni siapa Kay ?" Soal Fahiem kebingungan. Anak siapa pula ni. Sesuka hati pula panggil kekasihnya bidadari. Kalau disebut bidadari Fahiem tak apalah, ini bidadari Arish. Sakit pula hatinya...

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now