-
SELEPAS keluar dari bilik pemeriksaan tadi. Wajah nya nampak sedikit pucat dan tidak bermaya. Mungkin disebabkan berita yang dia baru dengar itu membuatkan dia patah semangat...
Kenapa ujian ini diberikan kepada dia ? Bagaimana dia mahu memberitahu anak-anaknya tentang apa yang dia alami sekarang ini ?
"Puan mengalami kanser hati stage 4. Jadi saya minta maaf sangat-sangat puan. Memang tiada jalan lain untuk puan. Puan kena banyak bersabar. Ni dugaan untuk puan" Kata doktor itu kepada Datin Raihana...
Terkedu Datin Raihana dengan berita yang baru didengari olehnya. Betul ke dia ada kanser stage 4 ? Macam mana dia nak lalui semua ini...
Dia tak kuat. Dia manusia biasa. Dia lemah. Di mana dia mahu mendapat kekuatan untuk melawan penyakit ini?
"Tak ada jalan lain ke doktor ?" Soal Datin Raihana pada doktor itu. Kalau dia kata ada pun peratus untuk dia sembuh itu tipis. Peluang untuk dia sembuh gelap...
"Ya memang ada...tapi " Kendur senyuman di bibir Datin Raihana. Memang tak ada harapan lagi ke dia nak hidup ? Bagaimana dengan anak-anak nya nanti. Berat hati dia memikirkan semua itu...
"Tapi apa doktor ?"
"Kita boleh cuba dengan kemoterapi tapi peluang nak sembuhkan puan tu tipis. Dalam 10 % je puan. Memang sikit" Terdiam Datin Raihana buat seketika. Ujian apa lagi untuk dirinya ini ?
"Hanya 10 % doktor ? Memang tak ada cara lain ke ? Saya belum sedia nak tinggalkan anak-anak saya doktor tolong" Doktor itu menggeleng kepalanya. Dah memang tak ada cara lain...
Tertunduk Datin Raihana. Tiba-tiba dia terbayangkan wajah anak-anak nya. Hayla dan Fahiem. Mama dah tak lama sayang...
"Puan boleh buat kemoterapi tu tapi saya tak sarankan. Boleh bahayakan diri puan juga. Puan hanya ada masa selama empat bulan lagi je untuk hidup. Selebihnya puan serahkan pada Allah..." Sambung doktor itu...
"Tak apalah. Dah Allah nak uji saya. Saya terima sahaja. Lagipun mungkin dah tertulis takdir saya"
"Puan banyakkan bersabar ye" Kata doktor itu. Datin Raihana mengangkat punggungnya lalu berlalu keluar dari bilik itu. Terasa semua nya berubah. Hanya empat bulan dia mampu bertahan...
Patutlah selama ini dia selalu pengsan dan kadang-kadang tu dia cepat penat. Mungkin kesan daripada kanser ini. Kenapa dia tak perasan semua ini ?
"Tak apa. Maafkan mama, Hayla dan Iem. Mama sayangkan anak-anak mama" Dia melangkah keluar dari bilik pemeriksaan itu dengan perasaan hening...
Datin Raihana yang baru melangkah keluar dari klinik itu terhenti langkahnya kerana melihat satu susuk tubuh yang dia kenal. Betul ke apa yang dia nampak sekarang ini. Dugaan apa lagi untuk dirinya kali ini ?"Anne ?" Nama itu keluar dari ulas bibir nya. Kenapa dalam banyak-banyak wanita. Kawan baiknya juga yang menikam belakang nya. Apa dosa dia ?
Datin Raihana mengekori langkah mereka berdua. Setibanya mereka di salah satu restoran. Mereka berdua jalan sambil memegang tangan dan Datin Anne melentokkan kepalanya pada bahu Dato Arsyad...
"Sakit nya Ya Allah. Kenapa abang buat Rai macam ni ? Apa salah Rai ? Patutlah abang jarang balik rumah. Selalu meeting selalu outstation saja. Ini rupa-rupanya kerja abang" Datin Raihana melangkah lemah menuju lebih dekat kearah mereka...
Melihat agenda bersuap itu. Membuatkan hati dia lebih sakit. Sakit sangat. Wajah kawan baiknya yang begitu seronok. Merampas hak milik orang lain...
"Berbahagia lah abang. Rai dah tak lama. Rai nak abang bahagia" Datin Raihana melangkah lemah. Takkan dia lupa apa yang kawan baiknya itu sudah lakukan pada dia...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...