-PINTU utama dibuka olehnya. Dia menghela nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan wajahnya muram sahaja dari tadi, itu yang membuatkan Ameer menegur dirinya...
"Asal kau muram je ni ? Ada masalah ke ?" Ayaaz mengeluh nafas nya sebentar. Ya memang dia ada masalah. Masalah besar sangat sampai dia tak tahu macam mana nak selesaikan...
"Adalah kau sibuk je" Jelingan dihadiahkan kepada Ameer. Orang tanya baik-baik, dia balas macam tu pulak. Menyakitkan hati betul lah bercakap dengan abang dia ni. Omel Ameer...
"Alah cakap ajelah kau patah hati sebab Hayla tu nak bertunang dengan Ayraz kan" Terus Ayaaz menoleh kearah adiknya. Dia betul-betul pantang dengan percakakapan adiknya itu...
"Hey kau merepek apa ni ?" Ameer tersenyum sinis. Ingat dia buta sangat ke ? Alah dia boleh nampak lah yang Ayaaz tu sukakan Hayla. Kalau orang buta pun nampak lah...
"Merepek konon. Betul tak aku cakap apa ?" Terus Ayaaz terdiam. Ameer memandang wajah Ayaaz. Diam tu tandanya betul lah kan. Dia dah agak dah...
"Dahlah. Aku naik dulu"
"Aku boleh tolong kau dapatkan Hayla kalau kau nak tu pun kalau kau nak lah" Terus langkah Ayaaz terhenti. Betul ke apa yang dia buat ni. Dapatkan Hayla sedangkan Hayla akan bertunang dengan abang dia ?
"Macam mana ?" Soal Ayaaz pada Ameer. Eleh marah-marah nak juga orang tolong. Gumam Ameer...
"Ha minggu depan Hayla cakap Ayraz nak jumpa dengan Iem nak bincang pasal pertunangan diorang"
"Baik tak payah cakap dekat aku" Laju Ameer menghalang langkah Ayaaz. Orang tak habis cakap lagi dia dah potong. Lepastu kata macam-macam. Mana dia tak sakit hati...
"Sabar lah dulu. Aku belum habis cakap lagi kau dah menyampuk" Ucap Ameer tidak berpuas hati dengan perangai Ayaaz...
"Hmm apa ?"
"Hayla kata kalau Ayraz nak datang. Iem ada letak syarat" Sengaja Ameer tidak bercakap sehingga habis. Mahu lihat reaksi Ayaaz sebelum dia sambung bercerita...
"Syarat apa ? Cepat lah cakap !" Desak Ayaaz. Ameer tergelak. Tahu pun tak sabar...
"Ayraz kena bawa kau sekali. Ha bijak tak idea Iem tu" Berkerut dahi Ayaaz mendengarnya. Idea ? Idea apa pula ni ? Idea nak kenakan dia lagi ke. Haish taknak lah dia pergi. Nanti entah apa diorang rancang kan...
"Taknak aku. Asal aku kena pergi pula. Buat sakit hati je"
"Alah kau ni. Bukan nya nak interview kau. Diorang nak interview Ayraz"
"Ha habistu yang suruh aku pergi tu dah kenapa ?" Balas Ayaaz dalam keadaan tidak berpuas hati. Dah tahu nak interview orang lain, ajak dia dah kenapa ? Gila ?
"Kau jangan banyak songeh boleh tak ? Orang nak tolong ni pun dah cukup baik tau. Kalau kau nak Hayla kau pergi. Kalau kau taknak takyah pergi" Ayaaz menjeling sekali lagi kepada Ameer...
"Taknak aku" Terus Ayaaz melangkah naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan suara Ameer melaung namanya...
"Heyy"
"Haduh kalau dia tak pergi macam mana dengan rancangan aku ni. Arghh !!" Ameer meraup kasar rambutnya dan telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluarnya...
Ada misi yang dia perlu selesaikan...
••••
MEREKA BEREMPAT berbincang mengenai rancangan mereka tentang majlis pertunangan Hayla yang akan diadakan tidak lama lagi. Sengaja Fahiem mengajak kawan-kawan yang lain berada di situ kecuali Ayaaz...
YOU ARE READING
His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPD
Romance[ Stand alone series ] Book 2 || "𝐘𝐨𝐮 𝐧𝐞𝐞𝐝 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐢𝐭'𝐬 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐛𝐲" "Hayla sebenarnya cintakan abang.." -Hayla Trisnie "Abang tak boleh terima cinta H...