𝐀​𝐲​𝐥​𝐚​𝐚​𝐳​ | 34

434 26 1
                                    


-

         SETELAH beberapa hari dia berada di hotel tersebut. Mereka telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sudah lama berada di situ. Hayla yang sedang mengemas beg itu mengerutkan dahinya apabila terdengar telefon Ayaaz berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Dia melihat siapa yang mesej suaminya dan dia tergamam. Tertera nama Fasya di skrin telefon tersebut. Hayla cuba berfikiran positif. Mungkin mereka sekadar kawan. Hayla membuang segala fikiran negatif di dalam akalnya. Dia percayakan Ayaaz.

"Baby !" Laung Ayaaz yang berada di hadapan closet tersebut. Hayla terus menuju kearah closet apabila namanya diseru oleh suami nya. Apabila dia tiba di closet, matanya tertarik dengan abdomen milik Ayaaz. Alahai lah, gumam Hayla.

"Erm abang nak apa ? Baby nak kemas beg jap" Hayla mengeluh nafasnya apabila melihat Ayaaz seperti tercari-cari sesuatu. Pelik juga dia dengan Ayaaz ni. Cari apa pula suaminya ini ?

"Abang cari apa ?" Soal Hayla pada Ayaaz agak serius kedengaran. Ayaaz mengeluh panjang. Dia dari tadi lagi mencari kemeja kesayangan nya. Kemeja yang dihadiahkan oleh Datin Amelin padanya.

"Abang cari kemeja abang ni. Hayla ada nampak ? Abang sayang sangat kemeja tu. Umi yang berikan dekat abang" Baru Hayla ingat yang kemeja itu terbakar saat dia iron tadi. Hayla menggigit bawah bibirnya. Takut dimarahi oleh Ayaaz.

"Baby ! Baby nampak tak kemeja abang tu ?" Semakin takut Hayla akan Ayaaz. Dah Ayaaz kata kemeja kesayangan mestilah dia akan marah jika Hayla sudah rosakkan. Dumb Hayla dumb !

"A-abang..." Terus Hayla melepaskan tangisan nya. Ayaaz lantas memeluk erat tubuh milik Hayla. Dia tertanya-tanya mengapa Hayla menangis ? Adalah dia ada buat Hayla terasa ataupun sebab lain ?

"Shushh...baby kenapa ni ? Tell me now ! I love you remember that baby !!" Hayla teresak-esak menangis. Lantas dua mendongak kepalanya dan mata dirinya dan Ayaaz bertembung buat seketika. Hayla menelan liurnya kesat.

"K-kemeja abang dah rosak. Tadi baby iron nak kasi abang pakai t-tapi baby tak..." Ayaaz lantas memeluk tubuh Hayla. Kalau pasal kemeja itu dia tidak marah pun. Setakat kemeja aje bukannya boleh dibeli baru.

"Baby kenapa takut nak beritahu abang ni hmm ?" Soal Ayaaz penuh prihatin terhadap Hayla. Hayla tidak memandang wajah Ayaaz. Dia bukan apa, dia cuma takut jika Ayaaz memarahi dirinya.

"B-baby takut abang marah" Ayaaz tertawa kecil mendengar jawapan Hayla. Takut dia marah ? Pernahkah selama ini dia dimarahi oleh Ayaaz ? Haihlah Hayla kelakar betul, gumam Ayaaz di dalam hatinya.

"Baby, kemeja tu abang boleh beli seberapa banyak yang abang nakkan tapi baby ada satu je dalam hidup abang okay. I love you" Ubun-ubun Hayla dicium oleh Ayaaz.

Hayla tersenyum di sebalik bidang dada Ayaaz. Tersentuh dia mendengar kata-kata manis Ayaaz. Ada saja ayat yang buat dia khayal dengan cinta Ayaaz.

"I love you too abang !" Hujung hidung Hayla dicuit manja oleh Ayaaz. Kemeja yang lain diambil lalu dipakai olehnya. Dia tidak mahu Hayla terasa yang segala-galanya salah Hayla. Dia tahu Hayla telah sedaya upaya menjadi isterinya.

"Dah jom. Nanti kita lambat pula. Baby dah kemas baju tu" Laju kepala Hayla mengangguk. Beberapa helai rambut yang menutupi wajah nya di selak oleh Ayaaz lalu dibawa ke belakang telinga. Cantik betul bidadari nya ini, gumam Ayaaz.

"Dah ! Abangg..." Panggil Hayla manja. Lantas Ayaaz menoleh saat namanya diseru oleh isterinya. Dia memandang wajah Hayla lalu menilik bibir pucat Hayla. Hayla tergamam saat Ayaaz menindih lembut bibirnya.

"Abang !!" Hayla menampar lembut bahu Ayaaz. Ayaaz selalu mengambil peluang jika dia terleka sedikit. Nasib lah dia ni penyabar orangnya kalau tidak mau kena smackdown Ayaaz ni.

His Love : Ayaaz Mateen || SLOW UPDWhere stories live. Discover now